Pengikut

Sabtu, 10 Disember 2011

BUKIT BERUANG KE STOR DBP

*** Entry ini telah ditulis pada tarih 10 Disember. Tapi pada hari ini (12 Disember) aku cuba memperbaiki dan menokok tambah. Malas nak buat new post.



MULA : Berbekalkan semangat untuk menyaksikan sebuah teater dari buah tangan generasi muda, aku kentalkan diri untuk bergerak ke sana. Asalnya nak ke sana menaiki kereta.. Tetapi setelah dipertimbangkan oleh penyimpan mohor yang tak berapa nak besar dan untuk mempercepatkan masa, maka jadilah perjalanan menggunakan motor.

TUJUAN PERJALANAN : Menyaksikan teater 1 Plastik Hitam.

TEMPAT : Stor Teater DBP

ARAHAN : Syahrul Fitri Musa

PELAKON : Syali, Fazleena, Anas, Aloy, Meera dan Karl Syafek.



Lepas saja abis kerja jam 5 lebih, Persiapan diatur ke sana. Perancangan perjalanan awal adalah pada jam 5.30. Disebabkan ada sedikit masalah, maka perjalanan dilancarkan sedikit lewat iaitu jam 6.30 petang.



Perjalanan ke sana ditemani oleh saudara Milo Basi Tabur yang kebetulan datang ke Melaka. Kami singgah untuk mengurangkan rasa 'kebas punggung' di Hentian Rehat dan Rawat Seremban. Juga untuk isi minyak.

Oh ya..lupa nak bagitau. Perjalanan ke sana adalah bersama Azrul Razilah. Milo kebetulan konvoi bersama.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan ke sana tidak mengalami sebarang masalah. Lancar. Hujan renyai sekjap sahaj selepas tol Gombak.

Kami sampai di Stor Teater DBP jam 8.40 malam. Tayangan montaj video telah dipancarkan semasa kami tiba. Kelewatan kami tidak membantutkan kami untuk masuk ke dalam. Layanan mesra dari penyambut tetamu dapat mengurangkan rasa penat bawak motor dan rasa kecewa kerana tempat itu telah penuh. Kami diberikan kerusi. Namun kerana pandangan kami di posisi itu tidak berapa lengkap peratusan pandangan penonton, makan keputusan diambil untuk berdiri.

BERBALOI

Ada beberapa benda yang berbaloi sepanjang menyaksikan teater ini. Berbaloi walaupun bayaran tiket RM20

Berbaloi walaupun datang dari jauh menaiki kapcai.

Berbaloi walaupun lambat sampai.

Ini kerana jalan cerita dan teknik persembahan yang dipersembahkan adalah sangat membanggakan.

Keseluruhan pilihan pelakon adalah satu keputusan tepat dari pengarah.

Aku tak sempat nak ulas banyak pasal teater ni sekarang kerana terpaksa ke kolej untuk bantu pelajar aku siapkan set teater. Nanti aku ulas lagi.

Ada beberapa kritikan dan cadangan yang akan aku ulaskan pasal teater ni. Sama ada di bawah tajuk ni atau di tajuk baru yang lain.




Aku tak sempat nak ambil gambar pementasan kerana taksub dengan cerita. Lagipun aku berdiri. Malas lak rasa nak ambil. Takut ganggu orang lain.

Gambar yang dibawah adalah selepas selesai pementasan. Kat luar. Kalau korang nak tengok gambar show cuba la cari dalam facebook tenaga produksi mereka. Dekat facebook fazleena dah ada orang yang tag kat dia. Cari la FB dia tu.


Gerak keluar dulu bagi meneruskan tanggungjawab lain walaupun badan agak penat. dah lama tak bawak motor untuk perjalanan jauh.

BERBALOI...aloy...tapi BERBALOI...


* kalau ada kesalahan ejaan pun aku akan tukar bila ada masa nanti. Baca jer lah yang salah. Tak salah sekali sekala baca yang salah. Kalau baca yang betul pun mungkin akan dikatakan salah. Dunia-dunia.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...