Pengikut

Ahad, 4 Disember 2011

MEREKA DATANG LAGI : 1 PLASTIK HITAM

Pertama kali bila aku mengetahui gabungan tenaga produksi yang ada dalam teater ini, membuatkan hati aku tertarik dan menarik-narik. Dah lama tak tengok teater di KL, membuatkan aku teruja untuk ke sana pada tarikh yang tertera di poster. Bukan disebabkan dah lama tak tengok teater KL, tapi yang utama adalah kombinasi tenaga produksi yang ada di dalamnya.


Pengarah :

Melihat pengarahnya saja dah buat aku teruja. Aku pernah melihat hasil pengarahan saudara Syahrul Fitri sebelum ini. Satu gaya pengarahan yang juga mungkin sealiran dengan kepala aku. Tanpa disedari juga sebenarnya aku 'curi-curi ' melihat lakonan beliau yang lama-lama melalui pensyarah aku di UM. Melalui hasil 'curi-curi' itu lah yang membuatkan aku kagum akan bakat yang ada pada pemilik nama Syahrul Fitri yang juga merupakan senior semasa pengajian aku dahulu. Kami juga pernah bekerja dalam dua produksi semasa aku di KL dulu. Fringe Festival 1 : Kopiah Putih dan beberapa kali persembahan Teater Tunku Kudin. Orangnya biasa tapi bisa.


Sinopis :

Apa yang tersembunyi di dalam satu plastik hitam sehingga menimbulkan segala kekecohan dan menjadi pertikaian kepada semua orang. Mungkinkah benar ia adalah sebuah bom yang dikhuatiri akan meletup? Atau mungkin juga sesuatu yang sangat berharga. Dalam masa yang sama, mereka semua sebenarnya di dalam sebuah rancangan realiti tv menguji bakat seni. Beberapa orang telah tersingkir pada minggu-minggu sebelumnya. Tewas di tangan peserta lain akibat undian sms tidak memihak pada mereka. Dan hari ini, adalah hari penentuan. Siapakah antara mereka bakal menjadi pemenangnya dan mara ke pusingan akhir. Segala ditentukan oleh undian SMS anda. Jadi tolong bawa telefon bimbit anda dan topup sebelum masuk kerana anda, bakal penentu pengakhiran rancangan ini.

Pelakon :

Selain pengarah, aku juga begitu teruja dengan gabungan pelakon anak muda yang semakin meningkat naik dan menjadi pengemudi teater anak muda di KL ketika ini (apa yang aku nampak dari jauh). Mereka baru sahaja selesai 'membikin' teater Juta-Juta di Putrajaya. Melaui pemerhatian aku, mereka adalah sebuah kumpulan yang seriang mengadakan persembahan teater tanpa henti untuk tahun ini. Apa yang menarik melalui gabungan mereka apabila mereka bertukar posisi dalam setiap persembahan.

Kalau tak silap aku, aku pernah dan sudah melihat kesemua mereka beraksi di atas pentas dengan mata kepala aku sendiri. Apa yang aku ingin katakan juga adalah...ianya sangat membanggakan. Masing-masing ada pembentukan karakter dan pembawaan diri sebagai pelakon tersendiri. Cuma apa yang aku harapkan untuk persembahan kali ini, aku nak lihat mereka dari sisi lain yang tak pernah aku tengok mereka sebelum ini.

Inilah mereka :






tu jer la mampu aku cerita.


Review lain boleh ke sini -

Blog Fazleena...

Inilah yang ditunggu-tunggu. Pementasan 1 Plastik Hitam yang akan berlangsung tak lama saja lagi iaitu pada 7-11 December 2011 (rabu sampai ahad) iaitu jam 8.30malam di Stor teater DBP serta ada pementasan matinee (waktu petang jam 3pm) pada hari ahad. Anda semua dialu-alukan untuk hadir dan berhibur dengan pementasan ini yang aku akui agak rare berbanding teater-teater yang ada di tanahair kita. Eceh! Sebab apa aku berkata begitu adalah kerana, teater ini yang menggunakan pendekatan 'play within the play' yang menggabungkan eleman reality show didalam pementasannya. Ini bermakna anda sebagai audience yang hadir boleh berinteraksi dengan pelakon-pelakon melalui cara undian. Bermakna anda juga merupakan penentu kepada ending cerita ini. Menarik kan? Pada awalnya.. (lagi)


Blog Aloy...

Karl Shafek ini, pengacara TV yang sedang meningkat naik sekarang. Begitu petah mengendalikan racangan 3 Hari 2 Malam, HITS 1 dan Chopp!. Nekad meninggalkan tugasnya selaku pramugara Penerbangan Malaysia untuk terjun ke bidang ini. Antara drama lakonan mamat ni ialah Aalia(Astro), Tekno Fobia dan Hotel Mania(TV3). Terbaru, dia ni sedang giat menjalani pengambaran Filem.... (lanjut).

Blog Fasyali...

Kurang seminggu lagi pementasan teater 1 Plastik Hitam akan berlangsung. Aku yang terlibat sebagai pelakon sedang dalam persiapan rapi untuk kembali mengambil pentas. Aku tidak pasti bila kali terakhir aku naik atas pentas sebagai pelakon. Jadi, kena ambil masa sedikit untuk kembalikan semangat pentas tu. Eceh!

Kali ini aku mahu promot sikit teater ini. 1 Plastik Hitam adalah ... (penuh)


Facebook.....
http://www.facebook.com/events/225781367489516/


Kesimpulannya...aku janji ngan diri sendiri aku akan menyaksikan teater ini walauappun. Mana-mana orang Melaka yang nak ikut silalh ikut. Tapi bayar tiket sendiri. Sebeb sebelum ni bila aku kumpulkan pergi tengok untuk free ada saja problem. Jadi kali ni aku pergi sendiri menaiki kereta kebal aku.

* Untuk link ke FB pelakon, anda bolehlah tekan gambar photo mereka.

7 ulasan:

fazleena berkata...

Terima kasih byk2 awak! :)

MALAU berkata...

sama-sama, sekdar yang mampu

Syahrul Musa berkata...

Thanks bro..

MALAU berkata...

sama-sama bro..kamu idolaku..huhu

Karl Shafek berkata...

terima kasih..

Aloy Paradoks berkata...

terima kasih Malau.

MALAU berkata...

sama-sama karl shafek n aloy...sy cuma sekadar mampu membantu dengan cara ini. sy berbangga dengan semangat orang muda dalam team kalian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...