Pengikut

Khamis, 8 Disember 2011

PAK LEMAN BACA PUISI

Sedang asyik melayari facebook, tiba-tiba Pak Leman disapa oleh rakan baiknya Che Dollah. Che Dollah yang dulunya seorang askar masa perang Jepun. Dia pernah baling selipar kat askar Jepun yang datang mengendap dia mandi. Berterabur tiga batang gigi mamat Jepun tu. Tak sempat askar Jepun tu nak kutip balik gigi dia.

Che Dollah melabuhkan punggungnya di tepian anjung rumah Pak Leman. Seakan gaya perempuan yang nak duduk bersimpuh. Alahaiiiii...gelak hati Pak Leman. Che Dollah menarik sesuatu dari dalam seluar dia. Pak Leman terkejut. Bangkit dengan laju.

Pak Leman :
Apa hang nak buat ni Dollah.

Che Dolah :
Apa-apa?

Pak Leman :
Hang jangan main-main. Ni zaman 1 Malaysia. Mana boleh buat macam tu.

Che Dollah :
Ish kamu ni, tak habis-habis dengan melatah kamu tu. Aku datang ni nak bawak khabar berita.

Pak Leman :
Uhh..lega aku. Aku ingatkan apa tadi.

Che Dollah menarik seuatu dari dalam seluar dia. Bukan seluar dalam ya. Jangan tukar signal pemikiran. Dia keluarkan kertas dari kocek dia.

Che Dollah :
Ini beritanya. Lusa ni kita sebagai jaguh kampung yang tersadai ni diminta untuk baca puisi kat satu majlis.

Pak Leman :
Majlis kawin sekarang ni pun orang ada buat baca puisi ya. Patutla aku tengok Zahiril Adzim masa kawin dia, dia baca puisi jugak.

Che Dollah :
Ish kamu ni. Suka sangat membuat cerita tanpa tajuk. dengar la dulu aku nak bagitau. Bukaannya majlis kawin. Ni Majlis lain.

Pak Leman menggaru hidung yang baru disinggahi lalat. Seakan-akan terasa dia yang terover pula. Che Dollah meneruskan cerita.

Che Dollah :
Lusa ni ada majlis Pameran Bergerak Sempena memperingati tokoh ni. Jadi kita diminta untuk baca puisi. Aku pun baru teringat kamu lepas aku tengok status facebook kamu tu tadi.

Pak Leman :
Aik Dolah, hang pun ada facebook. Kenapa tak add aku.

Che Dollah :
Nanti kita citer lain kali la pasal facebook tu. Tadi kan kamu ada update status guna ayat puisi kan. Hah..dari situ la aku teringat kamu.

Pak Leman :
Aik, macam mana hang boleh tengok status aku tanpa add aku.....Ooooo.

Che Dollah :
Kamu tu lupa buat privacy la tu.

Pak Leman :
ooo..macam tu..anak aku lupa nak ajar la tu.

Che Dollah :
Ni pusinya. Puisi ni baru jer aku tulis tadi. Dapat ilham dari puisi kamu tu la. Tapi...tapiii...tapiii.. aku tulis semula jer..hu...huuuuuaaa huaaaa huuaaa....aku tipu jer.

Pak Leman :
Ishh hang ni Dolah. Suka menyakat aku.

Che Dollah :
Sikit-sikit jer. Dah la. Nih kamu tengok ni. Kamu hafal cepat-cepat. Besok malam kita berlatih kat sawah depan tu. Ajak la Bedah sekali. Mana tau datang kamu punya semangat.


Maka dipendekkkan cerita yang tak ada episod ni, maka Pak Leman mula la berhempas pulas menghafal, Hafal dan hafal. Hafal lagi. Maka hafal. Sedang hafal. Hafal tak habis-habis. Hafal jugak. Hafal. Hafal. Mesti hafal. Lagi fahal.


*** Pak leman pesan kat korang, kalau nak tengok bagi jelas, sila lah tekan gambar tu. Boleh tengok lagi besar. dia juga cakap, jangan cakap kat orang lain, nanti orang lain jeles.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...