Pengikut

Rabu, 1 Februari 2012

MOHD ZAMRI MOHAMAD

Asslamualaikum. Salam hari pertama dalam bulan februari. Cepat masa berlalu. Genap 3 tahun 13 hari aku berada di bawah lindungan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang dulunya Kolej Yayasan Melaka. Dengan kata lain, dalam tempoh yang sama juga aku berada di negeri bandaraya bersejarah - Melaka. Banyak suka duka yang dilalui di sini. Banyak juga kenangan tercipta di sini.

Di sini :
...aku belajar tentang kehidupan.
...aku belajar erti pengorbanan.
...aku belajar hargai nikmat yang diperolehi.
...aku belajar menambah ilmu teater.
...mematangkan aku dalam pengurusan.
...mematangkan aku dengan sikap manusia sekeliling.
...belajar berdikari.
...aku belajar untuk bikin teater di ruangan yang besar tapi kecik.
...belajar terima hakikat yang aku masih belajar.

KENANGAN - Memang banyak kenangan tercipta. Suka duka yang seiring. Kalau diungkitkan mungkin boleh menjadi duri. Semua tu mematangkan aku di bumi yang jauh dari tempat kelahiran. Bumi yang jauh dari pelosok hiruk pikuk sumber rezeki sebelum ini iaitu KL. Namun tidak dilupa kenangan yang menggmbirakan. Berjaya mengisi slot hatiku untuk terus berada di sini. Di sebalik kepahitan, kemanisan itu berjaya menutup segala pintu sengsara.

Seawal perjalanan aku di sini cukup lancar. Mendapat sokongan dari ramai pihak. Namun ada juga yang memandang dengan mulut senget akan kehadiran aku. Budak muda yang entah dari mana, datang nak bawa perubahan itu ini. Namun aku kentalkan dengan suasana itu. Usah dipandang yang senget itu kerana yang menyokong lebih berkuasa.

JABATAN SENI TEATER - Telah aku cuba bangunkan sekadar yang mampu. Telah aku bentukkan jabatan ini menjadi jabatan yang kecil tapi dikenali. Entah jadi atau tidak. Tapi sekurang-kurangnya aku berjaya membawa nama Melaka untuk diletakkan dalam 5 kumpulan terbaik manifestasi teater Malaysia 2010 di KL. Sekurang-kurangnya aku berjaya menyapu majoriti anugerah peringkat negeri dalam kategori teater biasa dan monolog. Sekurang-kurangnya jabatan aku ini telah menambahkan senarai koleksi teater yang ada di Melaka. Teater kecil aku jadikan teater besar. Peperiksaan kecil di kelas aku jadikan persembahan dengan membuka ruang untuk orang luar menyaksikannya.

Lebih membanggakan jabatan, setiap semester akan ada lebih kurang 5 persembahan teater atau lain-lain persembahan dipersembahkan. Setiap semester ada 4 hingga 6 bulan. Jadi dalam tempoh itu, jabatan ini berjaya menambahkan koleksi teater. AKu nak pelajar-pelajar jabatan ini dapat membezakan persembahan teater dan TV. ASAS. Ya memang asas pada mata kecil. Tapi bermakna pada mata aku.

Jika diimbas kembali sejarah kewujudan aku dalam bidang ini, aku merupakan salah seorang penuntut yang datang dari STPM. Jadi ini berertti kemasukan aku dengan pencapaian atau pengetahuan yang kosong '0'. Perlu bersaing dan memekakkan telinga untuk mendapatkan ilmu. Tapi aku bertuah kerana lahir dalam rakan-rakan graduan dari ASWARA yang mana mereka sudah cukup utuh dalam menyebut makna teater. Rasa malu dan segan dan malas di tolak ke tepi demi mengejar pengetahuan dan pengalaman mereka yang pada masa itu sudah mampu bikin teater. Sedangkan aku masih tidak mampu untuk bezakan apa itu teater, drama dan sketsa masa hari guru di sekolah.

Pelajar sekarang beruntung. Kerana sebelum menempuh peringkat ijazah mereka sudah mampu pergi lagi laju. Sebab itulah kenapa aku katakan tadi aku hanya meletakkan asas di sini. Aku mahu pelajar mampu buat teater hingga siap.Bukan hanya bercakap dan menulis tapi sampai sudah teater tidak dipersembahkan.

Kadangkala ada juga suara-suara dari orang bijak pandai teater yang menyangkal keadaan ini kerana aku kurangkan penggunaan teori, konsep, istilah, aliran dan bermacam bentuk sebutan yang lebih kepada bahasa buku yang kemudiannya harus diterapkan. Bukan itu tidak perlu, tapi tidak terlalu. Asasnya harus dipelajari. Tapi penekanan melampau itu tidak harus. Sebab yang aku pentingkan ialah pelajar mampu membentuk sebuah produksi dari pemilihan skrip, pemilihan produksi, sesi latihan, sesi pembinaan set, bump ini, show dan bump-out. Itu yang aku harapkan. Ternyata ianya berjaya. Dengan hanya satu suara pertama 'kita akan buat teater'. Maka tentatif berikutnya berjalan sediri tanpa aku mengetuknya berkali-kali. Itulah kebanggan jabatan buat masa kini.

DTS DRAMA SHOWCASE telah masuk kiraan kali ke 4. Bermakna sudah lebih 15 teater kecil telah diterbitkan melalui projek ini. Semester ini akan ditambah lagi dengan 6 teater kecil dan 1 teater besar. Perancangannya juga akan dibuka kepada penggiat luar. Supaya kita sama-sama belajar dan berkongsi pengalaman.

SUKAN - Sepanjang berada di sini juga, sukan tidak dilupakan. Melalui penubuhan Aura Production FC maka arena sukan di KAYM ini terus melonjakkan namanya tersendiri. Pelajar yang terlalu taksub dengan buku dan kerja rumah adakalanya boleh mengurangkan daya kreatif. Maka aku wujudkan AURA PRODUCTION FC yang mana lebih kepada futsal. Kumpulan ini wujud akbat dari semangat pelajar itu sendiri. Tanpa mereka mana mungkin nama Aura Production FC terpahat sebagai sebuah pasukan futsal yang berjaya memegang tampuk juara selama dua tahun berturut-turut. malah berjaya meletakkan tempat dalam 8 kumpulan terbaik seluruh Malaysia di kejohanan futsal seluruh IPT di Putrajaya. Aku juga harap momentum ini akan diteruskan. Tapi dalam masa yang sama, pelapis sedang dibentuk kerana pelajar ini tak selamanya di sini. Aku suka semangat pelajar-pelajar dalam kategori futsal ini.

JODOH - haha. Aku akan gelak kecil dulu sebelum menjawabnya. jangan tanya terlalu lama atau panjang. Kerana jawapannya tetap sama- 'nantila..'. Huhu. Sabar ya kawan-kawan. Belum sampai rezeki aku. Siapa yang tak nak kawin. Gila taknak...huhu. Bukan aku tak berusaha ke arah itu, tapi mungkin belum sampai masanya. Ada benda yang harus aku persiapkan dulu sebelum menukar status bujang. Nak kata memilih, tak la memilih sangat. Cuma aku orang yang faham tentang kerja aku. Tentang bidang aku yang kadangkala disalahsangka dan disalahguna. NAk faham aku yang mungkin berada di opis dari pagi hingga pagi. Nak memahami aku yang jenis GILA. Aku tak memilih.

BISNES - Aku mula menorak langkah dengan mengembangkan lagi Aura Creative Production yang dulunya hanya menumpukan kepada teater. Dengan lahirnya Aura Creative Souviner ini telah membuka pintu rezeki untuk aku sendiri dan untuk Aura Creative Production itu sendiri. Kami membekal perkhidmatan percetakan mug, baju, mozek dan beberapa jenis lagi barangan printing. Ini adalah cita-cita aku, ingin memiliki sebuah gedung perniagaan sendiri.

AZAM - Azam aku ada banyak. Tak terkira malah aku pun kadangkala lupa ngan azam aku. Jadi aku senaraikan azam aku ini sepuaya menjadi peringatan untuk aku sendiri juga.

Azam 1- Malauazam.
Azam 2- Mantapkan Aura Creative Souviner dalam jurusan perniagaan percetakan.
Azam 3- Memantapkan Aura Production FC utnuk futsal dan sukan. Selain itu menubuhkan satu lagi pasukan dengan nama Aura Creative Jr sebagai pelapis kepada pasukan terdahulu.
Azam 4 - Mengarahkan 3 teater sendiri untuk tahun 2012.
Azam 5- Mempercepatkan kawin.
Azam 6- Membantu NGO melaka menaikkan teater di Melaka.
Azam 7- Meningkatkan kualiti dan melancarkan lagi bahagian pengurusan Jabatan Seni Teater agar lebih dikenali dan dihormati.
Azam 8 - Menerbitkan lebih 10 teater tak kira kecil atau besar untuk tahun 2012.
Azam 9- Ambil master.
Azam 10 - Nak kaya cepat.
Azam 11 - Nak beli rumah dengan nama sendiri.

Cukup la dulu yang tu. Nanti yang lain aku simpan dalam hati.

Apa yang aku harapkan adalah menjadi lebih baik dari yang lepas. Meningkatkan ilmu aku dalam bidang ini supaya lebih menumpukan aspek akademik tanpa melupakan aspek kreatifnya. Aku berharap aku menjadi seorang yang lebih penyabar dan lebih bekerja kuat. jangan malas dan jangan perlahan dalam setiap tindakan. Aku juga berharap aku enjadi seorang yang berdaya kreatif dalam menyelesaikan masalah.

4 ulasan:

Razlan Ab Razak berkata...

ni biografi ke apa ni?hahahaha...

tahniah En Zamri..saya setuju dgn apa yang ditulis...semoga terus dan terus berjaya...

MALAU berkata...

haha..ada la sikit macam bibliografi dan ada juga sedikit keluhan buat diri sendiri.

terima kasih en razlan atas support yang diberikan

Cik Muncung berkata...

Budak2 skrg ssh nak berdikari. nak kena suap baru nak terajak buat kerja. samalah dgn saya dlu. kih2. semua tu learning process kan. just bagi mereka yang rasa hidup ini senang sampai bila-bila mereka tak kemana. Kena ingat ibu bapa banyak bersusah payah untuk membesarkan anak-anak bagi pelajaran semua. So adik-adik, jangan susahkan parent. Ayuh, belajar untuk susah. belajar rajin-rajin. Tengok contoh macam en zam kita ini. hurmm they should be proud and thankful sebab ada encik zam n team2 pensyarah yang lain. Banyak pembaharuan melalui DTS. tak macam kami dulu. Very limited. Alhamdulillah ramai jugak yang jadi orang. So anda2 yang mmg dan beruntung ini, takkan tanak gunakan peluang sebaik mungkin? hee tepuk dada tanya selera ok ?

MALAU berkata...

LA..INGATKAN SAPER MISS MUNCUNG NI..NAS RUPANYA..HUHU..SY TAK LER HEBAT...CUMA SEKADAR BERKONGSI APA YANG ADA..SEBAB KALAU KITA BERKONGSI KITA AKAN MAKIN BELAJAR BANYAK BENDA....KESUSAHAN TU AKAN MENGAJAR KITA UNTUK LEBIH MUDAH NAK HADAPI LEPAS NI. PELUANG ADA DI MANA-MANA. NAK ATAU TIDAK, KAKI DAN HATI YANG GERAKKAN. KALAU MALAS...MAKA TEWAS...TERBABAS....MENYESAL TAK SUDAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...