Pengikut

Isnin, 30 April 2012

JAWATAN KOSONG / JOB VACANCY

Jawatan : Pensyarah

Peringkat : Diploma Teknologi Seni Teater.

Jabatan : Jabatan Seni Teater, Sekolah Teknologi Media dan Seni (SMART) Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM).


Pengenalan jabatan :
Jabatan Seni Teater SMART KAYM merupakan institusi tunggal di Melaka yang menawarkan kursus pengajian di Peringkat Diploma dalam bidang Seni Teater. Pengajian ini meliputi asas-asas dalam membentuk pelajar menjadi pekerja teater yang mampu 'bikin' teater. selain itu membentuk pelajar menjadi penggiat seni  yang aktif dan kreatif. Penekanan pengajaran di sini bukan sahaja kepada asas lakonan, malahan kepada pengarahan, pengurusan produksi seni, teknikal pentas dan subjek kreatif yang lain.


Buat masa kini, selain pengajaran di kelas, jabatan ini juga giat mengadakan persembahan teater di sekitar Melaka dan KAYM sendiri. Persembahan penilaian kelas juga diangkat sebagai persembahan utama yang kemudiannya dipersembahkan kepada khalayak luar. Untuk mengikuti senarai persembahan, anda boleh scrool ke bawah atau sila layari faceebook kami dengan menaip KELAB TEATER KYM atau AURA CREATIVE PRODUCTION di ruangan pencarian facebook.


Jabatan ini juga baru sahaja menyelesaikan dua persembahan teater sempena DTS Drama Showcase 3.0 yang mana mengumpulkan 6 buah persembahan teater pendek. Selain itu, kami juga baru selesai mengadakan persembahan teater The Maids di Kompleks Taman Budaya Kuala Lumpur pada 7 dan 8 April yang lepas.


Kelayakan Permohonan:
- Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Persembahan ; atau
- Ijazah Sarjana Muda Seni Teater/Drama, dari institusi yang diktiraf,
- Mempunyai pengalaman tidak kurang dari setahun dalam bidang teater,
- Mampu bekerja di luar waktu pejabat, memandangkan akan ada aktiviti latihan teater secara berterusan.


Pengkhususan Pengajaran :
- Penulisan Kreatif / Penulisan Skrip Drama
- Pengurusan Kesenian
- Teknikal Teater dan Pentas
- Lain-lain kepakaran yang anda ada.


Caranya :
Sila hantar resume anda beserta gambar berukuran pasport kepada kami. Sila sertakan juga cadangan gaji yang anda kehendaki. Hantar ke :

   Jabatan Sumber Manusia
   Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
   No. 1, Jalan Bukit Sebukor
   75150 Melaka


Atau sila emailkan ke saya di : malau_77@yahoo.com


Tarikh tutup permohonan ialah pada 4 Mei 2012

SILA SEBARKAN BERITA INI KEPADA SELURUH RAKAN KITA YANG BERMINAT.


1 ulasan:

isma.zrya berkata...

salam encik..maaf saya tumpang bertanya.adakah jabatan ini masih memerlukan pensyarah?
sekiranya ya..kepada siapa harus saya tujukan surat permohonan dan resume?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...