Pengikut

Sabtu, 11 Ogos 2012

SMART DIPLOMA SHOWCASE 2012



BUKIT SEBUKOR - Pada 7 dan 8 Ogos yang lepas telah berlangsung Diploma Showcase bagi pelajar-pelajar Diploma Teknologi Media (DTM) dan Diploma Teknologi Animasi(DTM) School Of Media Technology And Art (SMART). Program yang berlangsung selama dua hari ini telah berjaya mengumpulkan serama 30 orang pelajar terbaik dari kedua-dua program pengajian.

Pelajar-pelajar DTM dan DTA telah membuat pameran terhadap projek akhir mereka yang mana merupakan penilaian akhir sebelum tamat pengajian. Selain pameran bahan-bahan projek, pelajar-pelajar ini juga telah membuat presentation kepada setiap projek yang dilakukan. Mereka dikehendaki memberi penerangan kepada panel penilai yang dijemput khas untuk memberi markah kepada projek yang dilakukan.


Majlis perasmian Diploma Showcase 2012 ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Saroni judi selaku Ketua Eksekutif Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM). dalam ucapannya, beliau berbangga dengan pencapaian para pelajar SMART selama ini dan mengucapkan syabas kepada pelajar yang berjaya mengadakan pameran penilaian akhir mereka. Dalam ucapan yang sama, Datuk Saroni juga telah membuka peluang dan ruang kepada mana-mana pelajar yang berminat untuk turut serta bekerja di KAYM apabila tamat pengajian nanti.

Sepanjang berlangsung program ini, para pegunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat secara dekat hasil kerja pelajar dari proses mencari idea sehingga terhasilnya produsk akhir mereka. Beberapa sekolah sekitar KAYM telah dijemput untuk memeriahkan program. Salah seorang dari Sekolah Menengah Munsyi Abdullah Melaka, Mohd Salahudin berkata, beliau begitu teruja melihat hasil kerja pelajar DTM dan DTA. Selama ini, paparan video yang sebegitu hanya dilihat di kaca televisyen sahaja. Jika diberi peluang, beliau akan menjejakkan kaki sekali lagi ke sini.















Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...