Pengikut

Khamis, 11 Oktober 2012

KEPUTUSAN FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2012


Akhirnya pada 6 Oktober 2012 telah berlabuh tirai Festival Teater Malaysia 2012. Malam penutup ditutup dengan agak gemilang seakan anugerah oscar. Seakan. Keputusan juga telah diketahui. Pemilihan yang telah dilakukan oleh pihak juri tidak boleh diubah lagi. Semuanya telah tercatat dalam sejarah Festival Teater Malaysia. Kalau nak ubah, tunggu tahun hadapan. Kena terima seadanya keputusan yang telah dibuat itu walaupun mungkin ada ketidakpuashatian di kalangan para peserta mahupun penonton yang hadir dikebanyakan malam persembahan.

 Saya cuma sempat menyaksikan dua persembahan teater yang dipersembahkan oleh dua buah negeri. Selangor dengan tajuk teaternya Buai manakala Johor dengan tajuknya Janin. Kedua-dua persembahan mempunyai kehebatan tersendiri. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan samada di atas pentas mahupun disebalik pentas. Negeri lain seperi Sabah, Kedah, Pahang dan Pulau Pinang tidak sempat ditonton. Pada masa itu saya masih lagi berada di Melaka. Jadi untuk megulas setiap persembahan adalah agak mustahil bagi saya kerana tiada di kerusi penonton pada masa kejadian, Jadi apa yang mampu saya ceritakan ialah pada malam penutup sahaja. Kalau ada pun pasal persembahan lebih kepada Selangor dan Johor.





 Keputusan penuh Festival Teater Malaysia 2012 adalah seperti berikut : 

JOHAN
RM15,000, Piala Pusingan, Piala Iringan dan Sijil
- Persatuan Penggerak Warisan Budaya (AKRAB) : Kedah
- Tajuk : Pelantaq
- Karya : Saiful Bahari
- Arahan : Saiful Bahari

NAIB JOHAN
RM10,000, Piala Iringan dan Sijil
- Kelab Estetika Budaya, UiTM Jengka : Pahang
- Tajuk : Kebayan
- Karya : Zack Zaideen
- Arahan : Mohd Samsuri Ghazali

TEMPAT KETIGA
RM8,000, Piala Iringan dan Sijil
- Badan Kebudayaan dan Warisan P Ramlee (BAKAWALEE) : Pulau Pinang
- Tajuk : Perhiasan Kaca
- Karya : Tennesse Williams
- Arahan : Mohd Yusoff Bakar

PENGARAH TERBAIK
RM3,000, Piala Iringan dan Sijil
- Saiful Bahari
- Teater : Pelantaq
- Kumpulan : AKRAB Kedah

PELAKON LELAKI TERBAIK
RM3,000, Piala Iringan dan Sijil
- Hairi Safwan Azman
- Teater : Pelantaq
- Kumpulan : Kedah

PELAKON WANITA TERBAIK
RM3,000, Piala Iringan dan Sijil
- Siti Salwani Saari
- Teater : Pelantaq
- Kumpulan : AKRAB Kedah

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
RM2,000, Piala Iringan dan Sijil
- Raja Azri Raja Kamaruzzaman
- Teater : Buai
- Kumpulan : Selangor

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
RM2,000, Piala Iringan dan Sijil
- Mazrona Kalinggalan
- Teater : Mencari Ricka
- Kumpulan : Sabah

PELAKON HARAPAN LELAKI TERBAIK
RM1,000, Piala Iringan dan Sijil
- Muhamad Zamri Abdullah
- Teater : Pelantaq
- Kumpulan : Kedah
PELAKON HARAPAN WANITA TERBAIK
RM1,000, Piala Iringan dan Sijil
 -  Nur Athirah Jumien
- Teater : Mencari Richka
- Kumpulan : Sabah



















Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...