Pengikut

Jumaat, 12 April 2013

DILARANG MENYANYI DI BILIK MANDI


JABATAN SENI TEATER
SEKOLAH TEKNOLOGI MEDIA DAN SENI (SMART)
KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA



Satu pementasan teater bersempena dengan penilaian pelajar yang mengambil Diploma Teknologi Seni Teater bakal berlangsung pada 19 dan 20 April 2013 di Taman Budaya Negeri Sembilan.

Teater ini yang menggunakan naskah bertajuk Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi diarahkan oleh Mohd Shahril Mohd Sani.

“Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi” menceritakan tentang perjalanan seorang Ketua Kampung menyelesaikan masalah tentang isu nyanyian seorang perempuan di bilik mandi. Isu itu timbul apabila tiga J iaitu Jenap, Joyah dan Jemah mengadu kepada  Ketua Kampung kerana suami mereka sudah angau terhadap nyanyian perempuan tersebut. Usaha Tok Ketua dibantu oleh Paan, salah seorang pendengar nyanyian itu. Dapatkah Tok Ketua menyelesaikan masalah dikampungnya itu?


  MAKLUMAT PROGRAM

Nama Program :
Pementasan Teater Moden

Tajuk :  
Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi

Karya  :
Seno Gumira Ajidarma

Adaptasi Bebas :
Mohd Shahril Bin Mohd Sani

Tarikh / Masa
·         19 dan 20 April 2013 / 8.30 Malam

Anjuran
 Jabatan Seni Teater
Sekolah Teknologi Media dan Seni (SMART),
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)

Dan
Aura Creative Production

Dengan Kerjasama
Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan

Tempat Persembahan
  Auditorium D’Sury Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan,
Sungai Ujong, 70200 Seremban Negeri Sembilan


 Tiket Masuk
Percuma

Anda dijemput hadir untuk menyaksikan pementasan ini dan kami mohon jasa baik anda untuk menyebarkan maklumat pementasan ini.Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Fyza Rahman di talian 018-919 0499 / 017-235 3711 atau fyzafaralisaa@yahoo.com

** sila rujuk poster yang dilampirkan.



Sekian dan terima kasih

FYZA RAHMAN
Pengurus Produksi

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...