Pengikut

Khamis, 4 Disember 2014

KISAH LEMAN DATANG KEMBALI


Hari ini Leman terpaksa keluar dari tempat dia bersembunyi. Terpaksa katanya. Dulu dia juga yang kata semua tu duniawi. Kali ini dia bangkit untuk perjelaskan kenapa dan apa serta bagaimana. Payah tu memang payah. Tapi sampai bila Leman nak rahsiakan hal yang jadi isu hangat selain isu 'Keeper kat mana?'.
Kali terakhir Leman keluar ialah semasa tengok persembahan teater di Panggung HTC perkampungan Hang Tuah. Tu pun kebetulan dia dipanggil menonton atas alasan tajuk persembahan "teater Pak Leman' arahan Malauazam hampir sama dengan namanya. Teater Pak Leman pun dah habis. Tapi dengar cerita hutang panggung belum lagi selesai. Anak buah pengurus projek angkat kain letak di jemuran. Abis berceceran. (betul tak eja tu?)
Tadi Leman jenguk laman FB. Wah sakan. Meriah FB dengan macam-macam cerita. Ada pasal bola. Ada pasal muka kena toreh. Ada pasal makan ikan bakar sampai terbakar. Ada pasal emas. Ada pasal button.
Berbalik kepada isu asal yang nak diberitahu. Leman sebenarnya malas nak masuk campur urusan keluarga Pak Kemat. Tu hal yang agak peribadi. Biarlah mereka selesaikan sendiri. Tapi bila diajukan oleh anak Pak Kemat sendiri akan sikap tak stabil Pak Kemat tu buatkan Leman rasa nak tolong. Tapi tak tahu macam mana?
Pak Kemat tu baik orangnya. Seorang yang ceria dan suka bercerita. Tapi bila bab nak jaga hati orang lain tu yang tak pernah menjadi. Tu yang sering Pak Kemat 'tipu sunat' untuk anak-anaknya. Entahlah. Leman tak nak campur. Leman pernah bekerja dengan Pak Kemat. Tu pun sekejap jer. Lepas Leman dapat tawaran kerja sebagai pengurus projek di Bukit Sebukor tu, Leman jarang benar berjumpa dengan Pak Kemat.
Pak Kemat ada ramai anak. Tu yang kadang-kadang terlupa nama anaknya. Maklumlah setiap nama anaknya juga ada nama Kemat di depannya. Jadi orang luar pun akan panggil anaknya dengan nama tu.
Minggu lepas Pak Kemat pergi ke Singapore. Kataya nak tenangkan fikiran selepas sekian lama toreh getah. Maklumlah sekarang musim hujan. Jadi susu getah tak keluar. Asalnya Pak Kemat sekadar nak ke Legoland. Tapi tersasar sampai ke Singapore. Berseronok la dia kat sana. Sampai terlupa yang kambing kat kampung yang nama Umbok dah nak beranak. Ahh biarlah katanya. Sesekali.
Anak Pak Kemat di kampung mengadu kat Leman. Katanya bapanya tak ingat 'waze' nak balik kampung. Menangis la mereka adik beradik di kampung. Bermacam-macam status facebook yang ditulis. Bermacam-macam la juga sahabat handai yang komen balas di situ. Ada yang bagi semangat dan ada yang tambah panas. Mereka mengharapkan Pak Kemat balik segera. Balik redakan kerinduan anak-anaknya. Makin lama Pak Kemat kat Singapore, maka makin banyak yang ditokok tambah oleh pemikiran orang sekelilingnya. Makin banyak juga nanti Pak Kemat akan 'tipu sunat'.
Sepanjang di Singapore, Pak Kemat buat '3G' dengan anak bongsunya yang baru habis peperiksaan PT3. Anaknya Salina tu ada bertanyakan ke mana Pak Kemat pergi. "Dady ada urusan sekajap. Nanti dady balik la. Dady bawak balik ole-ole nanti. Anak kawan dady nak bersalin. Jadi dady kena ada sebelah kawan dady tu supaya kawan dady tidak lemah semangat." katanya. Anak Pak Kemat yang nama Salina tu pun senyum sambil angguk tanda faham.
Beberapa hari lepas tu, Leman diberitahu oleh anak Pak Kemat yang lain bahawa Pak Kemat tengah berseronok. Padahal anak kawan Pak Kemat tu belum lagi nak bersalin. Tapi mengada-ngada macam burung unta. Ahirnya rahsia tipu sunat Pak Kemat tu sampai ke pengetahuan isterinya di kampung. Senyum pahit isterinya. Dah kenal perangai Pak Kemat.
Leman mengeleng-ngeleng kepala. Hebat penangan facebook ni. Tak semua benda boleh sorok. Susah nak jadi rahsia zaman sekarang ni. Malam ni Leman balik ke rumah awal dari biasa. Termenung panjang dia di atas beranda rumahnya. Beranda la sangat. Lantai buluh yang hampir reput. Macam-macam yang Leman fikir. Perlu ke dia bantu keluarga Pak Kemat? nanti apa pula kata orang kampung yang lain. Pak Kemat tahu tak apa yang anaknya dah tahu di kampung?
Leman terlelap dengan lengan kiri di bawah kepala. Bagaimana hari esok buat Leman? Bagaimana hari esok aktiviti Pak Kemat? Apa tindakan hari esok keluarga Pak Kemat?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...