Pengikut

Isnin, 13 Jun 2016

MENULIS KEMBALI 2016

Agak lama aku berhenti dari meulis kata kata yang berjela jela. Masa yang dilalui tak mampu aku tunaikan untuk berkongsi setiap rasa yang dihadapi. Dah masuk 2016. Umur pun dah makin berkurang. Berkurang untuk terus berada di dunia yang fana ini.

Alhamdulillah. Banyak kesyukuran yang nak aku ungkapkan. Bersyukur ke hadrat Allah atas setiap kurnian dan setiap langkah yang telah aku lalui. Setiap hari juga berdoa untuk jadi yang lebih baik. Namun adakalanya tergelincir dari landasan yang aku inginkan.

Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua. Semoga bulan yang mulia ini akan membuatkan kita jadi yang lebih baik. Berubah ke arah yang lebih positif. Meninggalkan kisah silam yang kemudiannya kita jadikan pengajaran.

KERJA....
Dah..aku dah berhenti kerja dua tahun yang lalu. 14 Julai 2014. YA...aku sendiri yang buat keputusan setelah 6 tahun lebih menjadi seorang pekerja. Cukup la dulu. Bukan cukup ilmu atau cukup kaya, tapi cukup dulu aku bekerja di situ.

KINI...
Aku teruskan dengan apa yang aku nak buat. Adakalnya seronok. Bebas. Adakalanya lebih perit dari yang disangka. Setiap aturan kena susun sendiri.

Semoga kita semua terus berjaya dalam setiap perjuangan kita. Aku doakan kalian semua murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

Amin. Amin.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...