Pengikut

Sabtu, 16 Julai 2016

6 TABUNG YANG PERLU ADA,,

Usahawan kena ada tabung.
Setiap hari kena menabung.
Tak perlu tabung cantik-cantik.
Tabung biskut raya pon boleh. 
Ada 6 tabung.
Iaitu
1) FFA - Financial Freedom Account.
Tabung ni adalah tabung untuk anda mengumpul RM1 Juta pertama anda.
Setiap hari kena masuk.
Jika dipecahkan mengikut peratus, tabung ini mewakili 10%
2) NEC (Necessity)
Tabung ini juga di namakan sebagai tabung perbelanjaan.
Tabung yang menampung kos hidup anda sebulan.
Ia termasuk kos makan, kos transport dan termasuk juga hutang yang anda pinjam.
Peratus yang ideal 55% dari pendapatan harian.
3) LTTS (Long Term Saving)
Tabung ini khas untuk anda guna semula.
Contoh : untuk beli TV ke, untuk beli barang kelengkapan rumah ke atau untuk beli rumah (sebagai pembayaran deposit)
Setiap hari anda boleh ketepikan 10% dari pendapatan anda ke dalam tabung ini.
4) CHARITY
Ia di namakan juga Tabung Kebajikan.
Kesemua duit dalam tabung ini adalah untuk di beri semula.
Bukan enjoy untuk diri sendiri ye.
Peratus yang ideal adalah 5%.
5) FUN Account
Ini tabung paling best. Sebab nya tabung ini adalah tabung untuk menampung keinginan kita.
Boleh di jadikan sebagai tabung melancong jika anda gemar melancong.
Atau tabung shopping jika anda gila shopping.
Atau tabung famili untuk makan malam di restoran mahal setiap bulan.
Tabung ini di jadikan untuk anda guna semua duit dalam ini sampai habis.
Kalau ada RM50, memang setakat itu sahaja shopping anda pada bulan itu. 
Lagi banyak saving, lagi banyak yang anda boleh lakukan.
Peratus yang ideal untuk di simpan setiap hari adalah 10%.
6) EDUCATION
Ini khas untuk menampung pembayaran kelas-kelas atau seminar yang anda ingin sertai.
10% adalah peratus yang ideal untuk tabung ini.
Bila nak bermula?
Sumber : FB Puan Reni Rahmat

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...