Pengikut

Jumaat, 11 April 2008

SALAM DARI MALAU

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam syahdu, salam rindu, salam selamat datang, salam berkenalan buat semua yang masuk ke alam malauazam.blogspot.com ini. tak kira lah anda ini kawan saya, kakak saya, adik saya, sepupu sepapat saya, atau orang yang dah lama kenal ngan saya, atau baru berjinak-jinak ke alam malau ini. Apapun kita semua bersaudara.


tujuan blog ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memeriahkan alam blog di dunia siber. dengar cerita dan melalui berita yang dibaca di akhbar, kerajaan beri amaran kepada penulis blog. sebab buat fitnah dan boleh menjatuhkan seseorang. pada saya yang bernama malau ini, penyataan itu adalah benar dan tidak benar. ini kerana tidak semua penulis laman blog jahat dan zalim.


blog pada saya adalah saluran untuk menyuarakan pendapat secara talian selepas 3m -media massa, menulis surat dan mulut ke mulut. Jadi, menulis blog adalah satu talian yang baru bagi orang yang baru tetapi talian atau cara yang dah lama sebenarnya bagi orang yang dah lama kenal ngan blog.


BERANI KERANA BENAR...TAK PAYAH TAKUT KALAU TAK BUAT SALAH


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...