Pengikut

Khamis, 17 April 2008

M.A.L.A.U

MaLaU- Tentunya anda semua tertanya-tanya kenapa saya menggunakan nama malau. Kenapa tak guna nama silau ke, jejaka_83 ke, pemuda ke, pokok kelapa ke, batman ke, tak pun power rangers????

sebabnya? Ntah ler... saya pun tak pernah pikir sangat akan hal ini. sebab tak penting. tapi bila orang selalu tanya saya kenapa guna malau bila jumpa... saya terpikir untuk mencari jawapan di sebalik pertanyaan tersebut.

Setelah dikaji dan diselidiki pada awal masihi sebelum kemunculan nama malau ini, maka saya akhirnya merungkaikan beberapa fakta dan faktor atas penggunaan nama malau ini.

nak tau?

acu cuba try test tengok di bawah ni :

1. Maksud atau pecahan dari perkataan malau.
m- mencari identiti diri melalui
a - akar umbi
l - lambat laun akan menjadikan
a - agama dan akal semakin
u - ummpphh!!!

2. Nama malau ini juga pernah digunakan dalm cerita lama dizaman Filem Hitam Putih. Nama Pak Malau disebut sebagai seorang pedagang. Cerita apa? saya lupa....

3.
Jangan terkejut jika maksud malau dalam bahasa cina menurut seorang kawan saya ialah monyet.

so, selama ini saya menggunakan nickname monyet. Nape? salah ek? Apa yang salah? itu maksud dalam bahasa cina. tapi saya mentafsirkan sebagai dalam bahasa Melayu. Cuba perhatikan sikap monyet...lincah, ligat dan suka melompat. saya seorang yang suka melompat. tapi bukan melompat macam monyet. saya suka menggunakan badan saya untuk melakukan pergerakan fizikal. saya suka menari walaupun tak pandai menari. saya boleh bersilat tetapi silat tidak diiktiraf. semasa saya belajar dulupun saya pernah mewakili kelab, kolej dan tempat saya belajar dalam bidang yang mempergunakan badan. menurut rakan-rakan saya, saya seorang yang tak boleh duduk diam (diaorang ikhlas ke tak, saya tak tau ler...)

4. Malau ini saya gunakan secara aktif selepas sebuah projek di UM iaitu Festival seni. Dalam projek tersebut, saya menjadi salah seorang yang menguruskan hal-hal yang berkaitan pengurusan. terdapat seorang pegawai ( sekarang dah terkenal dalam program bang bang boom kat tv3) yang terperasan, rupa dan badan saya seakan pak malau dalam cerita lama. so, dia yang memanggil saya dengan menggunakan nama tersebut. sehinggala sekarang ni. Saya tak pernah tengok plak citer tu. liau sebab mengaktifkan nama malau ini. TQ ek... Nanti order air kat mapler ss14.

5. Cuba korang teka n pusingkan otak skit... dalam sebuah pantun atau gurindam, nama malau ini digunakan. kalau tak silap saya ianya pantun. bunyinya begini...
Dagang Pak Malau dagang merempat
dagang hamba musafir lalu..
Kajang hamba.......

*korang sambung ler sendiri. cari ler dalam kamus pantun mana-mana.

-Jadi, itulah antara fakta dan faktor penggunaan nama malau tersebut. Malau ini saya gunnakan lebih kerap dalam alam siber ini. seperti username untuk e-mail, untuk blog ni, untuk masuk blog orang lain dan ntah ler untuk apa lagi.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cubaan blog..cubaan blog... hallo... hallim.. harrunn... 1 2 3 .. one .. twoo.. three..


ok.. bleh guna.. Silakan..

Tanpa Nama berkata...

hah ... filem hitam putih tu tajuknya Seri Mersing. Ada watak Pak Malau tu. Lepas tu pantun tu pun datang dari filem tu laaa ... banyaklah ko punya kajang merempat ... mcm ni haa pantunnya ...

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
dagang hamba musafir lalu

sekianlah adanya buat masa ini ...

MALAU berkata...

OOooo.. iyooo ko macang tu..
Ingat dah...iangat doh..
citor Sori Morosing ekk..

Pantun tu dokek skoleh cikgu ador sobut ari tu...

Tp den Lupo..
Skrg nmi doh tuao skit kann.. mudah lupao..(lupa ler)..

Tq ye Puan Hamba...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...