Pengikut

Sabtu, 19 April 2008

SUKU SAKAT

Koleksi Suku Sakat-
Koleksi suku sakat di atas adalah koleksi bersama orang sekeliling saya dan orang yang pernah didekati oleh saya. Gambar yang banyak ditampilkan di bawah koleksi suku sakat di atas adalah di sekitar penglibatan saya dalam penggambaran drama Keroncong Untuk Ana arahan Din Glamour. Tapi drama ini belum disiarkan di Tv walaupun tarikh sepatutnya Februari lepas. Dalam Drama 26 episod tersebut, saya dijadikan sebagai konti boy- satu port yang leceh tapi penuh berilmu. Leceh kerana saya perlu menjaga kontiniti cerita, kontiniti babak, kontiniti pakaian, kontiniti pergerakan pelakon, menulis conty sheet, melihat monitor di sebelah pengarah, menulis (episod, scene dan tarikh) di clip board. Ianya menjadi leceh sebab tiadanya pengalaman sebelum ini yang diperolehi oleh saya. Tup-tup di tawarkan oleh PM Misnin sebagai kontiniti.
Leceh-leceh gak, tapi banyak ilmu saya perolehi melalui penglibatan ini. Mengenali dunia penggambaran dengan lebih dekat, bergaul dengan orang glamour, yang adakalanya ok dan tak ok. Tapi dalam produksi ini, banyak yang ok. Pelakon seperti Syed Aiman, Haleeda, Yus Waisar, Rosnah Johari, Jalaludin Hasan, Lan Zailan, Ery Putra, Farah Putri dan ramai lagi, mereka semuanya orang glamour yang tidak cerewet dan menghormati orang belakang tabir tanpa mengoyak tabir tersebut.

Buku Baru-

Inilah antara 1 dari 10 buku baru yang saya buka di Lata Rek. Melalui buku baru ini juga banyak membuka lembaran baru dalam hidup saya. Hidup menjadi lebih berseni, bertambah seni. Yang peting dan sangat penting, poket pun berseni-seni. Namun demikian, buku lama tidak ditinggalkan sama sekali. Masih enteng di sanubari saya sebagai penuntut dan pengamal ilmu seni.

Anti Asap -
Anti asap yang mewakili separuh positif diri Malau adalah antara berpuluh-puluh design yang dibuat sepanjang hidup di dunia ini. Ini juga merupakan salah satu buku baru yang diterbitkan oleh saya sendiri. Buku bukan bermaksud buku tapi lebih dari bahasa kerjaya saya. Melalui design ini, saya berjaya mengisi kekosongan poket sendiri di samping mengisi masa terluang agar tidak merempit dan merempat di malam hari. Permintaan yang adakalanya melebihi pengeluaran ini menjadikan saya untuk maintain di Lata Rek bersama buku-buku baru yang lain. Jangan terpedaya dengan design yang saya lakukan kerana ianya mungkin menggangu konsentrasi rakan yang pernah mengenali diri saya. Tentu tertanya-tanya dengan dialog berikut " Boleh ke Si malau ni wat design", "Ye ke boleh, ntah2 ciplak". Ciplak-ciplak gak beb, berani tempah lar ngan wa ni. Dialog tersebut keluar sebab tiada ilmu di kelas yang di tuntut melalui design oleh saya. Ianya terjadi atas daya usaha sendiri di samping minat untuk mencengkang mata di hadapan komputer. Maaf- tiada sijil dalam senireka grafik.
Untuk Keluaran masa hadapan, saya akan mempersembahkan kepada anda rekaan-rekaan yang pernah dibuat secara tidak profesional oleh saya.

2 ulasan:

Kak Lenny Lenot berkata...

boleh ke kau buat design? entah-entah ciplak ....

wakakakakakkakakkakakakkkk ......
hihihihihi .....
(jgn marah ... copy & paste tu)

malau berkata...

wakkakakakaka..

Sori kalau ader yang terasa...

Sajer ckp g2, isi masa lapang..hihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...