Di Malaysia plak, selain tekanan, percintaan, kesempitan hidup, didapati salah satu lagi punca bunuh diri ialah dengan merempit. Mat rempit yang mati semasa merempit seperti membunuh diri. Hal ini telah dibincangkan di peringkat orang cerdik pandai dalam hal-hal agama seperti mufti, ustaz dan Pak Imam. Mereka sepakat mengatakan kes mati akibat merempit adalah seperti membunuh diri. Untuk kepastian, tanyalah ustaz yang berdekatan dengan rumah anda.
Untuk entri kali ini saya ingin bercakap pasal rempit. Tal payah ler saya cakap apa itu makna rempit. Anda sendiri tau. Kat KL, tiap2 mlm minggu anda pegi saja ke dataran mereka. Banyak mat dan minah rempit melepak kat situ.
Untuk tatapan anda juga saya selitkan dua keping gambar yang telah diubahsuaikan sedikit bagi mengurangkan rasa sakit jantung kepada yang lemah jantung. Gambar asal amat menakutkan. lagi menakutkan apabila mangsa adalah orang yang saya pernah jumpa. saya kenal tapi tak rapat. Perasaan dahsyat dan ngeri masih terngiang-ngiang apabila mengetahui hal ini.
Sebelum saya membebel secara panjang lebar, saya ingin menyatakan, tujuan penyiaran gambar ini adalah bukan berniat untuk suka-suka. Tujuan utama saya adalah supaya hal ini tidak terjadi kepada anda dan orang terdekat anda. Mana-mana fakta yang tidak tepat harap dimaafkan. Saya hanya mendengar melalui cakap-cakap orang dan mata kepala saya sendiri.
Kes Ini...
Kejadian ini berlaku pada dua hari lepas. Petang kejadian, saya sedang membuat sambungan paip air di tepi lebuh raya. Tempat keje saya berdekatan dengan workshop tempat mangsa bekerja. Abis waktu keje, saya terdengar bunyi beberapa buah motor keluar. Sambil memulas pedal minyak dengan kuat. Membingitkan. Menarik perhatian orang yang ada di wakaf (tempat tunggu bas, teksi dan tempat lepak petang-petang). Saya bersama abang n sorang lagi pak cik yang buat keje paip turut memandang ke arah mereka (kalau tak silap pandangan saya, ada 3 buah motor). Mereka memecut laju keluar ke highway. Dua di seberang jalan sini yang keluar awal. Sorang lagi lambat keluar. Yang lambat keluar dengan selamba melawan arus jalan di sebelah sana. Ini kerana terdapat kenderaan lain dari arah bertentangan yang menyebabkan dia tidak dapat ke sebelah sini. Lepas tu senyap...Saya n abang teruskan keje paip kami. Biarlah diaorang ngan keje diaorang.
Jam dah hampir pukul 7. Kami berhenti dari wat keje. Kemas barang dan menuju ke kereta. Datang sorang kawan kepada kawan saya. Dia tanya "kenal tak JO (bukan nama sebenar)." Kami kata "kenal sangat ler, bakpo (kenapa)?".
Dia kata "putuh kaki. Tepoh gardrel. Eksiden. Tu ado lagi tu, kawe takut nok tengok. Sakut endal muto saing dio." Saya translate untuk anda ek. Dia kata Kaki JO putus. Dia langgar besi guard rel yang tepi jalan. Baru je. Sekarang ni pun ada lagi kat tempat kejadian. dia takut nak tengok lama-lama. Ngeri. Motor dia tersangkut handle motor member sorang lagi.
Kitaorang terkejut mendengar berita tersebut. Jo eksiden. Sangkut handle motor member rempit sorang lagi. terbalik dan melanggar guard rail. Jo putus kaki. Lihat gambar yang diambil oleh bapa saya. Kaki Jo terpisah jauh dari tubuhnya. Kemalangan tersebut berlaku 8km dari tempat saya bekerja. Seorang lagi member dia patah paha. Petang tadi saya dengar dia meninggal di hospital.
Tak sangka, sebelum kejadian kami tengok Jo n prend kuar dari workshop. Begitu cepat nyawa melayang. Kami ke kedai makan. Untuk minum air. Ader sorang budak kat situ bagitau sebelum kejadian, Jo n prend ada bagitau yang diaorang nak 'bkubang'. (Bkubang adlh dialek kelantan. Dalam BM bermaksud bermain dalam lumpur). Bkubang adalah salah satu bahasa mat rempit yang anda perlu tau. Bkubang dalam bahasa mat rempit bermaksud berlumba.
Kepada yang bukan perempit, anda juga kena tau bahasa-bahasa mat rempit ini. Jika ibu bapa yang ada anak remaja senang untuk menangkap kegiatan diaorang. banyak lagi bahasa seperti ULAR, MENEBAS, HUJAN, MERAH dan banyak lagi. Kalau terdengar ayat pelik-pelik, berwaspadalah. Dulu saya ada gak belajar bahasa ni. Skit je. Tapi dah lupa. Kat KL lain skit, sebab guna bahasa BM. Kat Kelantan mestilah guna dialek Kelantan. Diaorang gunakan bahasa sebegini untuk elakkan disedari oleh orang yang tak rempit.
Saya bali ke rumah dengan rasa percaya atau tidak. Sebelum ni saya dengar kes sebegini jauh dari saya. Tapi hari ini dekat saja.
Sambung balik hal kes ni ek... Mengikut cerita atau khabar mulut dari orang lain, si Jo ni baru saja mengambil duit gaji dari BOSS dia. Dia kata esok nak bawa anak dan isteri dia pegi jalan2. Pastu nak tukar nama anaknya untuk buku akaunya. Tapi semua tu tak kesampaian.
Mengikut cerita juga, sebenarnya duit yang diperoleh oleh si JO ni telah digunakan untuk buat berlumba. Pada petang tersebut, dia bersama 4 buah motor lagi telah berlumba haram. Setiap orang dari mereka mengeluarkan sebanyak RM500 lebih untuk perlumbaan ini. Pengakhirannya, kematian yang diperolehi. Meninggalkan seorang anak, isteri, keluarga, sahabat handai dan hal-hal duniawi yang lain. Dia akan bersoal jawab dengan malaikat di alam kubur nanti.
Apa gunanya anda merempit.
1. Kepuasan
2. Kehebatan.
3. Kawan-kawan
4. Nak Tunjuk Hero
5.Popular di kalangan mat rempit.
6. Dapat duit / pompuan.
Yang sebenarnya...
1. Buang masa
2. Tambah dosa
3. Buang duit
4. Bazir minyak motor
5. Menambah masalah sosial
6. Menggangu orang lain
7.Mati cepat
8. Nama buruk
9. Kesalahan Jenayah
10. Anda takde otak segar..
Banyak lagi yang boleh dicakapkan pasal rempit ni. Tapi kalau kesedaran takder, cakap lah 18 kawah gunung berapi pun, membazir air liur je. Tapi sebenarnya dengan cara ini akan membuatkan hati orang yang tak merempit berdetik. Takut, ngeri dan tak membenarkan keluargnya terlibat.
Harap-harap lepas ni, ader usaha yang lagi keras membanteras gejala ni. Apapun puncanya dari rumah dahulu....
"Sesal dahulu pendapatan...sesal lepas mati, jawablah di akhirat.."
3 ulasan:
eeee ... ngeri .... ular menebas hujan merah bkubang ...
innalillahi wa innalillahi raji'un.....
eeee ... ngeri .... ular menebas hujan merah bkubang ...
innalillahi wa innalillahi raji'un.....
Hai Kak Lenny...apa plak yang sempat dirembat ni. Nak kata rembat bola, tak nampak plak main bola... Ke rembat mat rempit yang buat bising depan umah...
Ular mana ada tangan nak menebas masa ujan. Demam plak dia kang...
Catat Ulasan