hai Sume...
Nampaknya kita ader pemanggil....oh yeeee hello..
Hello siapa di sana...hello!!
Ya..ya hello..aaa.siapa yang bercakap ya...
Ooo..Puan Marlen yer...
Puan buat panggilan dari mana yer...
Ooo..dari rumah u sendiri ekk...takpe-takpe.. I tak kisah pun. Asalkan u bahagia...
Jadi apa pandangan dan soalan yang nak dikeutarakan yerkk..
Hah...pasal Pondan. Sebelum tu...emm..u ni pondan ker... Opss..maaf gurau jerkkk..
Sori yer,..i ni suka bergurau..ngan suara garau...hohohoo..
Ok silakan puan...aa..aa.. yaaa..yaa saya..emmm.. Haaa betul tu... Eeihh..ok je..
Baiklah-baiklah..ok ye puan. Tq banyak-banyak ya sebab puan ambil berat tentang hal ni...
ok puan ..sama-sama..
Salam pondan dari saya gak...hihi..Waalaikumsalam.
Nampaknya kita ader pemanggil....oh yeeee hello..
Hello siapa di sana...hello!!
Ya..ya hello..aaa.siapa yang bercakap ya...
Ooo..Puan Marlen yer...
Puan buat panggilan dari mana yer...
Ooo..dari rumah u sendiri ekk...takpe-takpe.. I tak kisah pun. Asalkan u bahagia...
Jadi apa pandangan dan soalan yang nak dikeutarakan yerkk..
Hah...pasal Pondan. Sebelum tu...emm..u ni pondan ker... Opss..maaf gurau jerkkk..
Sori yer,..i ni suka bergurau..ngan suara garau...hohohoo..
Ok silakan puan...aa..aa.. yaaa..yaa saya..emmm.. Haaa betul tu... Eeihh..ok je..
Baiklah-baiklah..ok ye puan. Tq banyak-banyak ya sebab puan ambil berat tentang hal ni...
ok puan ..sama-sama..
Salam pondan dari saya gak...hihi..Waalaikumsalam.
---------------------------------------------------------------------------------------------
untuk part 11 ni, saya akan ceritakan berdasarkan alahai P.O.N.D.A.N...
Pondan menurut pemahaman saya sendiri adalah orang yang sengaja menempah pintu neraka... jangan marah dengan kata-kata saya... Belek lah tafsir Al-Quran dan tanyalah Ustaz. Jantung saya ketika menulis ayat di atas sekejap tadi adalah di tahap yang tertinggi. Kencang. Takut, sedih dan pedih.
Bukan saya membenci golongan pondan atau nyah ni. saya mempunyai ramai rakan-rakan di kalangan orang-orang lembut.
AYAT YANG BIASA SAYA DAN KITA DENGAR :
Dah ditakdirkan kita macam ni. terima je lah...
Ayat tersebut ada betul dan ader salahnya. Betul apabila dia dapat menerima seadanya keaadan dirinya yang lembut. namun dia tidak merubah atau menokok tambah kejadian. Seperti kata kawan saya Adi Amza... tak salah jika lelaki tersebut lembut. sebab itu adalah kejadiannya. Jangan ler plak nak tiru gaya pompuan. Pakai lipstik, beg pompuan, sepit rambut, payung warna pink... Tak Payah!!! Pakai ler seperti lelaki normal, buat kerja sperti orang lelaki buat, tetapi ikut kemampuan tenaga. Dengan kata lain, tak yah berlagak perempuan dan mengatakan dah ditakdirkan macam ni. menyampah betul!!!!
Saya respect beberapa orang kawan saya yang lembut fizikal tapi tidak lembut iman. Mereka menerima sedanya keadaan dirinya. dalam masa yang sama tidak terjerumus ke arah keperempuanan. masih mengekalkan identiti lelaki tapi lelaki yang berskala lembut.
Yang dahsyat di muka bumi ini adalah apabila lelaki menukar bukan saja keadaan fizikal ke arah wanita tetapi menukar atau memotong anunya supaya menjadi wanita. MASYALLAH. itu bukan menerima seadanya ciptaan Allah, tapi telah menolak kejadian.
Memang betul, mereka juga manusia, ader perasaan tapi mereka golongan lembut iman. Tiada perkataan HALAL atau TIDAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN dalam hal ini. saya bukanlah ustaz untuk membicarakan hal Halal Haram secara mendalam. tetapi secara asasnya semua orang tau akan hal ini. termasuklah golongan nyah yang menukar jantina ini.
Bertaubatlah sebelum terlambat.
---------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik kepada topik yang nak dibincangkan sebelum ini iaitu ALAHAI PONDAN. saya sebenarnya takut nak ceritakan aper yang berlaku di sebalik tabir patung kertas. Sebab takut disalah tafsirkan. Salah tafsir bagi orang lain yang membaca ataupun salah penafsiran di pihak saya sendiri.
Sepanjang bekerja dalam team patung kertas, saya lebih kepada banyak memerhatikan tingkah laku orang sekeliling. Macam-macam. Golongan paper doll dalam citer ni semuanya baik-baik. cuma nakal skit je. biasa la kan. saya pun ader nakalnya.
Sebelum kenal secara dekat dengan member2 paper doll dalam produksi ini, saya menjangkakan mereka perempuan sejati. Secara fizikalnya mereka wanita. Dengan muka yang cun jambu, badan yang umph, dan ader sedikit gunung macam perempuan, menampakkan mereka benar-benar wanita. Saya terpesona.
Setelah diberitahu oleh rakan produksi, akhirnya saya terpaksa akur yang mereka adalah jantan. Hilang segala kepersonaan.
...bersambung di part iii
Tiada ulasan:
Catat Ulasan