Pengikut

Ahad, 29 Jun 2008

AKHIRNYA....


Akhirnya abang aku yang lelaki sulung dalam kuarga selamat diijabkabulkan pada 26 Jun 2008 jam 10.00 malam. Dia sah menjadi suami kepada isterinya sendiri. Alhamdulillah. Setelah berbagai pancaroba yang ditempuhi oleh abang aku. Kami sekeluarga tumpang gembira.

Semasa hari akad nikah, aku tiada disampingnya. masa tu aku tengah sibuk ngan latihan teater di KL. Semasa latihan, aku tidak dapat tumpukan perhatian kepada latihan. Hati aku bergolak untuk balik, walaupun pada awalnya aku tak nak balik. Sedih rasanya bila tau semua ahli keluarga, saudara mara berkumpul.

Sok paginya aku ambil tiket untuk balik ke Kelantan. Tidak sabar untuk bersama keluarga yang lain. Nasib baik ada lagi tiket. Bas e-budaya Ekspress jam 9.30 pagi. Aku sangaka jam 8.30 pagi. Takpe ler, dapat ler sampai kat umah aku jam 2.00 petang. Tapi lain plak jadinya. Bas yang aku naik, tidak seperti yang aku jangka. Bas yang kurang ok skit. tak ler teruk sangat. tapi bila naik bukit 7 (sebelum sampai Merapoh) bas yang kunaiki, bergerak seperti lori balak menaiki bukit. hampir terundur ke belakang. Akhirnya aku samapi kat umah jam 5.30 petang.

Hajat aku sebenarnya nak ikut sama berarak di rumah pengantin prempuan, tapi tak kesampaian. aku terus balik umah.

Kek kawin Abang aku n kakak ipar

Lepas ni giliran aku pulak untuk bina masjid. tapi bila? Ntah ler, tak tau agi. Ngan keje yang tak menentu, aku tak tau bila dapat direalisasikan. Mana mak n bapak mertua yang nak bermenantukan ngan orang tak keje. Tapi aku bukannya tak keje...cuma tak keje tetap. Hanya orang yang tau apa makna freelancer saja yang tau pasal keje aku. Sekarang ni pun aku cuba nak cari keje tetap. baru tahun ni terpikir nak keje tetap. Minta-minta dapat ler.

Aku anak ke-empat, semua abang n kakak aku dah kawin. Adik pompuan bawah aku pun dah kawin. semua orang dok tanya bila aku nak kawin. Tunggu ler ek. 30 tahun kot...

Aku doakan supaya abang aku dan Kakak ipar aku, Nurul kekal ke akhir hayat. Berbahagia dan di permurahkan rezeki hendaknya.

Selamat pengantin baru jugak kat kawan aku Si Hafiz Hussin dan Wani yang sekarang ni tengah berkenduri di Perlis. Sori sebab aku tak dapat g sana. Sebab bertembung ngan majlis kawin abang aku. Semoga korang juga bahagia hendaknya. Aminnnnnn...

**This posting telah diedit semula oleh win_win demi suatu sebab yang sukar diterjemahkan.. harap maaf kepada malau dan semua yang mengunjungi blog ini... Win_win bukan suka mengacau atau menceroboh blog orang... tapi terpaksa masuk ke sini... anyway.. sory again from me.. winwin@indradewi.blogdrive.com...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...