Pengikut

Khamis, 12 Jun 2008

SOMEONE BEHIND YOU (6/6/08)

Catatan ini dikarang pada 6/6/08. tapi baru disiarkan pada hari ini.


*Someone Behind You adalah filem Korea yang ada unsur seram, pembunuhan, misteri dan benda-benda yang sewaktu dengan negeri.

Aduh…semalam aku boring sangat. Tak tau nk watpe. Kawan yang lain sume g keje. Aku je yang tingal. Pagi-pagi aku dah bangun, tapi tak tau nak wat aper. Kemas rumah skit, pastu dok belek2 barang lama yang di simpan dalam kotak. Pastu tringat ler kenangan lama, masa sekolah, masa belajar kat U, n masa g hip-hip hooorey.

Selepas jumaat member aku balik jap. Kitaorang g beli nasi bungkus kat Zainol PJ. Bungkus n wat balik kat umah. Sampai kat umah, member aku tanya, mana kuahnya. Alamak!!! Aku tepuk dahi, terlupa nak amik plak. Tu la, nak cepat sangat . biasanya makan kat sana, tapi sebab ramai sangat orang kat sana tadi, kami bungkus je. Terlupa plak style Zainol bungkus kuah asing-asing. Nasi zainol kalu takder kuah, tu yang tak best. Kuah dia lain macam skit. Ahhh…belasah je lh. Kitorang makan la gak nasi tak berkuah. Nak g amik smula jauh plak. Nasib baik ayam goreng rempah dia besar. Masa nak datang KL aritu mak suruh bawak budu. Tapi malas nak bawak. Beg dah penuh. Kalau tak bleh ler makan berkuah budu.

Lepas makan, member aku g keje smula. Tinggal ler aku sorang2 terkapai-kapai. Tak tau nak watper. Terpikir nak kuar jalan-jalan. G isi minyak kat Caltex PJ. Minyak dah ader skit dalam motor. Tambah tiga hinggit lagi penuh ler. Sampai sana, aku bayar 3 hinggit. Angkat dia punya ganggang n isi. Srupppp… 1 saat…2 saat…3 saat..tap!! Aik, dah abis 3 hinggit. Tak penuh pun. Tengok meter kat pam tu Rm 3.00 = 1.1xx liter lebih je. Agak2 aku satu gelas milo ais kat kedai mamak tu je. Semalam aku tak terpikir sangat yang kenaikan harga minyak yang Pak Lah hebahkan. Sebab aku tak isi. Tapi kali ni aku sendiri yang isi. Memang terasa mahalnya. Biasa motor aku bila isi penuh sekitar 5 atau 6 hiinggit. Tapi kali ini, mau peginya ke 7 -9 hinggit ni. Macam mana lagi ngan orang lain yang selalu guna kenderaan. Kerajaan suruh naik kenderaan awam, tak semua bleh naik kenderaaan awam. Tak semua tempat ader kenderaan awam macam LRT, monorail. Masa kat stesyen minyak tadi, aku dok rhalik tengok meter pam minyak. Lalu sorang pak Cik Guard. Dia sapa aku. Dia kata “ hai dik, tak yah tenung lama-lama meter tu, tak silap pun. Betul la angka tu. Lepas ni kita jalan kaki ler semua.” Aku ader buat reply talk kat dia, tapi pa ek. Dah lupa plak. Sebenarnya dalam maksud pak cik tu. Keresahan golongan sederhana. Gaji dia berapa sangat. Nak tanggung macam-macam. Kesian dia. Kat aku pun kesian gak. Aku bukannya ader gaji tetap. Kena keje lebih lagi ler aku.

Masa aku naik teksi dari hentian putra ke PJ semalam-semalam pun dreber teksi dah membebel, merungut. Apa kejadahnya minyak naik. Pastu mesti barang lain pun naik gak. Macam dia dreber teksi bukannya selalu dapat duit banyak. Tak menentu. Nak belanja umah lagi, belanja anak skolah lagi.

Aku pun g ler pusing-pusing ngan motor buruk aku. Nak g mydin, tapi tak jadi. Boring beli belah sorang2. Terpikir nak tengok wayang, aku pun menghala motor ke Mid Valley. Dah lama aku tak tengok wayang. Tapi boring gak tengok sorang2. aku pun tak tau kenapa aku nak tengok wayang dikala minyak sedang naik ni. Apa ,plak kena mengena ngan minyak naik?? Masa parking motor kat mid Valley, aku tredengar sipi2 yang sorang member cakap kat member dia pasal minyak naik gak. Dia kata…fuhh pagi tadi masa nak naik LRt berasak-asak. Jamm. Penuh. Summer orang pakat nak naik LRT. Nak jimat ler konon. Pastu aku tinggalkan. Naik plak escalator. Masa naik escalator tu, ader 2 mamat ciner. Cakap bahasa cina. “haiyya…#%$^&^%$# petrol&^$# naik oooo… &^^%$%#$ Petronas*&^%^ 78 sen. *&&%$%#$#$$#...mati ooo…” Aku tau, ni mesti pasal minyak naik.

Pastu aku ke tingkat paling atas. Tak tau lagi nak tengok citer ape. Tengok orang ramai beratur nak beli tiket wayang. Ingatkan takder orang plak yang nak tengok wayang dikala minyak gersang ni. Tapi tanggapan otak simple aku silap. Minyak naik ke, minyak turun ke wayang tetap wayang. Masa beratur nak beli tiket pun ader orang dok sembang pasal minyak naik. Aku dok tenung skrin board tu,. Dok pilih citer apa yang nak tyengok. Nak tengok citer seram rasa-rasanya. Long Khong 2. Tapi tiome dia kul 9.50 malam plak. Malas aku nak tunggu lama2. masa tu baru kul 5 lebih. Pastu cari citer lain plak. Ader satu citer seram lain seram thriller. Someone behind You. Saya pun beli la.

Dah cukup masa, aku pun masuk ler. Masa nak tunggu citer start tu, ader plak satu pasangan kat depan. Jugak dok sembang pasal minyak. Pakwe dia cakap lepas ni nak kurangkan dating. Minyak kan naik. Makwe dia plak Tanya, apa kene mengena ngan minyak. Saja ler tu alasan tak nak jumpa. Sebenarnya pakwe dia boring ngan pompuan tu kot. Pastu citer tu start. Tengah2 syok tengok citer tu, couple kat depan ni plak buat wayang. Hish ape ler. Lari aku punya focus kat filem Someone Behind you tu. Aku dapat wayang pakej rupanya. Satu wayang free. Emm..takpe ler kot..hihi

Abis citer tu aku balik umah. Pastu kawan umah ajak g makan kat mapler seksyen 14.. Masa kat kedai makan tu pun ader orang cakap pasal minyak. Tak habis2 pasal minyak. Tapi rata-ratanya tak setuju ngan kenaikan harga minyak. Menyampah dengan kerajaan Pak Lah. Diaorang ler yang kata….

Tau tak apa kena mengena citer minyak ngan tajuk Someone Behind you tu???

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...