Pengikut

Rabu, 4 Jun 2008

LATA REK YANG INDAH....

Salam buat semua. Setelah sekian lama tidak mengisi dengan entri baru dalam malau blog, terdetik hati untuk berkongsi sesuatu. Kampungku Lata Rek. Tempat aku dilahirkan dan dibesarkan. Aman damai, jauh dari kebisingan seperti di kota.

Bukan Kampungku Lata Rek yang ingin diceritakan. Ini pasal Air Terjun Lata Rek. Tidak jauh dari rumahku. Satu kilometer lebih kurang. Berjalan kaki 15 minit. Bila malam tiba, dapat didengar bunyi air terjun menghempas batu.






Hari Jumaat memang penuh dengan orang mandi manda sehingga sukar untuk parking. Sering dijadikan tapak perkhemahan, pesta rakyat dan sewaktu dengannya.

Memang indah, seperti yang diceritakan semua. Tapi tiada pembangunan. Ada, tapi ala kadar saja. Aku tau kenapa. Tak perlu dipersalahkan kepada mana-mana pihak. Air Terjun Lata Rek telah diwartakan sebagai kawasan percutian yang terdapat dalam peta cuti-cuti Malaysia. Maknanya menarik lah kan??

Kali ini bukan pasal keindahan Lata rek yang ingin diceritakan. Tetapi lebih kepada pemberitahuan, laporan, rasa tanggungjawab dan rasa tidak puas hati. Korang Lihat beberapa keping gambar di bawah ini. Inilah Lata Rek….





Lata Rek memang indah. Masa kecik aku selalu di sini. Boleh dikatakan hari-hari. Kerana ini tempat aku. Paling tidak aku akan melalui kawasan ini untuk ke sekolah. Pernah pecah kepala kerana melakukan lompatan dan pusing badan di dalam air. Sedar-sedar kepala berdarah.

MAAF. Sebelum aku bercakap panjang lebar aku minta maaf kalau tulisan aku nanti mengguriskan hati mana-mana pihak. Ini adalah pasal Tandas Awam lata Rek.

LUARAN YANG INDAH


Pembinaan Tandas Awam Lata Rek menggembirakan ramai pihak terutama pengunjung yang datang ke sini. Ini kerana dengan adanya tandas awam ini, dapat memudahkan kaum perempuan terutamanya untuk menukar pakaian dan melepaskan hajat. Gembira dan bersyukur….. Lama kemudian ianya siap. Dengar-dengar cerita bajet mencecah ribuan ringgit. Terima kasih kepada yang menjadikan ianya kenyataan.

Tapi apa yang tak menariknya., selepas tandas awam ini siap, ianya dikunci. K.U.N.C.I. Dikunci beberapa masa yang aku tak pasti. Ramai yang merungut. “buat apa bina toilet kalau nak kunci”. Lepas tu ada yang dengan selamba babinya (kasar ek???) telah memecahkan mangga yang dikuncinya. Lepas tu aku tak tau apa jadi. Sebab aku pun kadang-kadang je ader kat umah.

Hari ni, 4 Jun 2008, aku menjejakkan kaki di dalam tandas awam tersebut buat pertama kali dalam hidupku. Selama ini aku sekadar menonton dari jauh. Ye lah, buat apa nak masuk sana, umah aku kan dekat. Kali ini aku terpanggil. Korang tau sebab apa aku ke sana? Padahal malam ni aku sekali lagi akan berangkat ke KL. Sebab aku dengar banyak sangat rungutan dari orang ramai dan kawan-kawan aku. Kata mereka tandas kotor, bau busuk, tersumbat, ada penyalahgunaan elektrik dan macam-macam benda yang tak elok. Sebagai anak jati kampung Lata Rek, aku tak bleh dok saja. Sesuatu aku harus lakukan. Tapi setakat yang aku mampu je lah. Maklumlah aku ni kerdil je.

Untuk bukti yang lagi menarik, lihat gambar ini.

DALAMAN YANG TAK ENDAH



Tujuan aku siarkan gambar ini adalah bukan untuk memperkecilkan kampungku sendiri. Tapi ini sebagai satu cara untuk aku bantu masalah kampungku ini. Dengan rasa tanggungjawablah aku lakukan semua ini. Lepas ini aku akan hubungi pihak tertentu supaya menatap warkah dariku ini. Harap-harap tindakan sewajarnya dapat diambil secepat mungkin.


Malam ni aku ke KL. Mungkin ke sana dalam masa 3 bulan. aku berharap sangat kepulangan aku nanti dapat mengubah situasi tandas Lata Rek demi untuk kepentingan semua.

AKU YANG KERDIL.
Kepada pihak yang bertanggungjawab seperti ;

- Majlis Tindakan pelancongan Kelantan
- Majlis Daerah Kuala Krai Selatan
- Yang Berhormat Dun Manek Urai
- Penghulu Mukim
- orang Perseorangan
- Wakil Media Timur terutama Sinar Harian Kuala Krai.
- Mana-mana pihak yang berkenaan

Diharap ada tindakan dari pihak anda. Tindakan sewajarnya adalah perlu untuk kesejahteraan bersama. Jalankan tanggungjawab anda. tak Payah nak tuding jari. Kepercayaan rakyat, kegahan anda juga. Untuk maklumat yang detail dan bukti ngan mata kepala anda, sila turun ke lokasi sendiri. Kenal Lata Rek kan? kalau tak kenal, sila pindah tempat tugasan anda!!!!

Sila ke link dibawah untuk lebih malumat tentang Air Terjun Lata Rek..

www.virtualmalaysia.com/destination/lata%20rek%20(rek%20waterfall).html

old.virtualmalaysia.com/destination/Waterfall-cat.html

travelkelantanguide.wordpress.com/tag/lata-rek/

mandragiri.fotopages.com/?entry=449107

wikitravel.org/en/Kelantan

Latarek.com

Metallism (Cari kat page Lata Rek)

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lata rek yang sungguh indah.. namun langkahku ke menara ganding yang mungking membantutukan aku untuk pulang dan melihatnya lagi selama beberapa bulan ini.. agaknya apakah yang akan terjadi dan menjadi dan berlaku disana.. adakah orang yang sepatutnya akan membuka mata mereka? adakah mereka akan bertindak mengikut arahan dan diarahkan? atau sekadar memakan dan makan rasuah demi diri sendiri dan oraganisasi yang suka suap makan bab rasuah ini? cukuplah dengan menghabisk duit untuk projek yang berharga sekeping roti dengan mengatakan harga projek bak sekping atau sepontong emas itu... hentikan korupsi... sori keyborsd nie keras susah nak taip... hik hik..

cik siti wan kempis berkata...

salam..sy pown budak kg lata rek jgk..,anak dare pokme (drome imah).. perghh xsangka dpt bc blog nih..n taw2x jer pnulisnya adalah anak watan kg lata rek (bangga sposen..haha).. (cam knal jer anda..mmg knal pown)..
sngt setuju dngn anda tntg kmudahan tnds dkat lata rek yg indah khabar dr rupa..(cam poyo jer).. wlupn dop kg lata rek..tp jrg2x jer p mndi sn..(sbb skang stdy kt slngr).. time2x cuti sem jer pegi..tu pown skali skala jerk..haha..
wlaupn rmai yg kutuk sal lata rek..tp lata rek tatap dhatiku.. (bangga beb dop kg yg ada air terjun nih..haha)... mm.. papepom syabas untuk penulis.., yela kerana anda kg lata rek femes (msuk internet tuh..)...ok lorh ni sj jer terjenguk blog ni.. (so, nk r interframe sposen hihi).. lastly.., smoga kg lata rek trus maju jaya..amin..n untk anda jgk..

dr...
blue_88butterfly@yahoo.com

nazliey berkata...

Salam, aku betul2 tersentuh dan sedikit terharu, bangga pun ada. Dlm petang2 x der keja nie tiba2 terdetik utk searh "kampung lata rek". x sangka ada org kampung yg sudi kongsi keindahan kg yg sememang indah dan boleh diindahkan lagi. oh ya, aku pun anak jati kg lata rek, nama aku nazli anak mat azah. Lata rek x yah cakap memang tempat aku. Syukur Alhamdulillah dah banyak kelainan dan dah mula ada sedikit kemajuan dan semoga terus dibangunkan. Kemudahan asas pun dah dibina. Harap kemudahan yg dibina x disalahgunakan dan sama2 menjaganya utk kemudahan bersama.
OK lah aku nak naik solat maghrib dulu, pas solat terus balik kot. Ada masa aku masuk blog nie lg. timer kasih mat je. Salam

ni ym aku: naz_liey84@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

salam... semua yang perlaku seperti yang dinyatakan pada tahun 2008... mungkin kamu boleh terangkan lagi apa yang berlaku pada lata rek sekarang... mungkin ada perubahan??
kerana saya ada terbaca cerita tentang air terjun lata rek dalam minggu ini.. nampak macam ada perubahan..

flAming b00t3r berkata...

wah wah.. ada juga membacanye.. :)

ok lah.. Lata Rek 2011 dah makin ok..
cuma harapan aku moga kita semua berubah sikit cara pemikiran kita.. maksud aku dari segi kematangan politik... usah lagi kita dok gaduh2 pasal politik... yg penting agama... politik skg smua nye sama...

dan masih nampak bibik yg tidak ada kemanisannya.. aku balik sekali sekala kekadang terasa juga bahangya...

harapan aku muda mudi lata rek makin matang... sama2 membangunkan Lata Rek.. sama2 kita kolola kg kg kita.. untuh.. gah dan terhebat... kita ada aset lata rek.. tapi aset nilai dan budaya kita sebagai orang Islam dan Melayu semakin terhakis...

seminggu ni aku bercuti.. setelah berhempas pulas aku menhgadapi pelajar di persada ilmu selama 4 tahun...

dalam jangka masa aku pulang sekali sekala, perubahan besar telah ku lihat.. pelbagai sudut.. ada yang positif. dan negatif... dan yg kuat ku fikirkan adalah masa depan anak muda kita...

ye.. mereka masih mentah.. mentah lagi.. tapi cuba menjadi besar... namun tidak pernah cuba untuk mengerti apa akan mereka lalui kelak...

dan yang paling penting... majulah diri untuk maruah Agama dan BangsaMu... (bukan nak pentingkan bangsa... tapi kita merdeka dulu memilih jalan ini)...

flAming b00t3r..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...