Pengikut

Khamis, 17 Julai 2008

BARANG YANG LEPAS

Berpijak pada tarikh hari ini, beberapa benda dan perkara yang dah lepas. Yang berlalu sama ada melibatkan diri aku yang bergelar malau atau yang berlalu di depan mata aku. Yang nyata, aku telah menghabiskan tugas besar aku untuk Tunku Kudin dan untuk KL Fringe Festival 2008.
.
Tunku Kudin- berakhirnya pada 14 Julai yang lalu menjadikan hari-hari aku penuh kerinduan kepada kerja-kerja teater. Malam persembahan berlalu tanpa aku merasa puas sebagai pelakon (Orang Kedah). Hari rehearsel dan preview aku rasakan lebih baik dari hari persembahan. namun sebenarnya itu jugak yang biasanya terjadi kepada show-show yang lepas. tapi mungkin itu lumrah dan pengajaran supaya lebih memantapkan pencarian watak yang dilakonkan. Kesilapan mengajar kita untuk masa hadapan.
.
Pada aku, persembahan Tunku Kudin yang aku lakonan pada malam 14 itu adalah biasa-biasa saja. Aku tak nak cerita pasal orang lain. Aku tak pandai nak nilai kehebatan orang lain. Biarlah penonton yang mentukan. Untuk festival ini, biarlah juri yang menentukan.
.
Set- aku dan orang yang pernah menonton Teater Tunku Kudin sebelum ini pasti kurang setuju dengan hidangan set kali ini. Tidak dinafikan set pada malam itu sangat cantik. Tapi sebenarnya terlebih cantik sehingga hilang artistiknya. Menurut beberapa orang penonton dan rakan tonton teater yang lain, pelakon ditenggelami oleh set yang gah. Btul??? Ya atau tidak, anda yang menonton yang tau jawapanya.
.
Balik Tabir- Aku sangat mengkagumi team Tunku Kudin ini. Krew belakang tabir yang bertungkus lumus menjayakan persembahan. Mahasiswa-mahasiwi UM yang majoritinya perempuan sebagai krew. Semangat diaorang sangat aku respect. Untuk pengetahuan korang yang tak tau, mereka majoritinya adalah bukan dari Fakulti Kebudayaan, tetapi dari Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Ekonomi, Fakulti Perakaunan dan Fakulti Sastera. Semangat diaorang yang bertungkus lumus untuk menjayakan persembahan walaupun bukan dari Fakulti kebudayaan patut menjadi tauladan kepada Fakulti Kebudayaan sebenar.
* Um ada Fakulti Kebudayaan ke..hihi... (Syok Sendiri penulis).
.
KL FRINGE FESTIVAL 08.- Aku sebagai orang yang turut terlibat secara sipi dan langsung dalam projek ini akhirnya dapat menarik nafas lega sebab 2 slot dah abis. Macam dugaan yang dialami sepanjang aku TOLONG menjayakan KL FRINGE. Masalah luaran yang bertubi-tubi dan masalah dalaman yang bertalu-talu. Pertukaran jadual, peruabahan tempat, perebutan kuasa, hakcipta, hak tak cipta- akhirnya berjaya juga. Mono n plydrama berakhir minggu lepas. Berjaya jugak untuk 6 karya dipersembahkan walaupun dikatakan syok sendiri. Saper yang syok?? Aku, korang, penganjur atau penonton?? Yang pasti ianya telah menerbitkan perkataan syok sendiri. Menurut kata penganjur dalam satu ruangan yang lain, setiap benda harus dilakukan secara syok sendiri, barulah ianya realiti. mungkin kita akan belajar sesuatu dari syok sendiri tu. setiap benda harus dilakukan dengan perasaan syok. Cuba anda wat kerja tanpa syok. Konfom hampeh....pikir-pikir ler ek.
.
Semalam gak tamatnya Tayangan filem pendek kat DBP sempena KL Fringe. Sepatutnya 6 filem yang harus ditayangkan. tapi duanya ada masalah Hak Cipta yang dicipta oleh pencipta. Sepatutnya program ini berlangsung pada 15 dan 16, tetapi kerana penggunaan ruang untuk debat Anuar Ibrahim dan Shabery Chik, terpaksa ditayangkan pada 16 saja. Apapun ianya berjaya. Tempat duduk penuh.
.
Syabas buat pengkarya...(lihat http://www.klfringefestival.blogspot.com/)
Malam ini di KL Fringe Festival- Malam ini ada tayangan Teater Kanak-kanak yang berttajuk Day I Met The Prince. Dari kumpulan UM. Teater yang berbahasa Inggeris. Masuk adalah percuma.
.
* Lagi komen, sila lawati :
Jul15
Festival Teater Malaysia :: Teater Fizikal TUNKU KUDINPosted by deennasour under ARTwork, usha sana-sini
deen penah baca and tahu pasal festival teater nih, tapi dek angin monodrama YB Jee, dan Bukan DEJAVU, yang deen dok ingat, deen lupa pasal Festival Teater Malaysia nih.Nasib baek sebelum balik opis semalam, kak ina bgtau deen ada teater kat MTC, Malaysia Tourism Center jalan ampang. Deen pon terjah, rupa2 nya bersempena Festivalteater kebangsaan,….thanks kak ina!!!

(lagi lanjut buka http://deennasour.terbaek.com/
.
http://www.klfringefestival.blogspot.com/ - pasal program KL Fringe...
.
.
lain-lain tu cari sendiri ler..

2 ulasan:

deennasour berkata...

tenggelam?
yeke?
mmg gah set nya..
pertama kali tgk, akan berkata "wow"
tapi pelakon dia, "boleh tahan"

syok sendiri tu kadang2 bagus kalau orang lain pun syok,
tapi kalau kita saja syok,
dan orang lain tak syok,
deen rasakan itu satu kegagalan,

tapi kegagalan itu tak memberi isyarat berhenti, tapi patut dijadikan isyarat "bwat lebih gempak!!!"

MALAU berkata...

Hai Deen, Tunku Kudin tak tersenarai apa-apapun semalam. Ader pengajaran dan pembelajaran untuk semua. Pengajaran di masa hadapan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...