Pengikut

Rabu, 9 Julai 2008

keBIZIan

Maaf atas penggunaan tajuk keBIZIan. . Sy tak tau apa yang bizi (sibuk) yang ader kat saya sekarang ni. Mungkin bizi dan mungkin khayalan bizi. Tak faham ek? Sy pun tak paham apa yang saya cakap. Mungkin di luar rasa kesedaran saya. Minggu ni saya melakukan beerapa tugas. Kadang-kadang penat. tapi tidak sepenat semasa saya menjadi Cashier di Jusco Mid Valley dulu. Penat sekarang ni adalah penat yang enjoy. Nak tau? Enjoy adalah disebabkan job yang dilakukan adalah sesuatu yang selari dengan minat dan keperluan saya.

Siang saya melakukan kerja-kerja sebagai organiser KL Fringe Festival. Adakalanya tugas ini jelas, pada masa kasar, adakalanya jelas pada mata saya dan Iswazir yang turut menjadi rakan kongsi organiser.

Malam..ke tempat latihan Tunku Kudin bermula jam 8.00 hinggalah kadangkala mencapai 1.0 pagi. Memenatkan pada mata kasar, tetapi menyeronokkan bagi saya. Saya minat berproduksi lebih-lebih lagi produksi teater. dalam produksi Tunku Kudin ini, saya memegang watak Orang Kedah yang jauh latar belakang saya sebagai Orang Kelantan. Watak Orang Kedah ini memerlukan saya bersikap ala pahlawan dan memerlukan saya menggunakan pergerakan fizikal saya yang kurus kering ini untuk bersilat dan melakukan gerak badan. Penat tapi semangat. itu yang dapat saya gambarkan.

Untuk pengetahuan bagi yang tak mengetahui...Tunku Kudin ini akan menyertai Festival Teater Malaysia yang akan bermula 14 Ogos nanti di Panggung MTC. Tunku Kudin melalui pertubuhan Pentas Lakon (PELAKON) um ini adalah wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menang masa FTKL aritu.

Itulah rutin saya dua tiga arini. 7.45 berada ditempat latihan, adakalanya lewat (kerja la)..
Kul 8.00 warmup dan latihan sehinggalah ku 12 atau 1.00 pagi. sampai umah, sembang semangat ngan housemate, mandi, bukak komputer n tido yang adaklanya mencecah kul 4 pagi. Semasa menulis entri ini pun saya belum sempat tido seperti manusia normal tido. Siapkan banner n Pamplet yang perlu disubmit arini walaupun tarikhnya dah lepas. Sianga ari saya akan meneruskan kerja-kerja KL Fringe Festival seperti ke DBP, jumpa Cik Harun untuk bertanya dan berincang apa yang patut pasal teknikal, jumpa Dr. Zul untuk menerima dan mereport tugasan. Makan, bawak motor ulang-alik dari PJ ke DBP, berpatah balik ke UM untuk latihan pada malamnya.

Penat tapi enjoy. ASSALAMUALAIKUM

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

insyaallah akan turun menonton tengku kudin! :)

Tanpa Nama berkata...

HAi Fazleena. Tq sebab nak datang menonton Tunku Kudin. Datang tak??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...