Pengikut

Selasa, 12 Ogos 2008

8...9...10.....minggu gembira

Minggu lepas sekeliling aku banyak membicarakan pasal kisah yang sedih2. contohnya korang tekan kat sini. Kat sini ler.. bukan kat situ. aku kata sini.. So, untuk minggu ni, aku nak citer pasal 3 benda gembira yang berlaku dalam tarikh 8,9 dan 10 ini.

08 . o8 . 08

Tarikh ni adalah tarikh yang orang suka buat sesuatu. supaya meninggalkan kenangan di tarikh keramat ni. Bukan kg Keramat tau. 08.08.08 tidak datang setiap tahun. tapi kena tunggu berpuluh2 tahun. korang kira sendiri ler berapa tahun baru muncul. Aku cuba nak buat benda yang bleh aku ingat dalam sejarah di tarikh ni, tapi tak bleh. Tak der kesempatan. lagi plak aku takder duit lebih.

Pada tarikh ni, aku telah menyelesaikan satu perkara yang dah tak terbeban atas bahu aku walaupun aku sebenarnya tak perlu pikul. KL Fringe festival 08. Festival terpinggir yang akhirnya selesai dengan penutup persembahan band dari indie punya band. Bagi mereka yang tau, Kl Fringe festival ini menjadi program yang penuh dengan kontroversi dalam dan luar. Bukan seluar dalam. aku tak nak ler cakap pasal dalam dan luar tu. Yang aku nak cakap ianya dah abis. Show malam 08.08.08 tu berakhir dengan persembahan band yang cukup sempoi. Sempoi memang sempoi sehingga terlalu sempoi..ops. Aku gembira. aku gembira sebab lepas ni tak yah fikir lagi pasal ni. Banyak yang aku belajar dalam menjayakan projek ni. apapun semangat aku kuat walaupun aku kurus.

09.08.08

Pada hari ini, geng-geng aku atau dalam dialek Kelantan 'saing rapat' aku telah jadi graduan. beberapa nama mereka aku telah sebutkan dalam entri yang lepas. aku tak der nak bagi hadiah yang mahal2 sebab aku miskin. aku cuma design macam kad kecik, aku laminate, tebuk lubang n taruk key chain yang aku beli kat kedai murah. itu je yang aku mampu beli. Ye la, kalau aku nak beli bunga, tak termampu aku. bayangkan 20 orang saing rapat aku yang konvo. tu tak termasuk saing tak rapat lagi tu. tapi aku rasakan, kalau aku bagi adiah mahal2, tapi ati tak ikhlas buat apa kan. Ader suara gurau2 member aku cakap yang aku ni poyo, sebab dalam kad ucapan tahniah konvo tu aku letak gambar aku. lantak korang ler nak cakap apapun, sebab aku yang design. lagipun aku bagi ikhlas n free. bukan aku suruh bayar. kalau tak nak, belakang aku buang ler dalam longkang. aku tak kisah. sebab aku tak tau. Aku gembira tengok kawan-kawan aku gembira. Diaorang dah bergelar graduan Universiti. UM plak tu. Lagi2 gembira salah sorang kawan merangkap abang aku kadang2 tu, dia menggu selama lebih 5 tahun untuk konvo. akhirnya tahun ni dia konvo gak. Alhamdulillah. Lepas ni korang semua kena pikir pasal keja plak. Jangan gembira sangat. Alam keja penuh cabaran. Bukan macam cabaran teh tarik tu...

10.09.08

Ini adalah hari gembira orang lain. tapi aku tumpang gembira sebab ianya hari gembira orang yang aku kenal dan pernah keje bersama-sama. Majlis perkahwinan Asrulfaizal dan Yana. Alah..Asrul yang jadi hero Filem Koya Best tu...(filem tu tak tayang lagi) Minggu lepas kita dihidangkan dengan kisah orang putus kasih dan patah jantung. tapi pada 10.08.08 ni aku melihat sendiri orang bina masjid. Sempat ler aku merasai kegembiraan diaorang. Sempat gak aku tolong potong daging n tolong susun meja untuk pengantin. Untuk Asrul dan Yana, Selamat Pengantin Baru dan semoga korang berbahagia selalu. Kekal hingga ke anak cucu, cicit, ciat dan jangan siot plak..hihi.

Kepada kengkawan yang lain gak, aku ucapkan korang pun cepat2 kawin. Ada peluang je korang g kawin. Ada peluang je, korang g kawin. Aik, brapa banyak kawin da. Ini dah kawin dua da ni. Jangan, jangan tak kawin dua..hihi. Kepada yang single ataupun baru putus cinta macam dua orang housemate aku tu..hoohoo, moga korang cepat dapat makwe baru. tapi ingat, jangan tergesa2 nak makwe baru. pilih n kenal betul2 dulu. Jangan palak nak jadi gay..dilaknat oleh Allah nanti kang. Jangan Marah ekkkk...

Pada pendapat malau yang poyo ni, aku rasa baik korang fokus kat keje dulu. Biar berjaya n kaya. Orang pompuan zaman sekarang ni, kalau tak badan laki disalut besi, mereka tak pandang. MATERIALISTIK btul. padahal mereka tak tau yang lelaki disalut besi ni adalah lelaki patung. Ye lar, besi tu kan keras. Ader pompuan nak bangkang. Bangkang ler bangkang. kang korang dicop pembangkang.

Berita Tambahan...
Sok aku akan bertolak ke Negeri Terengganu Darul Iman. 20hb nanti aku akan balik KL semula. Aku g sana sempena Majlis Pengisytiharan Dungun sebagai Majlis Perbandaran. Kat majlis tu nanti aku jadi krew untuk pelancaran tu ler. Carma beb. mungkin aku tak sempat nak jengok umah malau ni. Apapun aku harap korang jengok-jengok ler ek. Lap2 lantai, tolong basuh pinggan kat dapur tu. Nak tido sini pun boleh. Tapi kena kemas balik ler. Jangan plak korang bertengkar adik beradik. balik nanti kita g tengok wayang sama-sama. ADA SAPER2 NAK IKUTTTTTTTTTTTT??????????? Takpe lah kalu korang tak nak pegi, aku ajak Ayoy je....hiihi Jom Ayoy.............................. Alamak...ader orang marah ler...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woiiiiii.....amboi2...mula2 aku suka jer baca entri kamu ni...sebab aku raser benda yang sama.....tapi aku rasa agak tak berkenan tang hujung-hujung ayat tu...aper nak ajak ayoy yerrr...saing ghapat tak mau ajak.....amboi3...utk pengetahuan kamu...aku wan n adi baru jer tengok wayang ngan k.ismon semalam...jgn marah erk...kikikikiki...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...