(nota ini ditulis pada hari khamis minggu lepas)
Sekarang ni aku tengah mendengar alunan lagu nasyid dari kumpulan Saujana –Suci Sekeping Hati. Ayuh sama-sama kita dengarkan lagu ini sejenak :
“Sekeping Hati di bawa berlari
Jauh melalui jalan nan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Didepan mata para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah”
…….yang lain tu dengar sendiri la..
Sekarang ni aku tengah mendengar alunan lagu nasyid dari kumpulan Saujana –Suci Sekeping Hati. Ayuh sama-sama kita dengarkan lagu ini sejenak :
“Sekeping Hati di bawa berlari
Jauh melalui jalan nan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Didepan mata para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah”
…….yang lain tu dengar sendiri la..
(poster ni aku amik kat internet)
Aku baru sampai umah ni..baru balik dari menonton Batman –The Dark Night. Petang tadi, lepas kuar dari CC kat Pantai dalam, Wazir beria-ia mengajak aku menonton wayang. Dia nak tengok sangat2 cerita Batman ni. Aku sebenarnya dah tengok beberapa hari yang lepas. Daripada cerita aku n beberapa orang member lagi, membuatkan si Wazir ni bersemangat nak tengok. Sepatutnya Jam 3 kami ada perjumpaan dengan BOSS tapi terpaksa tunda ke esok hari. Ada masalah teknikal di saat akhir.
Jadi, disebabkan tidak ada aper yang perlu dilakukan, aku bersetuju untuk temankan Wazir menonton. Dalam masa yang sama aku juga nak menonton citer Batman sekali agi. Aku suka Batman n Joker dalam citer tu.
Jadi aku pun pegi ler. Beli tiket untuk jam 5.30 petang, no tempat duduk- F06. Masa dalam panggung aku dok belah kanan Wazir. Dengan kata lain, Wazir dok belah kiri aku. Belah kanan aku ada 4 orang perempuan/ wanita. Student Um kot. Melalui percakapan diaorang aku tau diaorang student. Belah kiri Wazir plak ader sorang amoi. Amoi tu sorang jer. Dia single atau janda tak tau ler. Teringin gak aku nak tegur prempuan sebelah aku, tapi aku ni jenis yang tak tegur perempuan dulu kalau perempuan tu tak tegur. Ye lah, aku ni jenis yang tak mengatal tak tentu pasal walaupun adakalanya kejantanan suruh aku menggatal. Tapi aku ni mat skema yang baik konon (…bukan skima pemarkahan).
Ok, dah ler cakap pasal diri sendiri. Tak semua orang suka cakap pasal diri sendiri. Ader orang suka jaga tepi kain orang. Sebab supaya tepi kain orang yang labuh tu tak meleret atas tanah dan kena najis seperti taik anjing dan najis syaitan.
Citer pasal filem Batman, memang sangat teruja aku menontonnya. Ada beberapa perkara yang membuatkan aku teruja. Nanti aku huraikan secara tersurat dan tersirat. Apa yang aku cakap ni adalah pendapat aku, takder kena mengena yang tak terkena. Hanya yang tekena sahaja terlibat.
Aku pernah terbaca dalam satu review oleh orang surat khabar (lebih indah dari khabar) bahawa siapakah hero dalam cerita Batman, adakah Batman atau Joker. Tapi aku nak tambah satu lagi Harvey Dent (two face). SIAPAKAH HERO?? BATMAN?? JOKER?? HARVEY DENT?? TWO FACE??
(yang ni aku edit n design sendiri ek..tak der kat pasaran x gelap)
(yang ni pun aku design sendiri, tapi edit dari gambar kat internet ler..)
Dengan cara yang dilakukan oleh Joker saja dapat menyedarkan golongan polis haprak dan Datuk Bandar yang lebih mahu menjaga kefrofsesionalannya konon. Mungkin suara rakyat sebegini yang didengari oleh pemimpin dalam cerita Batman ini. Atau mungkin boleh digunakan dalam sistem Negara lain di dunia nyata. Jangan,… nanti kena tangkap oleh polis dan yang berhormat. Last-last di cop pembangkang dan ditukar belit fakta kebenaran.
Joker menjadi sedemikian adalah disebabkan oleh factor alam sekitar. Bukan masalah pencemaran udara, tapi masalah pencemaran budaya. Ayah, ibu dan Isteri Joker yang menjadikan joker sebagai manusia joker.
Ayat Joker yang aku ingat : Tiada siapa yang akan peduli kalau satu trak yang penuh dengan tentera akan diletupkan, tapi seluruh pelusuk negara akan gempar kalau SEORANG Datuk Bandar diculik.
Joker cakap kat Batman masa dalam bilik soal siasat : Kau hanya akan dipandang ketika mereka memerlukan bantuan, jika tidak kau akan sentiasa dianggap lelaki yang pelik, sama macam aku..ha ha ha ha.
Joker cakap kat Batman semasa Batman hempas kepala Joker kat meja soal siasat: Jangan mulakan sesuatu dari atas (kepala), ini akan membuatkan suspek atau orang yang disoal siasat akan jadi keliru.
Batman nampak gagah dalam kostumnya sendiri. Tapi jangan tertipu, dalamnya adalah stuntman. Batman juga gagah abapila berada atas tungganganya iaitu kereta dan motor cabuknya. Tapi Batman adalah hero yang bukan hero.
Dalam cerita Batman kali ini, menuntut kita untuk berfikir sejenak tentang beberapa persoalan
1-kenapa orang jahat jadi jahat?
2-Siapa hero di hati rakyat dan siapa hero di mata puhak penguasa (polis dan Datuk Bandar)?
3-Kenapa berlakunya pecah amanah dalam satu team?
4-Kenapa Joker bakar duit setinggi gunung? apakah kepuasan sebenar baginya?
5-beberapa lagi akan wujud persoalan yang korang akan dapat rasa sendiri bila menontonnya.
Untuk review lagi dahsyat dan membuat korang- korang teruja dan hantuk kepala kat kerusi plastik... tekan ini bukan itu. Tekan jangan tak tekan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan