Pengikut

Selasa, 5 Ogos 2008

TIPS SUNYI DARI MALAU

Manusia tidak terlepas dari merasa kesunyian. Istilah kesunyian biasanya melibatkan keseorangan. Namun tidak semestinya keseorangan, kita akan berasa sunyi, adakalanya, seseorang yang sedang dikelilingi orang ramai juga berasa sunyi. Kenapa hal ini berlaku? Ianya mungkin wujud dari masalah yang melanda kita. Kadangkala sifat kurang yakin dengan diri sendiri juga menjadikan kita sunyi.

Perubahan dalam kehidupan. Jika dulu kita berpasangan, tetapi mungkin kita berpisah, putus hubungan juga menyebabkan kita berasa sunyi. Jika dulu kita mempunyai kawan, kekasih, sahabat atau keluarga yang sering bersama kita. Tetapi sekarang mereka jauh dari kita. Dulu ada tempat untuk bercakap, bersembang, meluahkan masalah, atau mendambakan kasih, namun sekarang kita hilang tempat bergantung. Itu juga dapat menyumbangkan wujudnya perasaaan sunyi.

Contoh terdekat dengan saya, apabila dua orang kawan saya putus cinta. Adat orang bercinta, mestilah selalu bersama (jika pasangan di tempat yang sama). Sentiasa ada saja mesej baru dalam peti mesej telefon. Ada orang yang dapat mendengar masalah pasangan. Ada pasangan untuk menjadi teman menonton wayang. Dan semestinya ada tempat untuk dilempakan perkatan I LOVE U.

Apabila member saya ini putus cinta, sudah mestinya dunia akan merasa gelap seketika. (Dunia dia je la). Hari-hari yang dilalui tidak seperti ketika sedang enak bercinta. Asyik merenung telefon dan mengharapkan ada orang yang menghantar mesej baru. Sebelum tidur ada good nite kiss (mesej la). Tiada teman untuk tengok wayang. Hal-hal sedemikianlah yang menjadikan sesorang merasa sunyi.

Masalah lain juga akan wujud jika seorang yang dalam kesunyian, terus menerus merasa kesunyian. Lagi teruk jika tiada usaha untuk menghilangkan rasa kesunyian. Kadangkala juga boleh membawa mereka yang kesunyian untuk menetap di Hospital bahagia (gila la tu).

Beberapa tips dari saya yang juga pernah merasa sunyi.

1elakkan duduk atau berdiri seorang diri. Carilah teman untuk bergembira. Bila anda sedirian, rasa sunyi pasti akan lebih bercambah. Jadi elakkan lepak seorang diri. Tak pun, anda mencelah je dalam mana-mana geng yang sedang lepak. Buat-buat lah anda mengenali mereka. Bersembanglah ikut suka hati anda.

2jadikan pembakar semangat. Jika anda sunyi disebabakan putus cinta, anda jadikan ia sebagai pembakar semangat. Katakan anda boleh hidup tanpanya. Katakan juga anda akan jumpa jodoh yang lebih baik n lebih cantik. Jangan cakap terlebih2 plak, sebab ianya akan wujud perasaan balas dendam. Anda juga boleh kata YA, AKU BOLEH dan katakan TAK NAK KEPADA ROKOK. Rokok bukannya pembakar semangat tapi pembakar jantung anda dan anda cepat mampos. Lagi ler sunyi kat kubur nanti.

3Sibuk-sibukkan diri anda dengan kerja. Dengan melakukan kerja, kita akan cepat lupa kepada masalah putus cinta atau kesunyian. Kalau kat kampung, anda boleh panjat pokok petai. Jangan plak nak berangan Mat Jenin atas pokok tu. Jangan gak nak blagak jadi Tarzan, kerana anda pasti patah kaki sebab jatuh pokok. Kalau anda student, sibukkkan ler mengemas bilk darjah. Nampak ler skit anda rajin. Saham anda pun makin naik. Boleh buat menantu… Takkpun, anda ke rumah jiran sebelah, cakap yang anda nak potong rumput kat rumah dia yang dah panjang tu. Cakap juga yang dia tak perlu bayar. Malah tuan rumah akan diberi sijil oleh anda.

4Tidur.Bila tidur anda akan lupa sementara. Malah anda akan bermimpi jumpa ngan putera atau puteri raja. Jika anda tinggal kat hostel, anda boleh mencuba cara tidur yang lain. Anda boleh tidur di blok yang berlainan jenis dengan anda. Anda masuk dan terus tidur. Buat lah macam bilik anda sendiri. Lepas tu, pasti ada orang akan kejutkan anda, dan mengatakan anda telah tersalah bilik dan menceroboh biliknya. Pastinya akan mewujudkan pertengkaran antara anda dan dia. Anda bertengkar je. Takpe. Suruh dia panggil pengawal atau warden, lagi seronok anda bertengkar. Jadi, bila anda bertengkar, masa anda akan terisi dan anda pasti akan lupakan pasal kesunyian.

5Buat sesuatu yang baru. Anda pasti seronok apabila mencuba sesuatu yang baru. Ataupun anda sendiri yang merancang projek baru. Jika anda tiada idea yang baru, anda boleh mencelah masuk ke dalam mesyuarat projek. Lagi bagus jika anda masuk ke mesyuarat yang membincangkan sesuatu di luar bidang anda. Jika anda pakar dalam seni persembahan, anda masuk lah ke mesyuarat doctor-doktor gigi. Pasti anda teruja. Cuba tanyakan pelbagai persoalan. Dan bagi cadangan yang bernas. Anda sudah semestinya menjadi tumpuan. Silap-silap anda akan dilantik menjadi Dekan. Maka anda pasti banyak kerja lepas tu dan anda gerenti dapat melupakan kesunyian.

6. Positif. Anda kena bersikap positif. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikamahnya. Anda tukarkan perkataan sunyi kepada nyanyi atau lari. Jadi bila orang kata anda sunyi, anda terangkan perkataan yang sebenar. Contohnya kawan anda cakap “Malau, ko sunyi ke?”, anda cuba marahkan dia dan katakan sunyi tu nyanyi atau lari. Jadi yang sebenarnya “Malau, kau nyanyi.” Atau “Malau, ko lari”. Jadi apa nak tunggu lagi, bila dia cakap gitu, anda mulakanlah menyanyi atau berlari. Dengan cara itu, anda dapat release otak anda. Anda juga memberikan hiburan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Apabila puas anda menyanyi atau berlari, anda katalah “Bang Bang Boom”. Pasti orang sekeliling anda seronok sebab masuk tv. Silap-silap diaorang mintak otograph anda. Popular kan?

Dah ler tu, kalau saya bagi banyak2, anda tak sempat nak praktikkan. Lagi plak, kalau dah bagi semua, anda plak malas nak fikir. Malas nak fikir tu ler yang buat anda rasa sunyi. Bila anda berfikir, otak anda ligat, anda tak rasa sunyi.

Tapi ingat. Tak semua nasihat tu baik. Anda sendiri yang tentukan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"malau, ko gila."

Tanpa Nama berkata...

Kalau takder orang gila. maka dunia ni makin gila. Sebab semua skima jer... cakap pun sopan jer.

Gila itu seni...hah..haha.. Sebab tu saya suka joker

Tanpa Nama berkata...

"malau, ko meroyan."

Tanpa Nama berkata...

malau, kau sunyi~
jom karaoke!!!

Tanpa Nama berkata...

Wahai puan Lenny, orang yang meroyan ialah orang yang ada banyak perasaan kasih sayang. sayang kat saper tak tau ler...hihi. Dan dijangka 7 dari 10 manusia akan meroyan apabila putus cinta, putus kasih, putus duit, putus projek atau putus tali...

MALAU berkata...

Saya sunyi sebab semua makwe2 (semua tu..) saya kat luar KL dikala saya sedang berentap d KL.
Segan ler Deen nak g Karaoke, suara saya tak sesedap suara Deen dalam Jangan Lupa Lirik. Saya ni dah ler semua lirik saya lupa. Boleh nak karaoke, bilik sebelah-sebelah ler ek..hihi

MALAU berkata...

Saya sunyi sebab semua makwe2 (semua tu..) saya kat luar KL dikala saya sedang berentap d KL.
Segan ler Deen nak g Karaoke, suara saya tak sesedap suara Deen dalam Jangan Lupa Lirik. Saya ni dah ler semua lirik saya lupa. Boleh nak karaoke, bilik sebelah-sebelah ler ek..hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...