Pada 13 hingga 15 Februari yang lepas aku 'diterlibatkan' dengan satu program Kolej Yayasan Melaka dibawah tajuk KUPAS. KUPAS adalah singkatan kepada Kursus Pemantapan Akademik dan Sahsiah. Sepanjang 3 ari aku berada di sana. Kena jaga budak-budak KYM.
Program ni sebenarnya program yang terdiri dari pelajar-pelajar yang mempunyai pointer bawah 3.0. Di samping tu ada jugak sebab student yang bermasalah dari segi sahsiah seperti tak datang kelas, lemah pembelajaran dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya diaorang bagus-bagus, tapi masalah sampingan yang membuatkan diaorang sedikit alpa.
Kem ini mendapat kerjasama dari Askar yang berada di Kem 514, Askar Wataniah Bukit Beruang. Seramai 68 orang pelajar terlibat dalam program ini. Pada asalnya, Jawatankuasa yang diketuai Oleh En>Fuad sadali mensasarkan seramai 80 orang akan terlibat. Namun, terdapat beberapa pelajar yang tidak dapat menyertainya. Pelajar yang terdiri dari 40 orang pelajar lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan ini pada awalnya kelihatan sungguh tidak bermaya. Namun hari-hari teraakhir, mereka semakin selesa da serasi dengan program tersebut. Malah ada yang ingin menyertainya lagi kalau diberi peluang.
Aku ditugaskan sebagai pengawas yang menjaga para peserta bersama seorang lagi pengawas @pensyarah lelaki. Terdapat dua orang lagi pensyarah perempuanb yang bertindak sebagai pengawas yang menjaga peserta perempuan.
Semasa aku mengumpulkan diaorang selepas sampai di Kem Bukit Beruang, rata-rata diaorang menjadi cuak dan takut. Ini kerana, mereka disambut dengan taklimat dan kawad check oleh anggota tentera. Mereka disuruh untuk menyerahkan barang-barang atau senjata yang berbahaya serta benda yang boleh memudaratkan. Hasilnya, pihak tentera yang bertindak sebagai jurulatih dapat mengumpulkan rokok-rokok hampir satu plastic bag.
Antara aktiviti yang terdapat dalam program ini, macam biasa ler...ader ceramah motivasi, pengalaman orang berjaya, acara kawad, acara redah bukit, acara sukan ala tentera dan macam-macam lagi aktiviti kumpulan.
Program ini ditutup dengan jayanya tanpa masalah yang besar-besar. Kecik-kecik tu biasa ler. Majlis penutup pun simple-simple, yang penting input yang diperolehi oleh para peserta. Kegemilangan program ini ditambah lagi apabila seorang mamat poyo yang mengacarakan majlis penutup. Lihatlah wajah beliau dalam gambar ini. Yang berada di rostroom....hahahahahaha...
3 ulasan:
wau bestnye.. aku pon memang suke program camni.. kalu ada peluang mesti nak join... tapi..skrang dah sibuk.. memang arr banyak program yang ada kat uum.. tapi, tak ade mase pulak.... lagipun bila dah masuk semester yang banyak2 nie, nak jadi peserta dah tak booleh... orang pula yang letak kita sebagai ajk.. tak pun terus jadi pengarah projek....
Sibuk2 gak..tapi skali skala kalau join ok gak. Sekurangnya dapat release otak. Kadangkala dalam hidup kita kena ada benda-benda macam ni.
Wahhh..jadi pengarah tu best gak..
Tapi ingat...
semester depan aku ingat nak buat projek kat sekolah rendah lata rek.. dibawah GPMS UUM. aku jadi pengarah projek.. tapi masih dok planing... esok aku jadi ajk je untuk explorer family day kelab fasilitator.. tak syok kan.. jadi ajk aku tak boleh nak join... best tu... mulanya aku bukan nak jadi ajk pun... tut2 dapat call, aku jadi ajk... haram betul ar... tapi tugas kena buat jugak kan...
Catat Ulasan