Pengikut

Jumaat, 6 Februari 2009

Sepoi-sepoi Bahasa

Awal aku menjejakkan kaki ke ofis hari ini. Sepanjang perjalanan, angin sepoi-sepopi bahasa mengiringiku. Seperti mnghantar aku ke tempat kerja. Alhamdulillah. Syukur. Suasana pagi di Melaka yang berbeza dengan suasana di KL menjadikan perjalanan pagi penuh syahdu. Angin.

7.15 aku dah terpacak di ofis. Sejarah paling awal aku ke ofis sepanjang aku keje kat sini. Sampai di ofis, letak beg, bukak aircond, bukak komputer...kepala bertukar dari sepoi-sepoi bahasa menjadi ribut tidak berbudi bahasa. Banyak keje yang perlu disettelkan. Kelas, projek teater kat UiTM melaka, teater kat taman budaya Melaka, ditambah lagi dengan program Hep yang perlu aku sertai. Karnival.

Aku suka semua keje aku tu. Cuma otak yang terasa berat. Tapi takper..aku memang dari dulu lagi sentiasa banyak keje. Sebab tu teman-teman wanita aku selalu bising sebab aku busy. Diaorang kata aku lebih pentingkan keje. Tapi sebenarnya keje yang perlukan aku. Dan aku perlukan kerja untuk hidup.

Bila aku dah keje tetap sekarang ni pun, aku masihkan terus dengan perangai busy. Bukan aku yang nak, tapi sudah jadi lumrah. Ku bukan gila jawatan. tapi kadangkala dilantik dengan sokongan majoriti.

Memang sejarah aku dari tadika lagi diberi jawatan ketua. Ketua Kelas masa tadika, ketua pengawas masa darjah 6, ketua kelab itu ini, Pengawas dan ketua pengawas tingkatam lima, ketua asrama, ketua macam-macam lagi masa sekolah menengah, naik tingkatan 6 dilantik lagi jadi pengawas, dan ditawarkan ketua pengawas tapi aku tolak sebab saranan bekas cikgu kat sekolah menengah. Pegi ke UM..disaran jadi Exco majlis perwakilan...sampai di KYM dalam masa 2 minggu dah disuruh jadi ketua projek.

Kadangkala semua tu datang bukan sebab aku yang berkepimpinan..tapi sebab lain. Adakalanya sebab rezeki aku, adakalanya sebab dah takder orang lain, adakalanya sebab menang tanpa bertanding namun semuanya adalah disebabkan suara majoriti. Suara majoriti terbahagi kepada dua sama ada benar-benar ikhlas yang nampak bakat aku dan satu lagi disebabkan nak mengelak diaorang yang wat keje.

Tapi semua itu tak penting. Aku suka dengan kerja. Tapi bila berada dalam jawatan tu aku akan buat yang terbaik. Sebab ianya adalah menjadi tanggungjawab aku walaupun adakalanya berat. Mustahil ler aku kata yang aku enjoy je dengan keje aku. Kadangkala tension gak bila orang bawah kita tak buat keje. Jadi sikap aku yang jenis tak gheti nak marah orang..dengan poyonya aku yang buat semua. dan harapan aku orang yang tak buat keje tu akan sedar tanggungjawab dia. Sedar atau tidak...WALLAHU A'LAM. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SEMUA KERJA KITA. AMIN.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

malau, jom join festival teater. aku lantik kau jadi ketua wazir ... bior dia berhemah sikit kekekekkekekekekekekkek ....

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha..ketua Wazir ker ketua kepada Ahmad Iswazir... Macam menarik je bunyinya...tapi tak pasti ler kak Lenny. Banyak giler keje. Miting bertindih lagi..pastu sambung miting..miting lagi..dan miting lagi....aaahhhhh!!!.....dah ader tekanan dalam otak ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...