Pengikut

Jumaat, 20 Mac 2009

DILEMA MAMAT POYO

Inilah Keluarga Kami



Inilah Keluarga Besar Kami -
Bersama Pengarah UiTM Alor Gajar dan Kerabat Tertinggi UiTM

Aku Bersama Team Pengurusan UiTM yang juga Penganjur Projek -
Pelajar Sekolah Teknologi Pejabat UiTM


Hari ini hari Jumaat. Hari kebesaran bagi umat Islam. Penghulu segala hari. Di hari Jumaat ini juga aku masih lagi dalam dilema. Ada beberapa benda yang belum aku putuskan untuk tindakan selanjutnya.



Nak ke ASWARA atau tidak????




Nak buat show teater Final Projek Bila???


Nak hantar KKD ke Taman Budaya Melaka bila??



dan ada lagi beberapa keputusan lain yang harus aku tentukan. Tinggalkan sejenak tentang membuat keputusan. Ini kerana biasanya keputusan aku pelik-pelik dan di luar jangkaan normal orang sekeliling aku.




Sehari yang lepas aku telah menghabiskan satu tugasan untuk student KYM di sini. kami berjaya mementaskan teater Gejolak di UiTM Alor Gajah Melaka dengan jayanya. Dentgan jayanya di sini bermaksud ianya di luar jangkaan aku sendiri dan jangkaan orang sekeliling. rata-rata yang terlibat dengan projek ini adalah pelajar YM yang tak tau apa menatang itu teater. Alhamdullih, semangat yang tinggi menjadikan segala halangan dapat ditempuhi. Tak sangka dan memang tak sangka. Yang penting aku dapat mengeratkan beberapa jabatan di KYMini melalui satu pementasan. Aku berbangga dengan semangat diaorang.



Pementasan di UiTM membuka mata ramai pihak terutama pentadbir atasan di KYM ini. Sebelum ni, Jabatan Seni Teater menghampiri zaman kesuraman. Bukan suram apa sebenarnya. Tapi suram dari segi projek dan semangat. maklum la, sebab ketiadaaan pensyarah tetap dalam beberapa masa.



Pementasan kali ini menguji aku untuk berdikari. Tapi tak sangaka team aku berjaya mementaskan pementasan sebegitu rupa. Berbagai masalah dan halangan yang kami hadapi sehinggalah memaksa beberapa pertukaran dilakukan. Tai itu semua adalah perkara biasa dalam produksi teater. Setiap produksi memang ada masalah.


Tataplah sebahagian gambar yang sempat dirakam untuk tatapan anda.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...