Pengikut

Ahad, 15 Mac 2009

PILIHAN YANG TIADA PILIHAN

Kebelakangan ini aku terpaksa membuat pilihan ke atas pilihan-pilihan aku. Tapi sebenarnya ku tak ada pilihan untuk tidak memilih.

Hari ini juga seorang kawan aku membina hari bahagianya. Aku tak dapat pegi ke sana. Sori Kak Jaa. Tahniah buat teman aku Kak Jaa kerana akhirnya hari bahagiamu muncul. Semoga ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Hari tu..semasa bercakap dalam telefon, aku beria-ia berjanji ngan Kak Jaa. "Jangan bimbang Kak Jaa, aku akan datang hari perkahwinanmu". "Ya, aku akan datang gak walaupun apa yang terjadi". Itulah antara ayat-ayat aku. Tapi itu seminggu yang lepas. Tapi hari ni aku masih terpacak di Melaka ni. Padahal hari ini Kak Jaa mengharapkan rakan-rakannya ada bersama untuk meraikan hari bahagianya. Aku rasa berdosa ngan Kak Jaa.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang menghalang aku untuk ke sana. Selain kerana aku di Melaka sekarang ni, ada beberapa kekangan lain lagi. Tak perlu lah untuk aku meceritakan secara detail. Apapun aku memang tak patut untuk tak pergi ke majlis Kak Jaa. Sori Kak Jaa. Sori. Sori. Sori.

Esok (15 Mac) seorang lagi kawan aku Hasrul Izat akan melangsungkan perkahwinannya. Esok pun aku tak dapat nak menghadirnya.Perkahwinan akan diadakan di KL. Dekt berbanding Kak Jaa. Aduhh..tapi aku juga tak mampu untuk pergi.

3 hari lepas aku mendapat berita gembira. Aku ditawarkan Jawatan Sebagai Pegawai Kebudayaan B41 di ASWARA. Setelah sekian lama aku menunggu untuk diberitahu keputusan ini. Keje tetap. Jabatan Kerajaan. Alhamdulillah syukur. Tapi aku sedang di alam keje. Keje tetap juga. Di Kolej Yayasan Melaka ni. Di KYM ni aku baru saja bekerja selama 2 bulan. Masih lagi dalam kontrak. Tempoh kontak aku selama setahun. Gaji pokok yang ditawarkan di ASWARA hampir menyamai gaji aku di KYM. Namun di ASWARA aku mungkin akan dapat leih dari itu bila ditambah dengan elaun. Aku dapat tau tak ramai yang dapat. Aku juga dapat tau beberapa orang kawan aku yang otai, tapi tak dapat jawatan ni. mungkin ini rezeki aku. Aku bersyukur kerana rezeki aku bergolek di saat aku sudah keje tetap di KYM. Dulu betapa susahnya untuk aku dapatkan keje tetap. Sekarang dapat dua rezeki serentak.

Namun begitu, aku berat hati untuk ke ASWARA. Hanya 60 peratus hati aku nak ke sana. Aku suarakan hal ni kepada kawan-kawan dan orang sekeliling. Rata-rata mengatakan aku bodoh kalau menolak tawaran bekerja di ASWARA. Entahlah..aku selalu je membuat keputusan yang pelik-pelik. Bodoh ke aku kalau aku tolak untuk ke ASWARA di saat aku berada di KYM. Memang betul, beribu-ribu orang yang mahukan jawatan di ASWARA tu kalau aku tak nak. TApi ntah kenapa aku tak rasa excited sangat.

Lusa dah kena lapor diri. 16 haribulan mac. Aku macam tak nak pergi. Aku sudah selesa dengan suasana di KYM ni. Bukan gaji. Tapi suasana. Maklumlah, aku dah kenal orang-orang yang bekerja dengan aku kat sini. Aku dah selesa bersama pelajar-pelajar di sini. Aku datang memberikan semangat untuk diarong meneruskan perjuangan teater. Tak sanggup untuk aku musnahkan. Sebelum kedatangan aku, diaorang kenal teater secara sipi-sipi. Banyak benda yang aku kongsi dan belajar bersama diaorang. Banyak juga perancangan aku untuk aku teruskan di sini. Perancangan untuk aku kembangkan teater di sini. Di sini memerlukan aku untuk meneruskan teater. Bukan tak ada orang lain, tapi aku dah biasa dengan suasana di sini.

Ya, aku bodoh sebab aku akan tolak untuk jawatan Pegawai kebudayaan. Memang benar, pegawai di pandang tinggi. Dihormati. Gaji besar. Tapi aku tak pandang itu semua. mungkin sebelum aku masuk ke KYM jawatan itu yang aku nak. Tapi sekarang dah berubah.

Menyesal..ya... Mungkin aku akan menyesal suatu hari nanti sebab menolak jawatan ASWARA. Menyesal tak masuk ASWARA kalau nanti KYM bankrap. Atau mungkin aku akan dibuang kerja. Menyesal.Tapi bagi aku, rezeki ada di mana-mana. Selagi kita berusaha dan tidak putus asa, Allah akan membantu kita. Sebab itu, aku tak rasa excited sangat bila dapat tawaran ASWARA. Bukan aku ego atau memilih kerja. Kenapa aku nak ego. ASWARA lagi hebat dari KYM. ASWARA lagi gah dari KYM. Gaji di ASWARA lagi besar dari KYM. Pegawai Kebudayaan di ASWARA lagi dipandang tinggi berbanding pengajar teater di KYM. ASWARA hak milik kerajaan, manakala KYM hakmilik swasta..bila-bila je boleh kena tendang. ASWARA jawatan tetap, KYM secara kontak. Tapi kenapa ya..kenapa hati aku masih kuat untuk terus tinggal di KYM.

2 ulasan:

kak lenny berkata...

adikku malau azam,

membuat pilihan memang sukar. Tapi satu saja caranya - dengar degup jantung sendiri!!!

malau berkata...

eRMM...BETUL TU.. Itu lah yang saya lakukan selama ini. sebab tu kadang-kadang orang kata saya gila dalam gila-gila. Sebab selalu membuat keputusan yang berbeza dengan orang lain. Kadang2 di luar jangkaan orang lain. Tapi tiulah saya yang sebenarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...