Pengikut

Rabu, 4 Mac 2009

Susahnya Membikin Teater

Kedatangan aku ke KYM disambut dengan satu projek persembahan teater. Aku seronok. Sebab aku minat teater. Sekarang aku dapat merasa susahnya nak buat teater. Susah kerana aku terpaksa buat semua keje untuk membentuk satu team teater. Dulu aku bekerja dengan orang yang tau apa yang nak dibuat. Petik je jari...keje jalan.

Tapi di sini, hari ini, aku berkerja dengan team yang majoritinya tak kenal apa itu teater. Adakah teater itu seperti karipap, ataupun teater macam keropok lekor? Sampai tahap itu mereka tak kenal teater. Tapi tak semua. Zaman sekarang manusia tak bodoh. Cuma tak ambil tahu terhadap sesuatu benda yang tidak berkepentingan untuk mereka.

Pada peringkat awal otak aku sarat dengan bermacam-macam perkara. Cabaran untuk aku membentuk sebuah produksi yang kenal teater. Alhamdulillah, semakin hari team aku semakin mendekati teater.

Kerja-kerja teater membuatkan aku semakin berdikari. Aku berada di alam yang aku kena buat dan praktik apa yang telah aku lalui sebelum ini. Cuma bezanya dulu aku bekerja di bahagian atau posisi akusahaja. tapi sekarang aku kena bertindak di semua bahagian. Inilah cabaran dunia luar yang perlu aku lalui.

Berteater memang seronok. Kita dapat kenal keluarga kita. Kita dapat kenal adik beradik kita. dan kita kenal keluarga tiri kita. Berteater mengajar kita untuk kenal orang dan orang kenal kita. Teater mengajar kita mengenal kehidupan. Sama ada kehidupan dalam teater yang kita persembahkan atau dalamdunia realiti yang kita lalui.

Keseronokkan teater semakikin bertambah ke tahap tinggi bila mendapat support dari berbagai pihak dan berbagai sudut.

Yang penting, teater mengajar aku untuk lebih bekerja keras dan lebih menyayangi keluarga kita. Kenapa? Tepuk dada..joinla teater.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...