Pengikut

Isnin, 25 Mei 2009

GEGARAN AWAL DI KOTA BHARU

Pagi sabtu aku mula bertolak ke Kelantan. Dengan menaiki kapcai burukku, perjalanan bermula seawal jam 9.00 pagi. Tersasar dari perancangan awal iaitu sebelum subuh.

Perjalanan aku ke Kelantan merentasi beberapa negeri dan pekan. Dari Melaka, aku ke Tangkak, Segamat, Rompin, Pekan, Gambang, Kuantan.

Singgah makan tengah hari di Kuantan di tepi Sungai.
Sempat merewang di sekitar Bandar Kuantan dan kebetulan abang aku juga berada di Sana.

Mandi dan rehat sekejap di rumah abang aku. Lepas maghrib bertolak ke Kelantan semula. Badan terasa agakpenat walaupun bukan berlari.

Aku menyusuri jalan Kemaman. Sepatutnya masuk ke Jabor = Jerangau, entah macam mana aku terlepas hingga ke Dungun. Terpaksa lah aku menyusuri Kuala Terengganu iaitu melalui Jalan Pantai.

Mata terlalu mengantuk dan badan terlalu penat memaksa aku berehenti melelapkan mata seminit dua di stesyen minyak. Sampai di Kota Bharu jam 8.30 pagi.

Mandi, sarapan pagi dan terus ke Wisma Persekutuan bagi berbincang dengan Pengarah Belia.



HAri ni merupakan hari kedua aku di Kota Bharu Beberapa perkara dah diselesaikan tentang projek Gegar Belia di Kota Bharu ni. Semalam sudah jumpa pegawai Belia, ke JKR Jajahan, IPK KElantan, ke MBKB-Bri, Tesco dan Kompleks Belia Panji. Ada yang dah diselesaikan 100% dan ada yang prlu diselesaikan lagi pada hari ini.


Semalam, ada beberapa perkara baru yang aku dapat dalam proses melaksanakan program di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Ini negeri aku, tapi pertama kali aku terlibat sepenuhnya dalam perlaksanaan projek.

Perkara baru tersebut adalah, di setiap Banner, Banting, Billboard atau apa saja jenis pengiklanan hendaklah diletakkan tulisan jawi. Dalam kes kami semalam, kami tidak meletakkan tulisan jawi kerana Banner dan banting ini dicetak serentak dengan program di Melaka. Menarikkan?
Inilah hasilnya apabila banting dilettakn tulisan jawi.

Inilah salah satu perkara yang tidak saya ketahui atau sedari. Saya tau yang kerajaan Kelantan menggalakkan penggunaan tulisan jawi dalam setiap hebahan. Namun untuk projek ini, saya terlepas pandang dan tak tahu yang inya adalah wajib.

Jadi, semalam kami berhempas pulas mencari kedai Printing untuk menambah tulisan jawi tersebut. Hasilnya adalah seperti gambar di atas.

Makan tengah hari di Restoran Ulam. Makan gaya Kelantan.

Berbincang ngan Kak Lina dan Abg Li tentang catering di Kompleks Belia.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...