Pengikut

Isnin, 8 Jun 2009

GEGAR OH GEGAR !!

12 Jun nanti Gegar Belia akan bermula di Tesco Kota Bharu Kelantan. Aku makin berdebar. Tugas sebagai pengurus Zon membuatkan otak aku semakin panas. Jantung aku semakin kencang. Cabaran lagi besar berbanding Gegar Belia di Melaka hari tu.

Besok, aku dengan team induk akan bertolak ke Kelantan. Pagi 10 hb, kami adakan meeting di Pejabat Belia bersama JPA3, Pengarah Jabatan Belia, PDRM, Pengurus Tesco, Pengerusi Belia Sri Kijang dan beberapa orang lagi. Mesyuarat penyelarasan. Malamnya pula kami akan ON-Air di Radio Malaysia Kelantan untuk Gegar Belia. 11 hb, kanopi akan dibangunkan. Petangnya, team dari KYM yang lain akan tiba. Team pameran dan booth akan tiba. 12 hb bermulalah program. Petang pada 12 hb akan diadakan perasmian program Gegar Belia. Majlis Ini akan dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.

Banyak benda baru yang aku belajar dari Projek Gegar Belia ini. Projek yang mematangkan aku dan membuatkan aku dengan sendirinya berdikari. Dulu aku bekerja dan membuat projek atas nama pelajar atau mahasiswa, namun sekarang atas nama kakitangan KYM.

AJK di bawah aku rata-rata kakitangan yang jauh senior dari aku. Malah aku rasa aku staff yang paling muda memegang jawatan tertinggi untuk projek ini. Pada permulaannya aku agak kaku dan takut-takut. Ya lah, aku mana ada pengalaman untuk melaksanakan projek yang besar-besar. Kalau teater tu aku berani la. Ini Program yang aku rasa x der kena mengena ngan teater. Program karnival sukan belia, pameran ipt dan pameran iks.

Alhamdulillah, sekarang banyak benda yang berjaya aku selesaikan dan lakukan. Ini semua berkat kakak-kakak dan abang-abang senior yang sudi berkerjasama walaupun aku lebih muda dari mereka.

Petang tadi akan dapat panggillan dari En. wan salah seorang Consultan Mara yang akan membuka booth nanti. Beliau akan membawa Malek Noor (Ahli bina Badan tu..) ke Kelantan nanti. Pada malam 12 hb, Malek Noor akan memberikan motivasi kepada belia di sana. Aku bersetuju dan amat tertarik dengan idea dan cadangan tersebut.

Aku harap projek Gegar Belia di Kelantan akan berjalan dengan lancarnya. Tadi aku mendapat khabar dan warning tentang Sultan Kelantan semakin gering. MArilah Kita sama-sama berdoa dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada tuanku Sultan supaya cepat sembuh. AMIN. Dengan warning tersebut, ada beberapa program atau acara yang terpaksa diketepikan bagi menghormati Sultan. Lagipun persembahan adalah bukan hal utama program Gegar Belia ini. Semoga Sultan cepat sembuh.

Tamat saja program Gegar Belia nanti, aku kena memberi fokus kepada Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Melaka. Festival tersebut akan dilaksanakan pada 25 Julai hingga 31 Julai. Kolej Yayasan Melaka menghantar 3 team iaitu 1 team monolog dan 2 team berkumpulan.

di samping itu juga beberapa program lain yang akan dijalankan dalam tarikh yang terdekat iaitu :

3gp Video - 7 Julai 2009
Bengkel Kelab Pencinta Filem Bersama Ogy AHmad Daud - 24 - 26 Julai 2009.
Diploma Show STMS - 14 Julai 2009
Festival Tari Kebangsaan (KYM terpilih) - 25- 30 Julai 2009 (MTC).

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...