Pengikut

Jumaat, 15 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU MALAYSIA

Esok tanggal 16 Mei 2009 merupakan sambutan hari guru peringkat Malaysia. Jadi sehubungan dengan sambutan hari guru kali ini, ingin rasanya aku untuk mengucapkan selamat Hari Guru buat semua yang bergelar Guru. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah " Guru Pembina Negara Bangsa".

Saya yang bernama Zamri @ malau @ Mat Je @ Mat Jam @ Zam @ Azam @ Meri.... Ingin mengucapkan Selamat hari guru kepada :

1- Semua Yang bergelar guru di Malaysia
2- Guru di Sekolah rendah
3- Guru di Sekolah menengah
4- Guru Di sekolah Tadika Laloh
5- Guru yang mengajar Al-quran di kampung Lata Rek.
6- Guru di Sekolah Kebangsaan Lata Rek, Kelantan
7- Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai, Kelantan
8- Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh Kelantan
9- Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan sultan Yahya Petra 1, Kelantan
10- Guru di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya
11- Guru yang mengajar di latihan teater
12- Guru yang mengajar semasa terlibat dengan penggambaran
13- Guru yang sipi-sipi.
14- Guru yang memberi tunjuk ajar di KYM.

TANPA GURU SIAPALAH AKU..jasamu tidak terbalas..

Lagu Tema hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


IKRAR GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakatDan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

3 ulasan:

jaa rasd berkata...

selamat hari guru, bila jadi cikgu baru kita tahu betapa susahnya untuk mendidik mereka. moga usaha akan membuahkan hasil yang lumayan satu hari nanti.

CikLieYzaOnline berkata...

selamat hari guru..
oh cikgu..engkau ibarat BMW..
nk beli mahal,dipandu laju...
heeeeeee

malau berkata...

Hai Kak Jaa..Selamat Hari Guru. Semoga Kak Jaa seronok ngan profession sekarang.
Aku tau, kak Ja boleh.

Hi Lieza, kesian kat cikgu sebab macam bmw..orang boleh duduk n pijak badan dia..hihi
Tapi itu ubarat kan.,...bukan itimur

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...