Pengikut

Rabu, 24 Jun 2009

Lama-Lama

Di Kawasan Istana Di Raja Kemboja. Aku bersama rakan-rakan di Kolej Kediaman Pertama UM ke sana untuk mengadakan persembahan dan lawatan sambil belajar.

Kumpulan ini adalah gabungan Jawatankuasa Kreatif dan Kesenian Kolej Pertama. Inilah hasil penat lelah kami menaikkan kesenian dan kebudayaan di Kolej Kediaman Pertama.

Bersama rakan-rakan dari Kelab Lakon Astar (KeLAKAR). Kami mengadakan projek SAtu Antologi Teater Universiti Malaya (SATU). Dalam projek ini, kami membuat persembahan di Stor Teater DBP dan di MMU Cyberjaya. Teater yang dibawakan adalah Gejolak dan Sololuki Sebuah Kanvas. Kedua-dua teater ini adalah Johan bagi pertandingan drama pentas untuk Festival Seni UM.

Muka aku senget, sebab baru lepas makan kambing bakar golek-golek sekor. kenyang. Aku bersama geng-geng MEKAR BUDAYA Production. Kami meraikan kejayaan kami dalam Festival Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2007. Teater yang kami bawakan adalah Melati dan Melur skrip dan arahan Lenny Erwan. Dalam gambar ini ada : malau, remy nazrin, kak lenny, abang nasri, intan, kak jaa, ahmad iswazir, ilya, ridz j, zurie, alif afil, fiza dan nina.


Sempat bergambar di belakang pentas sebelum mengadakan persembahan Teater Lantai T.Pinkie. Teater arahan rosminah Tahir ini dipersembahkan di Taman Budaya, Ipoh Perak. Dalam ni aku jadi pak pacak jer. Masa ni aku study kat Um lagi. Eh..silap. dah konvo la.
Dari kiri ke gambar : malau, wan, along ezyndy, abang rosman dan faiz.

Ini pulak aku bersama team Pusat kebudayaan Universiti Malaya. Ini tahun 2004 rasanya. Kami menjadi juara pertandingan teater antara universiti iaitu Festival Teater MAKUM. Oh..lupa plak, tajuk teater yang kami bawakan ni adalah Teater Kanak-kanak Selendang Sakti. Pengarah adalah Puan Roselina Khir Johari. Aku suka dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakan dalam projek ini. Kam,i bagaikan satu family bekerja keras untuk projek ini. Tanpa memikirkan habuan atau balasan. Hasilnya, kamilah Juara. Lagi cerita dalam http://selendangsakti.blogspot.com .
Dalam gambar ini ada ramai rakan. Aku try sebut ek. Kalau salah jangan marah. Ingat lagi rasanya. Dalam ni ada : malau, puan ros, kak nani, kak lenny, kak rai, hafiz husin, kak jaa, zurie, intan, hakimi, imran, jamal, fiza, wan, remi, ke'ma, sabri, jijie, t-k, ida, ina, yanie, atie, faiz, limau, barbara, baba. Cukup kot. Ada tertinggal lagi tak?

Ha, ini pulak rakan-rakan yang sama kelas ngan aku. Gambar ini diambil semasa kami berada di tahun akhir dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama). Umur kami berbeza-beza. Dalam ni ada kakak, ada abang, ada adik. Tapi kami bersatu dan sekepala. seronok bila adakan projek teater bersama. Banyak sejarah kejayaan yang kami cipta di Pusat Kebudayaan UM dari tahun 2003 hingga 2006. Sekarang ni, semua yang ada dalam gambar ni dah berjaya. Ada yang berjawatan pegawai tinggi. Ada Pegawai B41 di Kementerian Kebudayaan, Ada yang jadi Pensyarah di UM, ada yang jadi persyarah di ASWARA, ada yang jadi Pensyarah di KYM, ada yang jadi pegawai di GeDEX, ada yang jadi cikgu di JOHOR, ada yang jadi cikgu di Sarawak, ada yang jadi ahli perniagaan, ada yang jadi pelakon, ada yang jadi penulis sepenuh masa, ada yang jadi pegawai di Kedah. Yang bestnya, semuanya dah berkerjaya. Alhamdulillah. satu lagi lupa majortinya dah berkeluarga. Tambah lagi Alhamdulillah. Aku belum!!
Dalam gambar ini ada : faiz, mek nor, wan, nurul anuar, remi, kema, nida, juliana, zamri, kak rai, norirwani, rokiah, baha, nik faridah, kak lenny, nasir, hadi, mardiana, kak jun, abang hamid, julies, sabri. Aik, mana plak pegi mat alif afil?

Ini pulak semasa pementasan teater Singa dan Permata. Teater ni juga adalah dipertandingkan untuk Festival MAKUM. Teater ini dipertandingkan setahun sebelum teater Selndang Sakti. Untuk teater ni jugak kami menjadi Johan. Teater ni diarahkan oleh Pn. Roselina Khir dan di koreograph oleh Hamid Chan. Yang menarik tentang teater ini adalah apabila kami semua terpaksa mengecat badan kami dengan cat hitam. Ini adalah bagi menggambarkan suasana Africa dalam cerita ini. Cerita ini adalh kisah tentang masyarakat di Afrika. So kena hitam ler. So, jangan ingat nak belakon cantik dan hensem jer.
Dalam gambar ini dari kiri dan sudah semestinya ke kanan adalah : nik faridah, nida, malau, sabri, wan dan remi.
rakan lain yang berlakon dalam teater ini adalah, kak lenny, kak rai, alif, julies, kak jaa, intan dan ada ler beberapa orang lagi.
Gambar yang paling las ni plak adalah semasa kami berkunjung ke Thailand. Gambar ini diambil selepas rakaman untuk satu program TV Thailand. Tajuknya aku tak tau apa bendanya. Pengacara dia Mat Salleh yang pegang mic tu. Tapi dia pandai cakap Thailand. Kunjungan kami ke sana sempena Ramayana Festival in Bangkok dan Chiang Mai.
Cerita menarik, kami ke sana menggunakan jalan darat menggunakan bas. perjalanan ke sana memakan masa lebih 32 jam. So, bayangkanlah sendiri yang kami kena berada di atas bas lebih dari 32 jam. Macam-macam yang kami buat. Tapi kami seronok. Nak lagi..
dalam gambar ini ada : malau, hadi, kak jaa, baha, sabri, wan, intan, zurie, lynn, hafiz, mardiana pastu mat salleh tu la.
Itu je lah kot.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...