Pengikut

Selasa, 23 Jun 2009

Pahat berbunyi - GEGAR.

UTUSAN MALAYSIA 15 / 6/ 2009

Hampir 300 sertai program Gegar Belia




Ir. Che Hassin Che Mud (dua dari kanan) menerima cenderamata daripada wakil Kolej Yayasan Melaka sempena program Gegar Belia di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 14 Jun - Hampir 300 belia menyertai program Gegar Belia 2009 anjuran Sekretariat Rakan Muda Kolej Yayasan Melaka di perkarangan pasar raya besar TESCO di sini semalam.

Program bagi membantu merangsang gaya hidup sihat di kalangan belia itu berlangsung dengan 17 acara pertandingan termasuk futsal, bola jaring, bola keranjang, kereta kawalan jauh, helikopter kawalan jauh dan yoyo," katanya.

Turut diadakan pertandingan tarik tali, baling kapal terbang kertas paling jauh dan permainan tradisional iaitu congkak dan batu seremban di samping cabaran dart serta gusti lengan lelaki dan wanita.

Timbalan Pengarah Teknikal Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, Ir. Che Hassin Che Mud semasa berucap merasmikan program itu mengalu-alukan penglibatan bagi menjayakan program itu.

Katanya, potensi positif yang terdapat dalam diri belia boleh berkembang dengan baik, seterusnya menjadi benteng penghalang kepada pengaruh negatif.

Sempena program yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan itu, katanya, belia terlibat terdedah dengan pelbagai kegiatan berfaedah.

Katanya, penglibatan mereka juga membentuk semangat berpasukan dan setiakawan yang jitu.









Program Gegar Belia isi masa belia dengan berfaedah


KOTA BHARU – Program Gegar Belia merupakan antara usaha murni untuk menarik penyertaan golongan belia bagi mengisi masa mereka dengan kegiatan yang lebih berfaedah.


Timbalan Pengarah Teknikal Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Ir Che Hassin Che Mud berkata, melalui program tersebut belia diberi peluang dan ruang untuk menzahirkan bakat, tenaga kemahiran dan idea yang bernas.


“Acara yang disediakan seperti futsal, kereta kawalan jauh, helikopter kawalan jauh, tarik tali terbalik, permainan tradisional dan bermacam-macam lagi dapat menyediakan asas latihan kepada mereka. “Ini kerana melalui acara tersebut ia dapat membentuk semangat berpasukan, setia kawan, yang boleh membantu mereka menyusuri kehidupan bermasyarakat kelak,” katanya semasa merasmikan majlis tersebut yang diadakan di perkarangan pasar raya Tesco di sini.


Beliau berkata, dengan adanya program seperti itu juga diharap dapat memberi makna yang besar kerana fokus pembangunan belia negara pada masa kini adalah untuk menjadi generasi belia sebagai modal insan kelas pertama. Ia selaras dengan hasrat misi nasional dalam usaha mendekati golongan belia bukan hanya melalui aktiviti riadah semata-mata tetapi diharap menjadi medan input dalam bentuk informasi dan maklumat, katanya.


Menurutnya, tidak ketinggalan ibu bapa, guru-guru dan ahli masyarakat untuk turut sama mengambil bahagian dan memberikan sokongan kepada program ini. Majlis tersebut merupakan Program Geger Belia sempena dengan sambutan hari belia peringkat kebangsaan dengan kerjasama sekretariat rakan muda, Kolej Yayasan Melaka dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan.



Sabtu - 20 Jun 2009


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...