Pengikut

Rabu, 17 Jun 2009

PEMERHATI P0LITIK KERDIL !!


Asalnya entri untuk kali ini aku nak review pasal Gegar Belia di Kelantan. Namun semasa aku membelek akhbar di akhbar online dan berborak kosong di kedai kopi, tertarik untuk aku berkongsi sesuatu di sini.

Bukan menarik sangat pun. Cuma rasa tanggungjawab kepada kampung halaman aku. Seperti yang sedia maklum, pada 14 Julai nanti akan diadakan pilihanraya kecil di Dun Manek Urai. Ini berlaku kerana kematian penyandang kerusi yang lalu.

Ada beberapa benda yang aku ingin kongsikan berdasarkan pemerhatian aku di Kawasan Manek Urai. Terlebih dahulu aku nak bagitau yang aku di lahirkan di Kg Lata Rek di bawah kawasan Manek Urai gak. Pernah bersekolah di SMK Manek Urai. Selalu pergi ke Manek Urai sebab family aku juga ada di sana. Jadi aku takkan sesat kalau di ajak untuk ke Manek Urai.
Melalui pembacaan, pendengaran, perbualan dan penglihatan, macam-macam yang aku dengar. Ada yang aku setuju dan ada yang bagi aku sengaja di tokok tambah untuk menyedapkan cerita. Aku tak belah mana-mana parti. cuma nak berkongsi secara keseluruhan (general).

Lata Rek memang kawasan kampung. Manek Urai maju ler skit dari Lata Rek. Majoriti penduduk di sini bekerja sendiri atau dengan kata lain menoreh getah. Rata-rata belia di sini juga berhijrah ke luar. Sama ada bekerja atau berkeluarga dengan orang luar, Balik bila ada kelapangan dan bila hari raya. Tidak dinafikan, pada hari raya, rata-rata jalan di seluruh Kelantan akan jamm (sesak) dan meriah. Adakalanya lebih dari kesesakan biasa di KL. Ini fakta, bukan auta.

Semasa aku mengadakan program di Kota Bharu hari tu (Gegar Belia), aku terdengar juruhebah radio memperkatakan tentang kg aku. seronok aku mendengarnya. Popular gak kg aku. Bukan itu sahaja, surat khabar dan macam-macam lagi media memperkatakannya. Bangga la jugak kan.

Beberapa benda yang aku tertarik adalah tentang cerita yang diperkatakan. Kawasan kg aku jadi meriah. Segala tempat tak terang sudah menjadi terang. Malah bukan setakat terang tapi rata dan bersinar. Alhamdulillah. Dari kejauhan aku tumpang gembira dan bangga. satu laghi benda yang menarik, rumah-rumah kosong yang ada di sana sudah penuh. Bukan itu sahaja, malah, bilik-bilik kosong juga sudah penuh. Macam hotel la pulak kan. malah permintaan terlalu tinggi. semasa aku balik hari tu pun, ada gak orang yang bertanya rumah kedai yang ada di depan rumah aku. Nak sewa. Berapa saja sanggup dia bayar.

Banyak kedai yang dibangunkan. Kedai-kedai yang dulu suram kini semakin meriah. Meriah bukan orang setempat, tetapi dengan kehadiran orang luar yang nak berkempen atau media yang datang nak mengulas. Bukan setakat di padang yang terang atau meriah, tetapi yang aku dengar, di kebun getah juga terang dan meriah. Baguslah.

Orang kampung aku mewah sekarang ni. Cakap je nak apa. INSYAALLAH dapat. Dengar kata, jambatan akan diganti, yang rosak akan di perbaiki, yang kecik akan diperbesarkan, sekolah akan diperindahkan, rumah yang uzur akan diperbaiki, atap zin yang bocor akan ditukar baru, lantai rumah yang pecah atau rosak akan ditukar ke mozek dan macam-macam lagi benda-benda ajaib yang agaknya datang dari langit.

Wahhhh!!! rugi rasanya tak dapat berada di kampung pada masa ni. Mungkin aku akan dapat duit poket, dapat subsidi baja untuk kebun sayur aku, mungkin akan dapat tambahan benih anak ikan untuk memperbesarkan kolam aku. mungkin juga motor buruk aku yang tersadai di bawah rumah dapat dihidupkan semula. Bukan itu saja, mungkin bila aku teman mak aku menoreh getah, kami tak lagi sunyi. ramai yang teman bersama. Bila bermain bola di padang akan ada jurugambar dan kamera rakaman macam kat stadium tu. Seronok kan.

Untuk pengetahuan semua, benda yang aku citer kat atas pernah diperoleh semasa pilihanraya yang lepas. Pada masa tu aku banyak menghabiskan masa di kampung. Benda yang aku tulis di atas tu juga yang ada. Cuma pada kali ini lagi dahsyat. Sebab hanya kg aku yang di fokus. Lepas tu ???? Lepas tu apa jadi?????

Sebagai orang kampung Lata Rek, Manek Urai, aku ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa saja yang membantu. Tak kiralah ianya datang dari bumi atau langit. Sesungguhnya yang ihlas itu akan mendapat balasan dan ganjaran yang selayaknya dari Allah S.W.T.

..

Renungkan :
...
" Pilihanraya ke, YB tu ke, YB ni ke, parti ni ke, parti tu ke...aku tetap toreh getah gak"
" Alah...diorang tu masa ni je semangat, lepas pilihanraya semua hilang"
" Orang bagi semua kita ambil, pangkah belum tentu"
" Hangat-hangat tahi ayam"
" Ayam bertelur sebijik riuh sekampung"
...
Tips dari Malau untuk UMNO dan PAS dan PKR dan BN :
...
- Jangan hangat-hangat tahi ayam.
- Sedekah biar ikhlas..kalau tak ianya berdosa.
- Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
- Jangan hanya bertumpu kat warga tua di kampung....
- Serangan dari belia yang berhijrah yang akan balik mengundi lagi dahsyat.
- Jangan auta tapi fakta
...
Kepada orang kampungku :
...
* Kalau nak bangunan, kat KL, Selangor, Johor banyak.
* Apa saja orang bagi, kita ambik.
* Carilah pemimpin yang boleh tidur dalam kandang lembu bersama.
* Carilah YBk (yang buat kerja) bukanya YBc (yang banyak cakap)
*
Sapa-sapa yang nak tau info pasal Lata Rek atau Manek Urai, taip je LATA REK dalam kotak search engine Yahoo atau Google.
-
Selamat mencuba.

3 ulasan:

wawi berkata...

tanggah 17jun2009... dalam pukul 10 malam... aku tinggalkan kampung halaman aku... demi perjuangan... aku tinggalkan bukan bererti aku kalah... tapi aku tinggalkan kerana perjuangan aku bukan melibatkan ibu dan nenek ku... mereka tidak bersalah... perjuangan orang lelaki demi melihat kebenaran dan membuat kesesatan... semalam juga hanya beberapa detik saat aku melangkah pergi.... ALLAH yang maha kuasa menujukkan bukti kekuasaannya... kemenangan hampir tercapai... biarlah dulu apa kemenangan yang dicapai itu.. namun aku tak akan berhenti di sini.... wawiblog.blogspot.com

malau berkata...

wehhh..guano ni wawi..
macam ada sesuatu yang tak kena je ni..

Apap yang tercapai...apa yang menang...

Tanpa Nama berkata...

UMNO dan PAS... MELAYU??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...