Pengikut

Jumaat, 11 Disember 2009

Aku Bengang atau Student Yang Bengap.

Agak kasar bacaannya tajuk entri aku. ditambah lagi kalau disebut gaya aku bercakap dan aku lebih-lebihkan. Memang giler punya kekasarannya.

Baru sekejap tadi bapak kepada sorang student aku call bertanyakan pasal anaknya. Dia call setelah mengetahui yang anaknya gagal 5 subjek dari 6 yang diambilnya. Jadi dengan keputusan itu, dia tidak akan mendapat pinjaman PTPTN. Bapa dia ok, Yang bermasalanya adalah anaknya. Tak cukup insaf lagi. Tak kesian langsung dengan bapanya yang banyak menghabiskan duit untuk dirinya. Disangka anaknya datang ke sini untuk belajar, tapi haprak, berfoya jer lebih. Buang duit, buang masa, buang karennn...

Ini adalah salah satu masalah dari berjenis masalah yang berlaku kepada pelajar zaman kini. aku rasa masalah sebegini juga berlaku di Institusi lain yang rata-ratanya mementingkan keuntungan berbanding kualiti.

Ada satu kes lain, pelajar yang menyalahkan kita bila kita mengambil tahu halnya. Minggu lepas aku telefon bapa kepada seorang pelajar. Memberitahu tentang sikap dan result anaknya. Bapanya juga ok. Aku telefon setelah aku rasa ini adalah jalan terakhir supaya bapanya dapat menyedarkan anaknya. Sehari kemudian aku dapat satu mesej dari pelajar terbabit yang seakan memarahi aku sebab menelefon bapanya. Dia kata kenapa aku sibuk nak jaga tepi kain dia. Pastu bagitau panya pulak. Kalau dah gagal tu biarlah gagal. Itu katanya. Tersentak jantung lembutku. Seakan keras seketika. Salah kah aku berbuat demikian demi masa depan seorang nak murid.

Aku buat semua ni sebab dia. Sebab tak nak dia menyesal di masa depan. NAsihat aku tak didengari. Mungkin bapanya yang mampu. TApi aku pulak yang dibambu. Semua orang tanyakan kenapa pelajar ni gagal banyak subjek. Pensyarah lain tanya, orang atas tanya, orang bawah tanya, orang kanan tanya apatah lagi orang kiri. Macam la yang aku ni jaga budak tu 24 jam. aku pun ada tanggungjawab lain.

Seingat aku dulu, masa aku belajar, kalau dapat B- pun dah lemah seluruh badan. Apatah lagi kalau dapat F. Tapi sekarang ni, student buat ddek jer. Malah kita pulak yang beria-ia suruh dia jumpa pensyarah untuk semak markah. Apa yang ada pada pemikiran mereka. Aku yakin, mereka sebegini akan menyesal di masa depan dengan tindakannya pada hari ini.

Inilah lecehnya situasi aku. Ini adalah sebahagian benda remeh yang perlu aku hadapi. Setakat ni aku boleh atasi. cuma adakala terkilan bila sura kita tak didengari.

Itu saja ngomelan untuk minggu ni. Selamat Hari Jumaat. Semoga student aku berfikir panjang untuk masa depannya. Kami pengajar lakukan semua ini untuk masa depan korang. Bukan untuk kami. Sekian.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan bimbang, kalau sudah jalankan tanggungjawab, sifat belas ikhsan untuk anak murid (terutamanya), anda akan jadi seorang guru yang cemerlang.

memang mudah untuk menarik kuda ke tepi sungai, tetapi kita tidak boleh memaksa kuda itu untuk minum.

paling tidak, anda sudah menjalankan amanah.

selainnya, di empunya badan sendiri.

selamat berjaya untuk anak bangsa, negara dan agama.

-edensa-

Tanpa Nama berkata...

sabar encik Zamri. nanti kita jumpa kita kongsi banyak cerita. Kak Lenny pun kalau ikut hati nak membebel panjang kat blog, tapi kang tak cukup blog. Kak Lenny dok hentak kepala kat dinding (exaggerate je tu) pasal karenah student baru-baru ni. Nanti kita cerita ya.

malau berkata...

Edensa..tenkiu. Sy dah wat yang termampu. Semoga tanggungjawab saya menjadi satu ibadah. Namun demikian, banyak benda yang harus saya perbaiki sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran atau dalam sikap diri sendiri.

Kak Lenny..Saya penyabar orangya..kalau saya marahpun, saya akan pendam sorang2. dulu ada wan untuk saya luah. Tp sekrang saya pendam jer.
Minggu depan saya cuti. Ingat nak naik kl. Kalau ada masa bleh ler kita bertukar cerita pasal student. Pasal ke arah pembaikan p&p. 18 sy naik sana kot.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...