Pengikut

Selasa, 19 Januari 2010

Dulu dan kini - gila

Hari ni aku telah lakukan kerja bodoh. Bekerja dari rumah. Mood kerja aku dah terbantut. Aku nak berlakon menjadi orang yang tenang apabila berada di rumah. Sebab bila aku terjelepuk di kerusi yang hampir-hampir nak empuk di pejabat, otak mula jadi weng (bengong la). Aku seronok mengajar. Tapi tak nak kurang ajar. So, aku cuti dengan kelulusan sendiri seperti tempat kerja aku bapak aku yang punya.

Hari ni dah masuk 19 hari untuk tahun 2010. Banyak benda yang aku nak terjah untuk 2010 dah aku laksanakan. NAmun ada sesuatu yang besar yang aku harapkan, tak menjadi-jadi. Tapi otak aku pulak yang semakin menjadi-jadi. Menggila seperti orang gila.

Dulu aku susah benar untuk karok
Sekarang aku dah gila Karok

Dulu aku tak pernah main boling
Tahun ni aku dapat no 3 untuk Pila Datuk Saroni

Dulu aku selalu mandi air terjun dekat rumah aku
Kini aku mandi kolam di KYM

Dulu aku tak berani untuk berlakon monolog
sekarang dah jadi juara di Festival Teater Negeri Melaka

Dulu aku ada motor ex5 jer
Pastu tukar mayvi dan sekarang iswara

dulu aku freelancer
sekarang full time

Dulu pensyarah biasa
Sekarang Ketua jabatan konon

Dulu aku tolak kerja pegawai Kebudayaan ASWARA
Sekarang adakalanya terfikir nak masuk balik - tp tak nyesal pun

Dulu aku angkat parang dan cangkul
sekarang aku angkat besi pemberat di pusat gim Bukit Beruang

Dulu aku main bola kat padang kat kampung atau di atas pasir dekat air terjun
Kini dah mula main futsal sehingga luka lutut

Dulu aku kalah puisi
Minggu lepas aku juara puisi semasa Sweet Talent Staff KYM

Dulu aku tak pernah ponteng kerja
Hari ni aku kat umah tenangkan otak.

Aku belum puas.........

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...