Pengikut

Khamis, 17 Disember 2009

Akhirnya berakhir...

Akhirnya aku kembali ke Melaka. Dua minggu aku bercuti di merata-rata tempat. Asalnya aku nak bercuti di kampung. Tapi lain yang dirancang, lain pula yang berlaku. Entry ini adalah bukan entry untuk menutup tahun 2009 dengan kenangan manis pahit, tapi sekadar diari sepanjang percutian aku. Ada hal yang berlaku kerana perancangan aku sendiri, namun ada jua datang tanpa kerelaanku sendiri. Untuk melabuhkan tirai 2009, entry lain akan dipaparkan.



Cuti aku bermula pada 18 Disember 2009. Aktivitiku juga bermula pada 18 Disember 2009. Aku ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan persembahan teater kecil di Aswara. Sempatlah aku berjumpa dengan kawan lama semasa aku belajar dulu dan sekrang ini mereka menjadi pensyarah di Aswara. Kebetulan pada malam itu juga mereka adakan persembahan. Pada malam 18, aku saksikan Jaa Rased dan Hafique Husin membuat come back. Kalau tak silap, aku menonton lakonan Jaa yang terakhir semasa teater Dari M ke M di stor DBP. manakala lakonan terakhir Hafiz pula semasa Miss Julia di UM semasa Hafiz masih belajar lagi. Come back mereka tidak menghampakan. Nampak natural dalam lakonan. Adakala bersahaja.



Pada malam 19hb sekali lagi aku ke sana. PAda malam itu terdapat tiga persembahan lagi. Aku pergi menonton bersama Kak Nani, Fina dan Ridz J selepas ujibakat teater muzikal kat taman budaya. Untuk persembahan yang terakhir, aku dapat saksikan Mardiana Ismail berlakon. Dia adalah classmate masa kat UM dulu. Dan sekarang berkerja di ASWARA.


Salah satu persembahan teater kecil - EMOTIF di ASWARA



Akhirnya 'saing rapatku' menyiapkan masjidnya yang terbengkalai. Ridz J bila lagi?



Athirah anak buahku riang bersama atuknya.


Di rumah kakak aku di Mentakab semasa angkut barang pndah rumah.



Ini adalah kenangan penutup untuk tahun 2009 ku. Ada hikmah di sebalik musibah. Kejadian berlaku semasa perjalanan aku bersama family ke Mentakab Pahang. Ianya berlaku jam 4.00 pagi. Ketika sebahagian manusia normal sedang diulit mimpi indah.

5 minit sebelum kejadian, aku memandu kereta kakakku. Entah kenapa terdetik hatiku untuk menukar kereta dan memandu kereta abangku pula. Apabila menghampiri satu selekoh lebih kurang 9 kilometer lagi dari bandar Temerloh, lebih 11 ekor lembu memenuhi jalan. Terkejut dan terkesima. Abangku di sebelah tempat pemandu beriya-iya menyuruh aku menekan brek. Dia sempat menarik hand brake, tapi segalanya sudah terlambat. Aku pun tak tau apa yang harus dilakukan. Aku tarik nafasa seakan pasrah dengan ajalku, mataku dipejam serapat-rapatnya. Doommm..1, dammm..2, krengggg...3, dammm...4..., senyap seketika...

" Je..bangun Je...bangun". Suara abangku mengejutkan aku di tempat driver. Aku sedar, tapi tak tau apa yang perkara seterusnya harus aku lakukan. Abgku keluar dari pintunya dan meluru ke pintu tempat driverku. Mengejutkan aku kembali. Perlahan-lahan aku dongakkan kepala dan membuka mata. Mukaku rasa panas. Ada siraman air suam mengalir di seluruh mukaku. tak sakit. Terkejut.

Di tempat duduk belakang ada dua orang lagi penumpang. Kakak iparku dan anaknya. Mereka tidor di belakang. Terperosok ke belakang kusyen tempat duduk aku. Dia cepat2 bangun. Mengejutkan aku. Bertanyakan aku. Cepat2 dia keluar dan memimpin aku keluar bersama abangku. Aku ok.

Tanganku menggeletar. Aku duduk di atas jalan berhadapan dengan lampu kereta yang masih menyala. Ku buka jaket yang di pakai. Penuh kaca kecil dan besar dalam kocek. Ku buka jaket yang terasa miang buluh. Kakak iparku datang membawa sehelai tuala dan sebotol mineral yang diambil dari boot belakang kereta. Perlahan-lahan mengelap darah yang keluar dari luka akibat terkena serpihan kaca. Kakak iparku dalah misi atau jururawat di hospital kuantan. Jadi aku yakin dengan kerjanya. Mukaku di cuci dengan air mineral yang dibawanya. Terasa pedih sedikit demi sedkit bila terkena air. Tidak terdapat luka besar yang banyak. Cuma banyak goresan seakan cakaran kucing. Itu yang memedihkan.

Kakak aku yang dah lama berlalu dengan kereta satu lagi kembali semula bersama abah dan ma aku. Mereka terkejut yang amat. Patut la lama, kata mereka. Lepas tu aku dibawa ke hospital mentakab yang mana tempat kakak aku bekerja dulu. Jangan konfius, kakak iparku misi kat Kuantan, Kakakku pulak misi di Mentakab.

Sampai saja di hospital aku dirawat seperti biasa. Cuci luka dan buang serpihan kaca yang masih lagi melekat di mukaku. Yang lagi pedih apabila membuang kaca dalam mataku. Ngilu. Tapi bukan dia korek ngan pisau. Aku baring dan dicurahkan air putih sebotol besar ke dalam mataku.

Alhamdulillah aku masih lagi bernyawa sehingga hari ini. Dua hari selepas kejadian, mukaku seakan dicakar oleh bini yang marahkan suami..haha. Lagi jelas bila luka-luka kecil tu semakin sembuh.



Yang ni aku follow bapak aku g tengok mesin korek dalam bumi untuk ambil air bawah tanah.



Yang ni pulak aku sempat membawa memberku Wan, Wazir dan Kak Isma mengelilingi melaka pada waktu tengah malam. Aku paksa diaorang temankan aku untuk datang ke Melaka untuk ambik kamera video.


2 ulasan:

mizahanafi berkata...

lama xjenguk blog nie..hm.scary nye abg zamri.huhuhu...nasib baik panjang umur lagi..hopefully next time hati2 taww!!:)

malau berkata...

Allah masih sykan abg zam. Nasib baik juga masih lagi dapat menaip pada hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...