Pengikut

Khamis, 18 Mac 2010

DOA

ini adalah doa sekolah aku dulu. Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh, Kuala Krai Kelantan. Doa ini kitaorang baca setiap pagi semasa perhimpunan pagi. Aku jumpa semula doa ini dalam laman web www.smklaloh.kelantan.edu.my. Sampai sekarang rasanya doa ini digunakan. Doa ini dibaca buat pertama kalinya semasa aku masih belajar di sana. Kalau tak silap semasa tingkatan empat. Masa tu aku jadi pengawas untuk exco doa. Hayatilah isi doa ini.



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Kurniakanlah kejayaan dalam
segenap perjuangan kami
kerana dengan kejayaan yang Engkau
berikan itu sajalah dapat
kami laksanakan segala perintah-Mu
Ya Allah Ya tuhan kami,
Lindungilah kami dari sifat lemah,
malas yang akan menghalang
ajaran agama-Mu di muka bumi ini.

Ampunkanlah dosa-dosa kami...
kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru
kami dan semua muslimin dan muslinat
sama ada yang masih hidup ataupun yang
telah mati.

Ya Allah, Ya tuhan kami...
Semaikan dalam jiwa kami, sifat
tekun dan usaha, tabah dan sabar
dengan hati yang cekal untuk
mengharungi liku-liku hidup dan
memperoleh kejayaan dan
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Amin.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...