Pengikut

Isnin, 15 November 2010

AIDILADHA DATANG LAGI

Tahun ni adalah tahun kedua aku berada di Melaka sebelum Aidiladha. Tahun lepas aku bertolak ke kampung jam 6 pagi seorang diri. Pagi raya pulak tu. Jalan agak lengang kerana orang lain sibuk bersiap nak pergi sembahyang raya. Aku pulak sibuk berkejar nak sampai di kampung.

Kebiasaanya, perjalanan ke Kuala Krai mengambil masa paling kurang 7 jam dari Melaka. Oleh kerana jalan kosong pada pagi tersebut, aku berjaya sampai di halaman rumah pada jam 11 pagi. Purata kelajuan di bawah paras maut tapi melebihi paras bahaya...huhu.

Pada tahun ni pulak, aku tidak lagi keseorangan kerana dua adikku ada bersama. Jadi aku bertiga. Sampai di Jerantut, akan bertambah lagi tiga iaitu adik aku yang sorang lagi dengan suami dan anaknya. Kereta diaorang masih lagi di workshop disebabkan kemalangan yang lepas.
Raya kali ni jugak memaksa aku untuk berkejar balik ke Melaka semula disebabkan adik aku ada exam pada hari jumaat. Aku pulak hanya dapat cuti sehari saja. Aku akan buat cuti tambahan sendiri.


Kepada kengkawan yang balik bercuti, selamat bercuti diucapkan. Pandu secara berhemah dan penuh hati-hati tapi bukan penuh perasaan. Selamat hari raya korban tapi jangan sampai kita terkorban.

Kepada orang yang pembuat cuti, lain kali bagi la lama sikit cuti, sebab kesian bagi orang macam aku yang perjalanan balik kampung pun dah memakan masa satu hari. Atas kereta je.

Kepada produksi teater BILIK, bercuti betul-betul. Balik nanti kita akan bekerja habis-habisan dan sampai lebam-lebam. Banyak lagi agenda yang tak dibuat dan harus diselesaikan cepat untuk kejayaan kita bersama.

Kepada teman aku yang nak bertunang nanti, selamat bertunang diucapkan. Dah bertunang nanti jagalah tatasusila kerana alam pertunangan adalah alam yang penuh cabaran. Cepat-cepat buat proses kahwin supaya kebahagian menjadi hak milik korang.

Kepada yang nak kawin, tahniah dan syabas kerana anda mengerjakan sesuatu yang baik di sisi agama. Jagalah laki atau isterimu baik-baik, terimalah dia seadanya. Cintailah dia kerana Allah.

Kepada yang putus cinta di aidil adha, akan ada sinar di masa hadapan nanti. Bunga bukan sekuntum, perigi bukan sebijik. Setiap yang berlaku ada hikmah. Muahasabah diri dan jangan salahkan orang lain. Ada sebab kenapa Allah halang korang untuk bersama. Mungkin ada perkara lain yang perlu korang selesaikan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...