Pengikut

Khamis, 11 November 2010

PUISI SUKU SAKAT

* Puisi ini dikarang pada 9.37 pagi tadi.
* Puisi ini dipersembahkan pada jam 10.12 pagi tadi.
* Diiringi petikan gitar- Awal, Genji dan Bill.
* Dipersembahkan di Majlis Pertandingan Pidato Piala Datuk Saroni peringkat sekolah menengah rendah Melaka 2010.

PUISI SUKU SAKAT ( Suka hati je..)
oleh : Malau Cantik.

Kakak yang manis,
Jangan senyum lebih,
Senyum itu manis,
Senyum itu tanda suka,
Senyum juga bakal duka,

Abang yang kacak,
Jangan jeling je bang,
nanti pening,
Tidak keruan,
Ayuh bangkit ..langkah ke depan,
ucaplah ucapanmu,
sampaikan hasrat hatimu,

Nah, adik yang di sana,
kacak dan comel kamu semua,
Jangan terlalu lama tunduk,
nanti rosak lehermu,
sertailah abang dan kakakmu,
perjuangkan cita-citamu,

Tuan yang bijaksana di hadapan,
Jangan lama dongak ke langit,
Takut terpalit najis kasawari,
Pandanglah ke lautan,
tebaslah semak di hutan,

Kakak, abang, adik dan tuan,
berdiri kita maju ke hadapan,
jangan pula lupa menoleh ke belakang,
Capailah kawan yang baring terlentang,

Kakak, abang, adik dan tuan,
Ayuhlah kita ke seberang
Kita pacakkan harapan,
Kita dirikan kejayaan,

di sini kita suka,
Di sana mereka berduka,
Di sini kita gembira,
di sana mereka pancaroba,

Semoga kita terus maju,
kita pusingkan roda,
kita bergerak laju,
diiring doa,

Demikian...sekian.

* Kesimpulannya, persembahan puisi ini dijayakan mengikut suka hati penyampaidan tidak mengikut perancangan skrip 100%. Inilah puisi suka hati dari malau cantik.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...