Pengikut

Rabu, 10 November 2010

DULU-DULU..CITA-CITA ....CINTA

Bila aku demam masa kecik-kecik dulu bapak aku bagi parang. Dia ajak aku ke kebun. Kami menebas dan potong dahan pokok. Bila peluh keluar, badan makin sihat.

Dulu bapak aku marah aku kalau minum air semasa makan nasi. Lepas makan pun dia tak bagi makan. Tunggu 20 minit lepas tu. Katanya supaya nasik hadam dan tak buncit.

Dulu setiap pagi, lepas mandi, mak aku sikat rambut aku. Belah tepi. Comel katanya. Aku suka.

Sebelum pukul 7 setiap hari, kami adik beradik dah ada kat rumah. Mak n bapak aku tak suka kami keluar waktu maghrib.

Bila hari cuti, kami adik beradik akan ikut mak aku pegi menoreh. Panjat bukit. main getah skrap. Cabut pokok 'pijat'. Kutip buah getah. Tengok burung. Pastu tolong mak mesin getah.

Kadangkala bila malam, aku dan abang-abang aku ikut bapak aku pergi menjala ikan di air terjun Lata Rek. Seronok. Ikan banyak. Pernah dapat kelah sebesar paha.

Aku 3 beradik pernah kena ikat kat pokok durian depan rumah atas sebab kesalahan dan kenakalan kami. Sejak kejadian tu jugak aku tak hisap rokok sampai sekarang. Terima kasih abah.


Sekarang aku dah besar. Dah nak masuk alam tua. Jauh dari keluarga. Takder saper nak tegur aku. Takder saper nak ingatkan aku di sini. Tapi aku ingat pesan dan ajaran mak bapak aku. Dia selalu kata, 'orang susah kena susah untuk senang'. Mak aku penoreh getah. dia nak aku jadi tauke beli getah.

mula-mula aku tak paham. Aku kata takkan la nak jadi tauke beli getah lak. tapi sebenarnya maksud lagi dalam. Maksudnya supaya aku jadi lebih baik dari dia.

Mula-mula aku nak jadi doktor. Tapi bila naik tingakatan 1, cita-cita bertukar. Nak jadi ustaz..haha.

Sekarang aku dah capai 70 percent cita-cita aku. Tapi ada satu lagi yang belum tercapai. Aku nak ada company sendiri. Cita-cita ni aku start masa study degree dulu.

Ada beberapa sebab kenapa nak ada company sendiri...1-Duit...2-Idea...3-Bebas...4-Bukak peluang pekerjaan. Yang no.4 paling aku suka. Sebab aku nak bantu teman-teman dalam bidang teater. Nak bantu pelajar yang belajar seni supaya dapat keje.

Mampu ke aku? Dapat ke aku? siapa aku? Huhu...berangan jer tu. Dah namanya cita-cita kan. Cita-cita juga disamaertikan dengan impian. Impian tu dekat ngan mimpi. Jadi semua tu belum tentu jadi kenyataan. Tapi akan jadi.

Pasal cinta plak, pada aku ianya perlu. Perlu untuk mencapai cita-cita. Kebiasaannya di belakang seorang lelaki yang hebat, akan ada seorang wanita yang menyokong. Lelaki hebat jer ek?? Huhu..aku tak hebat.

Satu ayat jer yang aku nak cakap pasal cinta..."AKU JELES TENGOK PASANGAN BERCINTA.." - no komennnnnnnnnnnnn....

BERSAMBUNG DI PART SIKU LIPAT...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lepak la, bahagiakan mak ayah kat kampong tu.

Kalo dah nak bercinta sangat, ngorat ajer la Zurin tu. Kalo dia rejek, bukan kiamat pun dunia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...