Pengikut

Selasa, 30 November 2010

Selesai Teater BILIK

27hb adalah hari terakhir produksi teater BILIK berkumpul. Banyak yang berlaku sepanjang proses latihan projek ini. Suka duka bersama dilalui dengan semangat kekeluargaan yang tinggi. Sebagai penasihat projek, saya berbangga dengan anak didik dan adik-adik saya. Semangat mereka, kesungguhan mereka, tiada terbalas oleh saya sendiri.

Pada asalnya projek ini merupakan projek penilaian untuk salah seorang pelajar iaitu Norhan fahmi, tetapi memandangkan untuk menjimatkan kos dan memberi pendedahan kepada pelajar lain, projek ini dikembangkan menjadi sebuah produksi yang besar.

Dua kali bertukar tempat dan tarikh pementasan tidak mematahkan semangat seluruh tenaga produksi. asalnya teater ini diadakan di Taman Budaya Melaka, tetapi disebabkan ada beberapa masalah, terpaksa ditunda dan ditukarkan ke Taman Budaya Negeri Sembilan.

Kami warga kerja Aura Crative sangat-sangat berterima kasih kepada pihak pengurusan JKKN Negeri Sembilan atas kerjasama yang diberikan. Pegawai-pegawainya yang terdiri dari En. Baha, Cik Fiza dan Abg Mat, juga turut bersengakang mata bersama kami. Terima kasih daun keladi.

Diharapkan melalui projek Teater Bilik arahan Azrul Razilah ini, seluruh tenaga produksi diharap dapat belajar sesuatu yang bermakna. Bukan senang untuk jadi senang. Perlu sabar, bersemangat untuk meneruskan projek. Syabas juga kepada seluruh produksi kerana dapat menyelesaikan segala permalasahan.

Kepada para penaja dan individu yang memberikan sumbangan, terima kasih diucapkan. Kalau ada peluang kita akan bekerjasama lagi.
- NN Maja Catering Enterprise
-Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan
- Total Interlink Farm Sdn. Bhd
- Husaini Md Yusop
- Mak cik Salmah Catering
- Sekolah Teknologi Media dan Seni
- KYM International
- Sakura Specific Solution
- Yoh Wah Enterprise
- Sinar FM
- era.fm
- MElaka Hari Ini
- Sinar Harian
- dan individu yang membantu secara langsung dan tidak langsung.

Harapan saya, kita akan terus bersemangat untuk mngadakan lagi projek sebegini. Kita perlu belajar dari kesilapan. Belajar aopa yang kurang dalam produksi yang lepas dan dimantapkan untuk produksi yang akan datang.

Beberapa sifat dan sikap yang perlua ada dalam setiap orang dalam sesebuah produksi yang sebegini adalah perlu bersikap ringan tulang dan ringan mulut. Ringan tulang maksudnya tidak mengelak dan sentiasa memberi bantuan walaupun tak diperlukan. Ringan mulut pula bermaksud bertanya kalau tidak memahami terhadap sesuatu perkara. Selain itu dapat bertanya dan membincangakan permasalahan yang wujud supaya tidak merebak ke saraf produksi.

Papaun, kerjasama kumpulan adalah penting dalam sesebuah produksi. seorang sahaja ahli tidak mampu untuk mengerjakan keseluruhan tugasan dalam produksi. Jangan ada ego atau meninggi diri. Kerana .........

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...