Pengikut

Rabu, 1 Disember 2010

Pak Leman Sayang Mak Limah, Tapi....

Pak Leman orangnya biasa-biasa saja. Tidak la kacak, tidak la comel, tidak la boleh dibanggakan sangat. Tapi ada sesuatu yang menarik dalam diri Pak Leman. Pak Leman tak tau apa bendanya. Memang betul, Pak Leman sendiri tak tau. Dia ada jugak tanya ngan Pak Karim dan Che Majid, tapi dia disindir balik. Kononnya diaorang kata Pak Leman perasan. Jadi lepas tu Pak Leman diam jer.

Pak Leman suka Mak Limah. PAk Leman sayang Mak Limah. Mereka kenal lama. Di mana ada Mak Limah, di situ ada Pak Leman. Di mana ada Pak LEman, belum tentu Mak Limah ada. Mak Limah suka sangat kat Pak Leman. Baginya Pak Leman adalah segalanya. Setiap hari Mak Limah akan merindui saat bersama Pak Leman.

Semasa di sekolah dulu, Che Majid pernah cuba nak dekat dengan Mak Limah, tapi Mak Limah anggap hubungan diaorang sekadar teman beli nasik lemak jer. Kesian Che Majid. Sekarang Che Majid dah kawin dengan Janda Rosnah kawan sekelas diaorang semasa di tadika dulu. Janda Rosnah adalah bekas janda Pak Karim. Janda Rosnah ngan Pak Karim ada anak bersama. 5 orang, tapi 2 meninggal semasa banjir besar 3 tahun lepas. Mak Limah bukan tak suka dengan Che Majid, tapi dia dah ada calon pilihan sendiri. Mak Limah ada taste tersendiri. Taste Mak Limah adalah Pak Leman. Orang tua berkulit gelap dan berkedut 71.8.

Ada sesuatu yang ada pada Pak Leman yang membuatkan Mak Limah suka. Mak Limah bahagia bila Pak Leman ada di sisi. Mak Limah berasa selamat. Dunia ni indah katanya jika Pak Leman di sisi. Mereka selalu makan bersama. Berjalan bersama. Berlari tak sama. Sedih bersama. Tengok Mak Yong bersama. Ibarat belangkas yang melukut di tepi gantang. Itulah diaorang. Pernah cuba nak naik ke bulan, tapi hampa, sebab Mak Limah lupa beli gas belon.

bersambung....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...