Pengikut

Isnin, 24 Januari 2011

BILA AKU MARAH..


aku susah nak marah. Sebab bagi aku, bila marah, kita merosakkan keadaan. Otak kita tak sempat nak jana pemikiran ke arah penyelesaian.
Bila marah, aku diam.
Bila marah aku lari.
Tapi sampai bila aku nak lari.
Takper. Biar aku lari, dari aku memarahi atau dimarahi.
Petang tadi aku marah pelajar aku, sebab tak siapkan kerja yang senang. MArah aku bukan sebab benci atau dendam, tapi disebabkan tanggunjawab dan juga rasa sayang kepada masa depan mereka.

Sesetengah orang tak pernah lihat aku marah. Sampaikan ada yang kata aku ni takder perasaan marah ke?

Sebenarnya aku marah. Tapi aku tahan. Aku tak nak kemarahan aku memburukkan keadaan. Orang macam aku kalau marah...dahsyat. Tak tau la apa yang dahsyat.

JAdi kepada kawan-kawan yang suka marah, aku ucapkan...'bersabarlah'. Tak kemana marah kita tu. LAgi banyak masalah.

Bila aku marah atau kena marah, aku akan :
- Senyum.
- Ingat Allah.
- Diam.
- LAri seketika dari tempat tu.
- Tahan dan tarik nafas dalam-dalam.
- Jana otak dan rancang.
- Kembali dengan keadaan tenang.

Insyaallah marah dapat dihilangkan atau dikurangkan.

3 ulasan:

razlan ab razak berkata...

buat lagu nak psl marah ni??

malau berkata...

boleh gak..ko nyanyi...aku bekap yang argggg...argghhhh arrrr.\
yang tu ada bunyi blakang jer..haha

noor berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...