Pengikut

Ahad, 30 Januari 2011

KELANTAN (BOLA) vs JAY ISWAZIR (PILIH KASIH)



KELANTAN

Kelantan sekali lagi menjadi Juara untuk Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah bagi tahun ini. Kejuaraan ini menambahkan koleksi sedia ada selepas juara Piala Malaysia tahun lepas.








JAY ISWAZIR



Salah seorang peserta Pilih Kasih 2 yang masih berada dalam list peserta. 2 hari lepas baru saja selesai pentas Pilih Kasih minggu ke lapan. Siapa yang ikut serta program ini, sudah pasti tahu apa yang berlaku di pentas ke lapan. Jay menjadi 'bahan'. Kemungkinan fenomena seperti yang dikatakan oleh Lenny Erwan akan benar-benar berlaku.
Rosyam Nor juga dengan penuh keyakinan, bangun memberikan respon yang baik untuk berada di sebelah pihak Jay apabila berkali-kali Dr. Abu Hasam memberikan kritikan negatif setiap minggu. Minggu kelapan juga menyaksikan bingkisan khas disediakan untuk Jay.

Adakah fenomena Jay Iswazir akan melanda nanti? Mungkin ya...mungkin juga ya. Kalau dilihat perbandingan antara Fan Club facebook untuk Jay Iswazir, member yang 'like' melebihi angka seribu (1000). Ini adalah satu kejutan yang menarik. Di kala nama Jay di ulang untuk kali ketiga dalam senarai 3 terbawah pada minggu sebelumnya, bilangan member yang masuk ke ruangan fb ini semakin meningkat.

Jay juga cukup bertuah apabila mempunyai rakan sekeliling yang tidak putus-putus menyokong Jay sama ada dari jauh atau dekat. Lihat saja dalam facebook Jay, purata setiap satu minit akan ada member yang masuk dan meniggalkan maklumbalas yang baik. Gerakan Lenny Erwan sebagai orang kuat yang juga merupakan kakak dan tonggak dalam menggerakkan Fan Club Fb ini harus diucapkan terima kasih.

JAY ISWAZIR. satu nama yang semakin meniti dalam kalangan peminat Pilih Kasih. Jay merupakan graduan Diploma UiTM kampus Sri Iskandar Perak dan seterusnya melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Drama di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Cita-cita dan angan-angan Jay yang kami gelarkan sebagai Amad, Wazir, JJ dan satu nama khas yang tak boleh kami sebut di sini, kini menjadi kenyataan. Tekad Jay bukan suatu angan-angan.

Semasa tinggal sebumbung dengan Jay dahulu, dia sering kali mengatakan akan terus berada dalam bidang ini walaupun berlaku apa sekalipun. Dia tetap nak jadi pelak0n. Dia nak berlakon di sebelah Rosyam Nor. Angan-angan itu hampir menjadi kenyataan. dan tidak salah rasanya kalau saya katakan ianya sudah menjadi kenyataan. Rosyam Nor yang diimpikan selama ini berada di belakangnya. Rosyam Nor bangkit mempertahankan Jay apabila diberikan komen negatif oleh Dr. Abu Hasan. Semoga Jay Terus succes dan juara menjadi miliknya. Kita tunggu!!!



2 ulasan:

❤noor_azy❤ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
❤noor_azy❤ berkata...

jay trbaek ar..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...