Pengikut

Isnin, 7 Februari 2011

CATATAN TAHUN BARU CINA

Baru sekejap tadi aku kembali ke tempat kerja. Cuti tahun Baru Cina tidak dapat digunakan sepenuhnya seperti orang lain. Aku pulang lewat ke kampung. Kesibukan sebagai urusetia Program Perkampungan 1 Malaysia peringkat IPT Zon Selatan membataskan kepulangan awal ke kampung. Selesai saja program tersebut, lantas diluncurkan kereta kebalku ke Kuala Lumpur. Ada beberapa checkpoint yang harus aku gelungsuri.

Checkpoint 1 - Ke Seremban - Hantar Kawan
Checkpoint 2 - Ulu Cheka, Jerantut - Tukar kereta. Ambil kereta adikku dan bawa adikku bersama balik ke kampung.
Checkpoint 3 - Takder pun. Toilet jer.

Cerita di kampung akan diselitkan kemudian.

Kembali aku ke Melaka juga harus melalui beberapa checkpoint. Tapi kali ini lebih panjang dan memenatkan. Bertolak dari Lata Rek Kuala Krai pada jam 12.30 tengah hari.

Perjalanan bersama aku, angah, wawi, achik. mahani dan ain.

Checkpoint 1 - (1.30 p.m) singgah di rumah abah aku di Manek Urai. Bagi salam untuk meninggalkan kampung. Perjalanan dari Manek Urai ke Kuala Krai lengang di sebelah laluan aku. Tapi sesak di laluan Kota Bharu ke Gua Musang. Jalan jamm teruk. sama seperti sesak semasa musim perayaan aidilfitri.

Chechkpoint 2 - (5.30 p.m) Singgah di Dungun, Terengganu. Jumpa Cek Mek. Bagi salam kewujudanku masih ada. Dan Cek Mek sentiasa ada di mana-mana perjalananku. Aku bersama 4 orang adikku yang lain sempat menghirup angin pantai di pantai Dungun. Rasanya ingin terus menghirup udara pantai bersama Cek Mek di sana. Sempat juga kami merakam kenangan. Akan diselitkan kemudian. Berlepas dari Dungun jam 8.00 p.m lebih.

Checkpoint 3 - (11.10 p.m) Sampai di rumah abg aku yang jadi M.A dekat Kuantan Pahang. Sempat menelaah beberapa pinggan nasi. Lepas tu terus terbungkam sekejap. Hilangkan rasa mengantuk. Tapi tak hilang sebenarnya. Tinggalkan adikku Wawi yang sedang praktikal di Pejabat Belia Kuantan. Dia menginap percuma di rumah abang aku si zakuan tu. Bertolak semuala jam 12.45.

Perjalanan bersama aku, angah, achik, mahani dan ain.

Sepanjang perjalanan dari checkpoint 3 ke 4, masa terlalu panjang. Beberapa kali aku terkandas di tepi jalan. Terlelap dan melelapkan mata. Penat. Streng masih tak bertukar tangan. Dari Kuantan Pahang, aku melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Naik ke tol Kuantan dan keluar ke Tol Chenor. Melalui Jengka Pahang dan seterusnya ke Jerantut Pahang.

Checkpoint 4 - Sempat singgah di 7 eleven di bandar Jerantut untuk membeli air Livita sekitar jam 4.oo a.m lebih. Meneruskan perjalanan ke Ulu Cheka, Damak, Jerantut Pahang. dalam perjalanan ini, beberapa kali kereta yang ku pandu tersasar dari jalan yang benar. Hampir-hampir terjun ke lembah longkang.

Checkpoint 5 - (6.00 a.m) Sampai di rumah adikku angah. Bukak saja pintu kereta terus aku bungkamkan diri di atas lantai ruang tamu. Sempat juga aku berpesan dengan adikku mahani dan achik supaya memindahkan barang dari kereta angah ke kereta kebalku. Pukul 7.00 a.m aku bersiap untuk meneruskan perjalanan.

Perjalanan aku dan achik.

Pukul 7.00 a.m lebih aku teruskan perjalanan. Melalui jalan lama ke Benta Pahang. Dalam perlanan ini. kejadian yang menyayat hati berlaku. Sedang aku pandu keretaku secara berhemah, tiba-tiba dua ekor anjing sedang kejar mengejar dari halaman rumah menuju ke jalan raya. Tanpa segn silu, mereka menuju ke hadapan keretaku. Tak sempat idea spontanku keluar. Dummm...dumm..pergghh..anjing tersebut kulanggar. Anjing terperosok di bawah kereta. Kedengaran badannya terkena bawah badan kereta. Senyap. dari cermin sisi dapat kulihat anjing tersebut bangun dan berlalu terhenjut-henjut menuju ke seberang jalan. 10 meter dari situ, aku berhentikan kereta. Rosak sebelah bumper keretaku. Melayang la 2 3 ratus nanti.

Aku teruskan perjalanan. Melalui jalan Benta - Raub - Bentong dan naik ke Lebuhraya Karak. Jam 10.00 a.m aku sampi di tol Gombak. Teruskan perjalanan untuk ke checkpoint seterusnya. Menuju ke Shah Alam untuk ambil yuyun adikku. Sempat sesat sebab nak cuba jalan baru.

Checkpoint 6 - (11.30 a.m) - Sampai di rumah adikku. Cuci muka dan minum secawan teh panas. Aku teruskan perjalananku. Jam 12.00 p.m aku teruskan peluncuran.

Perjalanan bersama aku, achik dan yuyun.

Perjalanan kali ini keluar darri tol USJ menuju ke Selatan Tanah Air. Sampai di Hentian Seremban, aku minta izin untuk menyerahkan stereng yang ku pegang hampir 20 jam sejak semalam kepada Yuyun. Penyerahan tidak rasmi itu membolehkan aku merebahkan kepala di sit sebelah. Namun perjalanan itu tidak setenang air di kuali. Yuyun bawa keta secara ROCCKKK SELAMBA...huhu.

Checkpoint 7 - ( 1.45 p.m) Singgah di kedai fotostat di Bukit Beruang untuk siapkan tugasan untuk negara.

Checkpoint akhir - (2.15 p.m) Sampai di teratak indah dengan penuh gembira, suka dan senyum. Tak sempat berehat panjang. Terus mandi. Bersiap dan bersedia untuk mengerjakan kerja yang telah dipertanggungjawabkan.

Sekarang jam 6.00 p.m. Sekejap lagi aku akan balik membungkamkan diri dengan lebih jitu. Membalas dendam kepada perjalananku yang sungguh bererti buatku.

Aku rindu ma, abah, mok, zureena, fiza, mahani, wawi, pok long, mok long, kak long, thirah, junjun, zaza, boboy, adam, angah, din, ain, wawi, kue dan ASHA.

2 ulasan:

wawi berkata...

bape banyak wawi dah.. hentam je lah labu.. janji kamu rindu aku.. ha ha... mak kacih.. :)

malau berkata...

banyak tu tanda sayang dan tanda salah taip...haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...