Pengikut

Jumaat, 7 Januari 2011

Tahun Baru Oh Tahun Baru

2011 menjelma. 2010 berlabuh. Suka duka sepanjang 2010 menjadi pengajaran untuk bergelumang dengan rentetan 2011. Harapan sentiasa ada. Azam sentiasa meninggi. JAdi atau tidak bergantung kepada keadaan. Setiap manusia ada keinginan. Keinginan untuk jadi yang lebih baik. Begitu juga aku. Aku juga mahu berjaya seperti orang lain. Mahu me'repair' keburukan lalu.

2011. Perancangan demi perancangan sudah di atur. Terjadinya belum pasti. Aku perlukan bantuan orang sekeliling. Impian aku banyak. Perancangan aku juga bermacam-macam. -Perancangan hidup ke arah lebih baik.
- Perancangan untuk memantapkan Jabatan Seni Teater.
- Perancangan perkembangan teater di Melaka dan sekitarnya.
- Perancangan untuk AURA CREATIVE PRODUCTION.
- Perancangan untuk sahabat.
- Perancangan untuk kerabat.
- Perancangan membantu keluarga.
- Perancangan yang bermacam.


HARGA GETAH NAIK SEHINGGA RM15.03.

Harga getah naik atau turun tak menggangu kehidupan aku di Melaka. Tapi ada kaitan dengan keseluruhan hidup aku. AKu datang dari keluarga yang sederhana. Mak aku penoreh getah. Aku juga pernah membantu mak aku menoreh dan kutip getah. Untuk tahun 2011 ini, aku gembira dengan kenaikan harga tersebut.

Namun kenaikan ini seperti tidak sesuai untuk penduduk di Pantai Timur. Musim tengkujuh melanda. Jadi harga getah dipandang di akhbar atau dilihat di TV sahaja. Tak mampu menatap di tangan. Semoga musim tengkujuh berakhir cepat. dan semoga family aku kat KG. LATA REK serta saudara mara dapat hasil yang lumayan dari kebun getah.

AURA CREATIVE PRODUCTION (ACP)


Asalnya kelab ini ditubuhkan sekadar suka-suka. Dibentuk untuk persembahan kecil dalam kolej. Sepenuhnya dikendalikan oleh pelajar Jabatan Seni Teater. Setelah setahun penubuhan, kini ianya telah berkembang sehingga menjadikan keanggotaan seramai 200 orang yang berdaftar. Nama asalnya KELAB TEATER KYM kemudian di tukar ke Aura Production dan sekarang menjadi Aura Creative Production. Lagi membanggakan, ACP telah berjaya mengumpulkan ahli bukan sahaja dari kalangan pelajar teater, malah dari jabatan-jabatan lain yang terdapat di KYM INTERNATIONAL dan juga penggiat teater sekitar Melaka.

Beberapa kejayaan telah ditempa sejak penubuhan ACP. Juara peringkat Melaka sempena manifestasi teater malaysia yang lepas bagi dua kategori iaitu Monolog dan NGO/IPT. Kejayaan bertambah lagi apabila Monolog Denyut dan Teater Gejolak terpilih di kalangan 4 yang terbaik di Malaysia.

ACP juga telah mengadakan beberapa persembahan teater di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan. Antaranya Monolog Salah Siapa, Teater Bilik, Teater Kecil 1, 2,3 dan 4, Mengadakan persembahan tarian di hotel dan lain-lain.

Selain itu juga, atas semangat yang tinggi di kalangan ahli ACP, kami berkembang setapak lagi dengan menubuhkan beberapa kumpulan kecil yang diberi nama AURA BAND (Band Nyanyian), AURA FC (Team Futsal), AURA DANCE (Tarian) dan AURA TEAM BUILDER (Pengurusan).

Dengan penubuhan AURA FC juga telah melonjakkan nama ACP apabila muncul juara dalam pertandingan FUTSAL TAHUNAN 2010 dengan mengalahkan juara bertahan selama 4 tahun.

Aura juga telah menrbitkan beberapa siri video pendek antaranya Jay OH Jay dan yang lain-lainnya dalam proses suntingan. Kami juga sedang dalam proses membentuk team untuk projek video yang lain.

Akan datang.

Beberapa projek akan datang sedang di jana oleh ahli ACP demi melonjakkan nama ACP di mata bukan saja masyarakat KYM atau Melaka, malah peringkart Malaysia. Antara projek akan datang ialah :
- Dramatari Heart Akie Anjang
- Enam Teater Enam Pengarah
- Membeli peralatan muzik untuk AURA BAND
- Percutian Penuh Makna Aura.
- Mengumpulkan 10 penggiat teater Melaka dalam 10 monolog.
- Santai petang Aura.

Semoga ACP terus maju. Terima kasih kepada yang membantu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...