Pengikut

Rabu, 30 Mac 2011

AKU LAPAR HAUS DAN DAHAGA TAPI PUAS

Berakhirnya sudah lapan dari 9 persembahan bersempena dengan DTS DRAMA SHOWCASE 2011. 8 teater dipersembahkan dengan pelbagai ragam dan pelbagai bentuk tafsiran. Setiap satunya didokong oleh pengarah yang berbeza. Majoriti pertama kali mengarah sebuah pementasan.

Projek ini digabungkan bagi membuka minda masyarakat sekeliling terutamanya khalayak teater di Melaka dan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka sendiri. Projek yang diterbitkan oleh Aura Creative Production dan Jabatan Seni Teater, SMART ( School of Media Technology and Art ) ingin memberitahu suara anak muda yang mereka mampu buat sebegitu. Pepatah kecil-kecil cili api menjadi perangsang dalam menggerakkan teater ini.

Bermula dengan projek persembahan yang pertama di bawah tajuk HEART : Monolog, Dramatari, Nyanyian. Persembahan ini sebagai pemecah tradisi sejak saya berada di KAYM ini sebagai persembahan teater atau dramatari yang pertama diadakan di ruang legar. Sangkaan awal ada mulut yang mengatakan 'mampu ker' ditepis oleh seluruh tenaga produksi yang diketuai oleh Mohd Shahril Mohd Sani (Akie). Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Dengan membawa turun 20 biji lampu dan diletakkan di sekitar kaki lima aras dua ruang legar menjadikan persembahan ini lain dari kebiasaan. Penonton juga diletakkan dalam posisi pentas semi arena dengan cara santai dan tidak formal.

Akie merupakan pelajar semester 2 Diploma Teknologi Seni Teater di sini yang dulu merupakan kareografer sepenuh masa di Taman Budaya Negeri Sembilan. Berbekalkan pengalaman lebih 3 tahun sebagai kareografer menampakkan daya pemikiran yang cuba disampaikan dalam persembahan dramatarinya. Menggunakan lebih 20 orang penari dan pelakon dan hampir 20 orang tenaga produksi adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini dikuatkan lagi apabila projek ini adalah sebuah projek yang tidak berbayar malahan tiada upah diberikan.

Projek yang merupakan projek tertunda Aura Creative sejak semester yang lepas lagi. Semangat membara diteruskan sehinggalah berjaya dipersembahkan dihadapan kira-kira 200 penonton di satu ruangan pejalan kaki yang berbumbungkan langit.

Pementasan Heart di Ruang Legar.

Selepas persembahan itu, ada lagi 6 persembahan teater yang lain dipersembahkan. Persembahan ini diangkat dari projek penilaian untuk pelajar yang mengambil subjek Teknik Asas Pengarahan dan Pengurusan Pentas. Kesemua persembahan ini memberikan satu persembahan yang berlainan dari 6 pengarah dan 6 karya yang berbeza.

Rata-rata di kalangan 6 pengarah ini mempertaruhkan bakat pertama kali mengarah. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Haniff Latif, Rashida Rashid, N.S Fitri Shahida, Farhana Herman, Zetty Izzati dan Syaza Nawawi harus di puji. Walaupun menggunakan konsep 'menggunakan apa yang ada' tidak menyempitkan daya kreativiti mereka untuk berkarya. Kenapa harus dipuji? Penekanan yang diberikan semasa kelas pengarahan 'memaksa' pelajar untuk mengadakan beberapa proses persembahan secara A hingga Z. Bermula dengan pencarian skrip, audition, bentuk produksi, latihan berterusan, rekaan lampu, rekaan pentas, rekaan poster, rekaan flyers, mencari penonton, bump-in sehinggalah bump-out. semua itu dilakukan dalam penilaian ini.

Peringkat awal gerak kerja, memberikan tekanan untuk mereka kerana tidak pernah mengarah teater sendiri. Tetapi melalui kata-kata percaya kepada kebolehan diri, mereka boleh tersenyum bangga setelah set mereka dirobohkan selepas tamat persembahan. Semua yang dilakukan dalam projek ini akan memudahkan mereka untuk meneruskan pembelajaran ke tahun akhir dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau ke alam pekerjaan nanti.


Antara kenangan yang sempat dirakam menggunakan kamera hp penulis yang bukan dari golongan 'touch'. Gambar lain ada dirakam menggunakan DSLR, akan muatturun semula.

Teater yang ke lapan di persembahkan adalah sebuah teater yang bertajuk Nur karya kawan, sifu, cikgu dan kakak saya iaitu Lenny Erwan.

Teater ini diarahkan sendiri oleh saya bagi menguji kemampuan diri. Teater Nur pernah dipentaskan beberapa kali di KL atau selangor atau di tempat lain. Namun, saya tak pernah menyaksikan persembahan mereka. Jadi, untuk teater Nur kali ini, saya cuba tampilkan persembahan mengikut acuan sendiri. Kekangan masa dan kekangan kerja yang bertimbun adakalanya memakan diri sendiri untuk berkreatif.

Teater ini dipersembahkan bagi memberi peluang kepada para pelajar yang mengambil subjek Teknik Asas Lakon untuk merasa suasana pentas dan bias cahaya lampu. Rasa berdebar saat pertama kali menjejakkan kaki di atas pentas menjadi taruhan saya untuk dikongsikan bersama-sama pelajar kelas lakon.


Inilah banner/ bunting yang disengajakan oleh Jabatan Seni Teater untuk print dengan saiz yang besar. Berukuran 5 kaki lebar x 20 kaki panjang. Di buat secara melintang ke bawah bagi menunjukkan kelainan konon. Di reka letak ( design ) khas oleh designer yang sanggup membantu tanpa mengambil kira balasan. Tak bayar upah pun. Bayaran print out, ditaja oleh SMART sendiri dan penulis sendiri.


Positif dan aku suka :

1- Projek pertama kali sebegini.
2- Pertama kali sejak penulis di sini, show sebegini diadakan.
3- Pertama kali banner/bunting berukuran sebegini. ( untuk orang lain - Jangan Kedekut )
4- Pelajar buat sendiri semua benda dari A-Z.
5- Keseluruhan tenaga produksi yang terlibat untuk 8 projek adalah melebihi 80 orang.
6- Pelajar Jabatan Seni Teater keseluruhan hanya 26 orang.
7- Selebihnya dari jabatan lain seperti UniRazak, UUM, Multimedia, IT, Pengurusan Perniagaan, Perlancongan, Animasi, Media dan lain-lain.
8- Penonton memenuhi ruang studio sepanjang persembahan sehinggakan ada yang berdiri. Anggaran purata setiap malam melebihi 60 orang. Studio ini besar sedikit dari Stor Teater DBP KL.
9- Tanpa disedari sebenarnya ramai yang berbakat dan boleh berlakon serta melakukan kerja-kerja teknikal cuma perlu dicari pengalaman pentas.
10. Keluarga besar di wakaf yang kecik.

Yang tak suka bila :
1- Orang besar-besar tak nak turun walaupun dah dijemput.
2- Orang besar-besar selalu pandai cakap dari buat. Mood aku - 'Kecik ati'.
3- Ruangan show kecik yang tak mampu memuatkan penonton berlebihan.
4- Orang besar-besar selalu cakap yang student teater tak ramai, jadi banyak benda tak boleh nak bagi. Mood- aku nak studio latihan.
5- Ini kes lama. 5 kali show yang lepas aku jemput orang besar-besar dengan membuat kad jemputan khas untuk diaorang tapi tak datang jugak. Mood - membazir duit AKU.
6- Untuk orang besar-besar, jadilah orang kecik-kecik.
7- Tahu menggalak, tapi tak pernah nak membaja.

2 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Aku suka, aku bangga!

Itulah untungnya ada orang macam hang, yang masa muda (cewah muda tu) bergelumang dan belajar teater, lepas tu dicurahkan pulak pada orang lain, dan orang tu pulak aku curahkan pada orang lain, dan seterusnya.

Kalau ada ramai lagi orang macam hang (aku tau ada lagi, aku kenal beberapa orang), maka usaha memartabatkan teater akan makin baik (macam skim piramid).

Yang paling aku suka statement hang "Kekangan masa dan kekangan kerja yang bertimbun adakalanya memakan diri sendiri untuk berkreatif."
Selamat datang ke dunia baru, aku dah lalui benda tu 10 tahun dulu dan masih melaluinya.

Nanti kalau ada budak2 KYM nak sambung pelajaran, habaq mai kat aku. Kat sini pun ada beberapa budak KYM, yang nampaknya memang berbeza dengan budak2 STPM saja.

Lain kali kalau ada lagi, e-mellah kat aku awal skit, mana tau aku boleh turun tengok.

Apa-apa pun tahniah dah teruskan!

MALAU berkata...

Terima kasih bro. Tulisan yang diberi menambahkan lagi semangat saya untuk berkreatif.

Memang semangat saya tinggi lagi setakat ini. Sejak abis belajar, hinggalah sekarang, malah makin bertambah lebih2 lagi bila dapat melahirkan pelapis-pelapis dalam bidang teater.

Insyaallah di lain masa nanti akan saya khabarkan lebih awal. tapi segan la nak tunjuk kat otai. Sy punya kerja masih mentah lagi. Masih terkapai-kapai menjcari hala tuju.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...