Pengikut

Rabu, 2 Mac 2011

otak dan BOTAK

Akhirnya, sejak sekian lama tidak membotakkan kepala, aku meleraikan ikatan rambutku. Masa sekolah dulu kepala aku memang dah botak. Bermula darjah 6 lagi, memang aku berkepala botak. Paling panjang pun sehingga level mata pemotong '4' sahaja.

Bila masuk tingkatan 2, bermulalah penguatkuasaan oleh kementerian pelajaran supaya pelajar berambut pendek stail 1-2-4. Iaitu ala-ala tentera. Sejak dari itu juga aku sudah ada koleksi mesin pemotong rambut sendiri. Beli dekat bazar 'syarakit gila babi' ( ramai orang panggil dengan nama tu sebab setiap hari jumaat, syarikat ini akan melelong barang dengan harga yang memang murah gila babi punya). Dengan adanya mesin ini, memudahkan aku untuk potong sendiri. Letakkan mata pemotong yang aku nak dan aku letakkan di kepala aku sendiri.


Sebab aku botak pada masa itu selain penguatkuasaan adalah disebabkan memang aku nak cepat. Malas nak mengadap cermin lama-lama. Kebetulan bila masuk tingkatan 3, aku tinggal kat hostel. Jadi kebanyakan benda aku perlu laju dan ikut perturan masa yang ditetapkan oleh hostel.

Masuk tingkatan 5 juga aku masih botak. Sehinggakan kadangkala orang kata kepala aku macam jagung. Ye lah, sebab aku botak yang kurus. Masa tingkatan 5 juga aku jadi Ketua Pengawas, perlu tunjuk contoh teladan untuk orang lain. Kelebihan itu juga menjadikan aku berani untuk menegur pelajar2 yang berambut panjang.

Bila masuk tingkatan 6, aku masih juga botak. Sebab dah biasa dengan keadaan itu. Kebetulan pula semasa tingkatan 6 aku terlibat dalam pasukan Kadet Polis. Selalu juga mewakili daerah dan negeri sama ada dalam kawad kaki, perkhemahan, menembak dan juga ujian undang-undang. Pangkat tertinggi yang aku pegang adalah Kopral Kadet. Anugerah tertinggi pula ada tersenarai 20 terbaik ujian undang2 negeri Kelantan dari beribu2 kadet seluruh Kelantan.Itupun sebab nama aku ada 'Z'. Tempat 11 hingga 20 markahnya sama. Jadi aku terkebelakang la.

Masuk je U, aku tidak lagi botak. cuba simpan rambut panjang. susah jugak akan nak biasakan dengan keadaan itu. Maklumlah tak pernah panjang.

sekarang, 2011, selepas 7 tahun, aku kembali botak. sajer jer nak test market. Stelah dicabar, dan keinginan untuk bebas dan mem'berontak' aku gagahkan semangat.

Bila botak, aku rasa :
- Lega
- Bebas
- Berani
- Yakin
- Jimat duit syampu
-jimat duit minyak rambut
- CuMEL..Hahaha...

3 ulasan:

kak lenny berkata...

biar betul ko botak zam. Nak tengok gambar hahahahha

Razlan Ab Razak berkata...

PUIIIIIIIIIIIIIIII....

malau_botak berkata...

lan...ko jles aku botak kan..haha

kak lenny..ini bukan cobaan..ini betul2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...